KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.
"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka.