Translate

04/09/2011

‘Saya terdengar dua das tembakan’

                   KESAN tembakan pada cermin tepi tempat duduk belakang kenderaan pacuan tempat roda yang dinaiki Noramfaizul.
MOGADISHU“Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

TIDAK PERLU PENTAS PARTIOT HANYA TINDAKAN YANG LEBIH BERKESAN KEATAS MAT SABU !!!!


KEMERDEKAAN - Kita tidak perlu bersusah payah melancarkan Program Pentas Patriot akan membazirkan duit rakyat. Beratus-ratus laporan polis telah pun dibuat keatas kenyataan MAT SABU KOMUNIS, tapi apa yang diambil pihak polis hanya merakamkan statement MAT SABU dan akan dituduh dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. itu saja.


Pas tidak mampu selesai masalah jalan sesak


Image Detail

BACHOK 3 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di semua rangkaian jalan raya di seluruh negeri ini terutama pada musim perayaan walaupun diberi tempoh 10 hingga 15 tahun lagi meneruskan pentadbiran di negeri ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia terbukti apabila mereka gagal menyelesaikannya selepas diberi peluang sejak lebih 20 tahun lalu di mana masalah yang sama iaitu kesesakan lalu lintas terutama pada musim perayaan berulang-ulang pada setiap tahun.

03/09/2011

PAS MAHU TULIS SEMULA SEJARAH NEGARA?



KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jika sebelum ini isu Bukit Kepong hanya berkisar kepada kenyataan peribadi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tetapi ia seolah-olah menjadi pendirian rasmi parti itu menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
Ia jelas apabila beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan kenyataan Mat Sabu.

ALFATIHAH - WARTAWAN BERNAMA DITEMBAK DI MOGADISHU

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 40, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Jumaat petang.
Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro Jumaat malam.

02/09/2011

KAPAL PUSING MAIN WAYANG KULIT LAGI ATAS NASIHAT USTAS NUAR ALJUBURI


ANUAR IBRAHIM MESTI BERTAUBAT... MAT SABU MESTI MINTA MAAF.....????  ITU LAH AGENDA MR. KAPAL PUSING DALAM USAHA MEMUTAR BELITKAN AGENDA SEMASA....

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

DR. ASRI JANGAN SUKA MELEBEL ORANG LAIN LITERALIST

Kalau nak gelamour janganlah keterlaluan !!!!


01/09/2011

KEGAGALAN PAS MENYEDIAKAN PASARANA YANG LENGKAP UNTUK MASJID RUSILA !!!!


Marang 30/09/2011 - Sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri semua masjid diseluruh negara dipenuhi Umat Islam kerana bersembahyang dipagi hari raya. Tetapi sebaliknya di Masjid Rusila Marang, Terengganu, hanya dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang diletakkan dikiri-kanan lebuh raya Kuala Terengganu/Dungun, malahan ditengah-tengah pembahagi jalan juga diletakkan kenderaan yang mungkin mencacatkan kewibawaan ataupun sikap seseorang itu yang tidak memikirkan kebinasaan rumput serta tanaman yang ditabur subur untuk mencantikan lebuh raya tersebut dan juga keselamatan kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Perkara sebegini berlaku bukan pada hari-hari perayaan saja, tetapi pada setiap hari Jumaat dan setiap kali majlis ceramah diadakan di Masjid Rusila.

Apa Faedah Laporan Polis Banyak-Banyak?

SEPERTI PERMAINAN SILAP MATA DAN OMONG-OMONG KOSONG ????
Kebelakangan ini kalau pembaca semua perasan, seakan ada satu trend di Malaysia ini berpuluh kalau tak beribu lapuran polis yang dibuat dalam hal-hal tertentu antaranya menyentuh perhimpunan haram Bersih dan terbaru yang berkaitan dengan kepala komunis melayu alam baru, Mat Sabu.
Dalam hal perhimpunan haram Bersih, lebih 4 ribu laporan polis dibuat oleh banyak pihak dan Mat Sabu kepala komunis ni lebih 40 laporan.
Terdetik di hati penulis, dengan sekian banyak laporan, apa yang memberi kesan ke atas laporan yang dibuat?  Kalau tak silap penulis dulu, laporan yang sekian banyak akan menyusahkan orang yang dinamakan dalam laporan pasal dia kena pergi ke semua balai polis dimana laporan dibuat ke atasnya.  Contohnya, kalau laporan Bersih dibuat di Sarawak, Ambiga perlu pergi ke Sarawak untuk sesi soal siasat.
Sekarang pun kalau tak silap penulis masih berlaku keadaan yang sedemikian, cuma jarang benar yang penulis dengar.
Selain dari itu, apa agaknya faedah kepada laporan polis yang beribu-ribu dan berpuluh-puluh ini?  Dalam hal perhimpunan haram Bersih, walaupun pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku, perhimpunan masih berlangsung dan orang-orang dibelakang perhimpunan tersebut masih bebas ke sana kemari mempromosikan agenda perhimpunan Bersih tanpa ada tindakan.
Artikel selanjutnya layari:
http://www.mykmu.net/?p=12975 

Penyerahan Kemudahan Loji Rawatan Air Peristiwa Bersejarah

Image Detail

PAGOH, 31 Ogos (Bernama) -- Penyerahan empat kemudahan loji rawatan air oleh Lembaga Perbekalan Awan Singapura (PUB) kepada kerajaan Johor hari ini merupakan satu sejarah yang bermakna ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan ke 54, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini peristiwa bersejarah setelah sekian lama kita bantu Singapura. Kita harap ini suatu manifestasi hubungan istimewa Singapura-Johor yang sudah lama berlaku," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari Rabu.

Bukti Penyelewengan Wang Rakyat Membayar Pembelanjaan Perubatan Mat Sabu.!!!!!

Image Detail

Pendedahan  kali ini pasti akan membuka mata dan minda rakyat Malaysia. Satu demi satu pembohongan dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Seperti biasa kaki belit ini akan menutup pembohongan dengan pembohongan yang lain. Kalau dah bangkai lama-lama pasti akan berbau juga. Itulah yang terjadi apabila  berjaya menghidu satu maklumat yang sangat berharga untuk dikongsi bersama.

31/08/2011

Siasat seleweng wang PBAPP

Image Detail

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujud penyelewengan wang milik anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang didakwa digunakan membayar tuntutan perubatan berjumlah RM8,434.05 kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi menjalani pembedahan kaki kanannya yang cedera ketika menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur, 9 Julai lalu.


30/08/2011

Anggota polis pejuang kemerdekaan sebenar – Karpal Singh


KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Blogger mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.


HANCURKAN MAT SABU - PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA


Marang 29/08/2011 - Semangat juang demi Agama, Bangsa dan Negara, Pertubuhan Pribumi Perkasa Daerah Marang yang diketuai oleh Tim. Ketuanya En. Hamzah Omar mewakili Pengerusi Perkasa Daerah Marang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta seluruh ahli Perkasa Daerah Marang telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Marang pada hari ini 29/08/2011 jam 3.00 petang keatas Tim. Presiden PAS MAT SABU membuat kenyataan biadap dan menghina pejuang-pejuang kemerdekaan. Turut hadir S/Usaha, Ketua Penerangan dan AJK Perkasa Daerah Marang.

29/08/2011

MAT INDERA DI SOKONG KOMUNIS DAN MAT SABU DI SOKONG DAP ???

Image Detail
Mat Indera

TENTANG HABIS-HABISAN KENYATAAN MAT SABU

Jelas dan nyata apa yang diungkapkan sendiri oleh MAT SABU dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011 mengakui bahawa MAT INDERA adalah Pejuang Melayu sedangkan perjuangannya disokong 100% oleh Komunis.  

MAT SABU DISINGKIRKAN DARI PAS MASUK DAP !!!!




Petikan Haramkah daily:
PULAU PINANG, 28 Ogos: Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini ada di tangan Harakah Pulau Pinang.
Video itu akan disampaikan terus kepadanya petang ini untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.

Bukti Pas makin jauh terpesong


KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengagungkan pengganas komunis berbanding anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong adalah bukti jelas bahawa perjuangan parti itu sudah jauh terpesong.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dahulu fatwa agama menjadi bahan dagangan politik oleh pemimpin Pas tetapi kini, sejarah kemerdekaan negara pula mahu ‘diwarnakan’ mengikut acuan sekutu rapatnya DAP.

Asyik main gajet lupa hari raya

SEMANGAT Aidilfitri perlu diperkukuhkan di kalangan generasi muda.
Generasi muda makin pudar semangat Aidilfitri.

KUALA LUMPUR: Generasi muda sekarang dilihat lebih cenderung bermain gajet seperti iPad dan PlayStation daripada melayan tetamu yang berkunjung di rumah sempena Aidilfitri hingga dikhuatiri menjejaskan hubungan persaudaraan serta semangat lebaran. Ada anak muda sanggup berkurung dalam bilik sambil bertemankan gajet, melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari laman sosial daripada bermesra dengan sanak saudara dan kenalan, malah ada yang tidak mengenali saudara sendiri. 

SEMUA PERLU BERSATU AGAR TINDAKAN KERAS DIAMBIL KE ATAS MAT SABU !!!!


Persatuan Bekas Anggota Polis Negeri Terengganu yang mempunyai 4,500 anggota hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dianggap keterlaluan hingga sanggup menghina polis demi mencari populariti.

Pengerusinya Hussin Awang Ngah berkata tindakan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan amat dikesali, sekaligus menunjukkan beliau telah terpengaruh dengan ideologi komunis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...