Translate

11/10/2011

Rakyat Terengganu diajak menyertai Kempen Jom Boikot

Image Detail

Kempen Jom Boikot akan digerakkan jika peniaga di negeri ini didapati masih berdegil meletakkan harga yang tinggi dan membebankan penggna.

Berikutan itu, Kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), persatuan pengguna di peringkat daerah sedia bertindak jika mendapati peniaga masih berdegil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pihaknya akan mengenalpasti kedai atau premis yang menaikkan harga barang-barang kawalan dari masa ke semasa.

Tertuduh kes `Ugutan bunuh melalui SMS’ beri keterangan secara bersumpah

Image Detail

Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, yang dituduh terlibat dalam kes ‘ugutan bunuh melalui SMS‘ memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah Seksyen, pada prosiding hari ini.

Tertuduh memberitahu mahkamah beliau hanya mengetahui tentang SMS itu selepas diberitahu Adun Paka, YB Mohd Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri YB Abd Halim Jusoh, kira-kira jam 11 malam, pada hari kejadian 13 April 2009.

Datuk Dr Ahmad Ramzi kemudiannya meminta kedua-dua Adun berkenaan supaya memanjangkan SMS (foward) yang mereka terima kepada beliau.

10/10/2011

USTAS NUAR ALJUBURI TAK PERLU ELAUN BELIAU DINAIKAN KERANA ADA DI PENJARA SG. BULOH

Kerajaan Tarik Balik Cadangan Naikkan Elaun Anggota Parlimen

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun anggota parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

09/10/2011

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Marang 09/10/2011 - Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah (PBR) dan Pelancaran Kempen Tanam Semula Getah Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang pada 09/10/2011 jam 11.00 pagi. Majlis telah dilancarkan dengan rasminya oleh YB Dato' Haji Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.  Turut hadir YBhg. Dato' Ibrahim Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pengarah RISDA Malaysia dan Pegawai Pembangunan DUN seluruh Negeri Terengganu.

Sedia RM29 juta untuk program remaja

Kerajaan negeri memperutukkan RM29 juta sepanjang tahun ini bagi melaksanakan pelbagai program untuk belia dalam usaha membentuk golongan itu supaya lebih dinamik, progresif, dan berketrampilan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat, berkata pihaknya mensasarkan lebih 30,000 belia akan menyertai Program Bakti Remaja anjuran bersama Majlis Sukan Negeri, Majlis Belia Negeri dan Biro Tatanegara Negeri.

Lebih 15,000 ikan dilepaskan di Tasik Kenyir

Image Detail

Lebih 15,000 ekor ikan dilepaskan di Tasik Kenyir baru-baru ini bagi tujuan mengekalkan populasi ikan air tawar di tasik berkenaan yang lebih dikenali sebagai “Syurga Pemancing”.

08/10/2011

Bajet komprehensif


Image Detail

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Tokoh-tokoh korporat tempatan menyambut baik Bajet 2012 yang disifatkan sebagai bajet paling komprehensif kerana menyediakan landasan kukuh kepada negara untuk mendepani cabaran getir ekonomi dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, keseluruhan Bajet 2012 mencerminkan inisiatif kerajaan untuk mencapai keseimbangan dalam menguruskan isu berkaitan rakyat, kitaran dan struktur.


07/10/2011

Bonda isteri Sultan Johor mangkat


KUALA LUMPUR 6 Okt. - Bonda isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Raja Perempuan Muzwin mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi.

Jenazah Almarhumah akan dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh sebelum disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Zohor. - Utusan Malaysia

Al-fatihah....

Hilang Keyakinan, Penyokong Tegar Pas Isytihar Keluar Parti

TANAH MERAH 5 Okt. – Seramai 130 penyokong tegar Pas di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

06/10/2011

Pembentangan Belanjawan 2012


Image Detail

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:


Tarikh :7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa :4.00 petang
Tempat:Parlimen Malaysia



BAGET BANGANG MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT


Khalid Gagap pun dan geli dan bosan dengan telatah taukeh kilang kunyit

Anwar PM, Kit Siang atau Guan Eng Menteri Kewangan ?


Jadi pembangkang berlagak jadi kerajaan...

Jadi ketua pembangkang berlagak jadi PM...

Jadi ahli parlimen pembangkang berlagak jadi menteri....

Dua bulan lepas anak dia yang berlagak, pergi jumpa Timbalan Menteri Luar Jerman untuk merapatkan hubungan diplomatik Malaysia-Jerman.


OPERASI SEPADU SRS, AADK, RELA DAN PDRM KG. MEDAN JAYA, RUSILA


Medan Jaya 05/10/2011 - Keikhlasan bertugas dan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat adalah sangat-sangat dihargai sebagaimana yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan negara "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".  Tapi sebaliknya apa yang berlaku semasa menjalankan Operasi Sepadu oleh Skim Rondaan Sukarela Medan Jaya, Rusila bersama RELA, AADK dan PDRM Daerah Marang.  Operasi sepatutnya bermula jam 9.00 malam, terpaksa dilanjutkan kepada jam 10.00 malam, oleh kerana kelewatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anggota polis yang sama-sama menyertai operasi tersebut.

05/10/2011

Najib Umum Pembebasan Kesemua 125 Tahanan Akta Kediaman Terhad

Image Detail

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 dengan serta merta manakala lebih 200 waran yang belum disampaikan juga dibatalkan.

Keputusan itu selaras dengan cadangan pemansuhan akta berkenaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

LEE KUAN YEW menjadi penasihat Nik Aziz Nik Mat yang mantap - kerana dah nyanyok



Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

GELI, GELI, GELI - TAUKEH KUNYIT UMUM BAGET 2011


Belanjawan pembangkang ibarat poket kosong


KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...