Translate

03/10/2011

BAGET MAT JENIN 2012 AKAN DIUMUMKAN OLEH USTAS NUAR ALJUBURI


Masih lagi dalam angan-angan Mat Jenin, muka tak tau malu, sedar lah diri tu.... taukeh kilang kunyit. Selesaikan kes tu dulu... duduk diam-diam jangan nak menyebok sangat.

Anwar bagitau pakatan juga bersedia untuk umumkan bajet 2012, mendahului pembentangan bajet DS Najib pada hari jumaat ini.

BULAN MADU KALI KEDUA (BMKK) DIPERKENALKAN DITERENGGANU ???

JANGAN TERSALAH TAFSIR....???


Kerajaan negeri merancang menjadikan program Bulan Madu Kali Kedua (BMKK) sebagai kursus ‘wajib’ kepada penjawat awam dalam usaha memantapkan institusi keluarga di negeri ini.

02/10/2011

MAJLIS PERASMIAN BOMBA SUKARELA SG NERUS DAN PENYERAHAN PERALATAN KEBOMBAAN


Kuala Nerus 02/10/2011 - Majlis Perasmian Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus dan Penyerahan Peralatan Kebombaan diadakan diperkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan bermakna bagi Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus dan juga penduduk dipersekitaran.



01/10/2011

Tuanku Nur Zahirah rasmi kapal RV Discovery


Raja Pemaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Kapal latihan dan penyelidikan Research Vessel Discovery (RV Discovery) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong ,Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berkenan mengiringi baginda bagi menyempurnakan majlis tersebut.

MAJLIS MALAM SILATURRAHIM RAMAH MESRA

Presiden ASTRA - YBhg Dato' Bahri Taib

Kuala Terengganu 30/09/2011 - Majlis Malam Silaturrahim Ramah Mesra telah dianjurkan oleh AJAQ Music Entertainment dan Club Honda Classic Union Terengganu (KHCUT) telah diadakan di Dewan Tengku Abdul Rahman Kuala Terengganu bermula jam 8.00 malam.  VIP kenamaan turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis iaitu Dato' Bahri bin Taib, Presiden ASTRA Pusat yang memegang callsign 9W2DBT, En. Othman Endut, Setiausaha Perundingan NGO Terengganu, Dr. Dayal Krishnan, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Presiden Bestrac Besut Mohd. Razali Mohamad - 9W2RLL.

30/09/2011

TEMBELANG PAS PECAH - TUTUP PEKONG MAT SABU


Putar belit PAS sudah bermula demi menyelamatkan maruah PAS sejak kebelakangan ini akibat isu-isu yang ditimbulkan terutama Tim. Presiden PAS MAT SABU serta penolakan PR mengensi isu Hukum HUDUD.  Kenapa pulak PAS hendak mengadakan muzakarah dengan UMNO????? Jalankan lah saja kat Negeri Serembi Mekah. Takut dengan DAPig ??

Janganlah hendak memperbodohkan rakyat dengan isu-isu remeh temeh yang sejak dahulu lagi tidak dilaksanakan oleh PAS.  Rakyat sudah pandai menilai kebenarannya. Jangan ingat rakyat bodoh.  Pengikut PAS ada juga yang sudah muak dengan janji-janji palsu serta sikap memperbodoh-bodohkan rakyat oleh pemimpin-pemimpin PAS. Lidah bercabang dan tidak boleh dipercayai. Hanya pandai berceramah, tapi tidak pandai melaksanakannya.

Cukuplah. Tunggu saja pilihanraya ke 13 yang akan datang.

SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN INGKAR IKUT ARAHAN PEMBAYARAN GAJI YANG DITETAPKAN

Image Detail

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Jabatan Tenaga Kerja akan menjalankan pemeriksaan intensif ke atas semua Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan mulai Oktober depan bagi memastikan mereka membayar gaji minimum selaras dengan Perintah Majlis Penetapan Gaji.

LIM GUAN ENG DIHARAMKAN MASUK KE NEGERI JOHOR


Guan Eng patut diajar dan pastikan si barua ni tidak melintasi ke kawasan Johor.

29/09/2011

Ribut 'serang' Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus rumah di sekitar Kuala Terengganu di sini rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kencang dalam kejadian malam kelmarin.
Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia bertempiaran lari.

28/09/2011

MAJLIS PERJUMPAAN MB TERENGGANU BERSAMA WARGA NELAYAN



Marang 28/09/2011 - Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu bersama warga nelayan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang diadakan pada hari ini mulai jam 2.00 petang di JETI Kompleks LKIM Marang, Terengganu.  Turut hadir YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, serta tetamu kehormat, Ketua Jabatan bagi memeriahkan majlis yang diatur.

Elaun Sara Hidup RM98 Juta Telah Disalurkan Kepada Nelayan - LKIM

Image Detail

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membelanjakan kira-kira RM98 juta kepada nelayan sebagai elaun sara hidup di seluruh negara bagi tempoh bulan Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengerusinya Datuk Mohd Jidin Shafee berkata selain menikmati elaun sara hidup, para nelayan bakal mendapat kemudahan perlindungan insurans selepas mendapat kelulusan dari kerajaan kelak.

27/09/2011

MAK MERTUA CABAR MENANTU BERSUMPAH LAKNAT


Memang panas! Sedang saya leka menonton TV sebentar tadi, saya mendapat panggilan dari salah seorang anggota keluarga Azmin. Saya sudah dapat mengagak, ada perkara panas yang berlaku mengenai Timbalan Presiden PKR itu. Cepat-cepat saya menutup “volume” suara TV dan menumpukan perhatian pada perbualan kami…

Pertama kali Najib naik bas

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu lalu.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri)
Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Tanggungjawab Raja-Raja Melayu


KUALA LUMPUR 26 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan bahawa teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu ialah Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara.

Seri Paduka bertitah, Raja-Raja Melayu juga khususnya berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk pribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai mampu menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...