Translate

29/09/2011

Ribut 'serang' Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus rumah di sekitar Kuala Terengganu di sini rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kencang dalam kejadian malam kelmarin.
Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia bertempiaran lari.

28/09/2011

MAJLIS PERJUMPAAN MB TERENGGANU BERSAMA WARGA NELAYAN



Marang 28/09/2011 - Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu bersama warga nelayan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang diadakan pada hari ini mulai jam 2.00 petang di JETI Kompleks LKIM Marang, Terengganu.  Turut hadir YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, serta tetamu kehormat, Ketua Jabatan bagi memeriahkan majlis yang diatur.

Elaun Sara Hidup RM98 Juta Telah Disalurkan Kepada Nelayan - LKIM

Image Detail

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membelanjakan kira-kira RM98 juta kepada nelayan sebagai elaun sara hidup di seluruh negara bagi tempoh bulan Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengerusinya Datuk Mohd Jidin Shafee berkata selain menikmati elaun sara hidup, para nelayan bakal mendapat kemudahan perlindungan insurans selepas mendapat kelulusan dari kerajaan kelak.

27/09/2011

MAK MERTUA CABAR MENANTU BERSUMPAH LAKNAT


Memang panas! Sedang saya leka menonton TV sebentar tadi, saya mendapat panggilan dari salah seorang anggota keluarga Azmin. Saya sudah dapat mengagak, ada perkara panas yang berlaku mengenai Timbalan Presiden PKR itu. Cepat-cepat saya menutup “volume” suara TV dan menumpukan perhatian pada perbualan kami…

Pertama kali Najib naik bas

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu lalu.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri)
Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Tanggungjawab Raja-Raja Melayu


KUALA LUMPUR 26 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan bahawa teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu ialah Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara.

Seri Paduka bertitah, Raja-Raja Melayu juga khususnya berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk pribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai mampu menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

26/09/2011

KWSP harap kerajaan lanjut usia persaraan sektor swasta


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang ini. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata beliau berharap pelanjutan umur persaraan itu dibuat pada pengumuman bajet akan datang"Saya berharap pada 58, jika tidak 60, sebagai umur persaraan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Penjagaan Kesihatan dan Pencen Swasta Malaysia 2011 di sini hari ini.

Kastam Guna Sistem RFID Tingkatkan Sistem Pengendalian Kontena ????


Yang pentingnya kejujuran, keikhlasan dalam melaksanakan tugas. Apa jua kecanggihan peralatan yang digunakan, jika tidak ada perkara yang dinyatakan tidak guna juga dan menghabiskan wang kerajaan saja. Adakah selama ini peralatan yang digunakan tidak canggih ?????

Dalam usaha untuk meningkatkan sistem pengendalian kontena secara efisien di tujuh lokasi pemeriksaan di seluruh negara, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan melaksanakan Sistem Keselamatan dan Fasilitasi Perdagangan menggunakan Sistem Frekuensi Radio (RFID) mulai 1 Oktober ini.

25/09/2011

MCA, GERAKAN BERSEKONGKOL DAN SATU HATI DENGAN DAP !!!!


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan UMNO tidak akan membincangkan isu perlaksanaan hukum hudud bersama parti komponennya dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, UMNO juga tidak perlu membalas kenyataan yang dikeluarkan mana-mana pemimpin pembangkang berhubung perkara itu.

KANAK 6 TAHUN MENGIDAP PENYAKIT SYNDROM JATUH DARI BANGUNAN

Anak panah menunjukkan mangsa terjatuh daripada tingkat 6

Marang 24/09/2011 - Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun, Ahmad Safwan bin Shafik yang mengidap penyakit syndrom terjatuh dari tingkat 6, Perumahan Polis IPD Marang, Terengganu. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah keluar daripada rumahnya di tingkat 8 bersendirian tanpa pengetahuan kedua ibu/bapanya kira-kira jam 7.00 pagi.

24/09/2011

Seramai 13 Anak Terengganu Terima Anugerah Tokoh Kemerdekaan


Seramai 13 anak kelahiran Besut yang berjaya dalam kerjaya masing-masing di peringkat nasional dan antarabangsa telah terpilih menerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan sempena Program Semarak Merdeka peringkat daerah Besut yang akan berlangsung esok (Sabtu) di sini.

23/09/2011

TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL KE ATAS ANAK MAT SABU

Image Detail

'Jangan buat tuduhan tanpa bukti'

JOHOR BAHRU 22 Sept. - Anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dinasihatkan agar tidak membuat tuduhan terhadap pasukan polis tanpa mempunyai bukti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tuduhan Ahmad Saiful yang mendakwa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka kelmarin tidak boleh diterima akal.

Parti Yang Sanggup Berubah Turut Buka Minda Rakyat


KUALA SELANGOR, 22 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara faktor yang penting untuk mendapatkan sokongan rakyat ialah kesanggupan parti membawa perubahan dalam negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...