Translate

27/08/2011

SEMANGAT KEMERDEKAAN BERKOBAR-KOBAR DI KUALA TERENGGANU ?????


KUALA TERENGGANU 27/08/2011 - Sungguh menyedihkan, setibanya di Bandar Kuala Terengganu (Bandaraya Persisir Pantai) indah kabar dari rupa. Kerajaan pusat melaung-laungkan Pengibaran Jalur Gemilang disetiap bangunan, kenderaan dan hiasan dijalanan, sebaliknya yang berlaku di Kuala Terengganu. Kerajaan Negeri tidak bersungguh-sungguh apa yang direncanakan. Lihat sendiri Bangunan Kerajaan teraju utama kerajaan negeri tidak menunjukkan kesungguhan. Sedangkan menyambut hari kemerdekaan tinggal empat hari lagi.


MAT SYABU - BIADAP DAN KURANG AJAR PATUT DIAJAR ??????


Mat Sabu hina pejuang negara - patut diajar keluarkan daripada negara Malaysia !!!!


Semua persara bersatu ambil tindakan ke atas MAT SYABU. Laporan polis perlu dibuat untuk mengambil tindakan ke atas Pengkhianat. Jangan lepaskan MAT SYABU.


KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Darurat di New York, tiga negeri AS - Taufan IRENE

Image Detail

NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri itu ketika ratusan ribu penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing sebagai persediaan berdepan impak Taufan Irene. “Saya menyarankan penduduk New York supaya bersedia menghadapi taufan dan bekerjasama dengan pegawai kecemasan. Dengan bekerjasama, kita akan dapat berdepan taufan ini dalam keadaan tenang dan terancang,” katanya. Darurat juga diisytiharkan di Carolina Utara, Virginia dan New Jersey. Di Cape May, New Jersey, seramai 750,000 penduduk diarah berpindah tengah malam kelmarin. 

Pegawai Imigresen khianat Program 6P lapor SPRM

Image Detail

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen tidak akan melindungi pegawainya jika terbukti bertindak hingga menjejaskan integriti dan mengaibkan keseluruhan warga jabatan itu dalam melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (Program 6P). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata oleh itu, semua pihak diminta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai maklumat ada pegawai imigresen yang ‘mengatur’ perancangan di luar. “Pegawai imigresen bekerja siang dan malam bagi menjayakan misi kebangsaan ini, tetapi jika ada segelintir duri dalam daging, marilah kita sama-sama membanterasnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bila Ambiga Nak Kena Dakwa???????

Kalau UK pun ambil tindakan terhadap penghasut-penghasut, kenapa tindakan yang sama tak boleh dikenakan pada Ambiga?

Bukti bukan masalah sebab berlambak bukti video yang menunjukkan hasutan yang dibuat oleh Ambiga.

Semoga tindakan di Britain ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak berkuasa negara kita yang masih beri muka kepada puak-puak yang selalu buat kacau. UK tu Bro...URBAN.....ptuiiii..........penjarakan sekali perusuh perusuh negara., kena 3 bulan baru dia tahu sedap ker tak sedap duk Sg.Buloh tu.

*Kes Mat Sabu pulak macam mana. Bila nak dakwa atas kesalahan buat laporan palsu?


Kenali siapa itu Anwar Ibrahim - Inilah Pengkhianat Negara sebenarnya Lihat video khas untuk anda semua


Haram bekal, jual bebola agar-agar


Budak anggap sebagai makanan.

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah. Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan. Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Taktik baru jual mercun haram

Image Detail

Penjual guna logo 'Happy Boom', 'Pop-Pop' dibenarkan pada kotak jualan.

Kurang seminggu lagi meraikan Aidilfitri, peniaga mercun dan bunga api yang ghairah untuk mengaut keuntungan segera, menukar taktik jualan bagi mengabui pembeli. Mereka menggunakan logo ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-Pop’ iaitu sejenis bunga api yang dibenarkan pengimportannya oleh pihak berkuasa, pada kotak jenis mercun yang diharamkan dan menjualnya berleluasa termasuk di bazar Ramadan dan pasar malam. Tinjauan di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan peniaga yang menjual mercun itu adalah warga asing yang dilihat seolah-olah mencabar peraturan dan undang-undang negara ini.

26/08/2011

Had laju jalan persekutuan, negeri dikurangkan

Image Detail
 
KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan sebanyak 10km/j dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan "balik kampung" untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata had laju bagi jalan persekutuan kini diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j. Beliau berkata, pengurangan kadar had laju itu bermula dua hari lalu sehingga 6 September. 

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA USTAS NUAR AL-JUBURI MASUK PENJARA JUGA !!!


Dua jam dan 32 muka surat Anwar peruntukkan semalam untuk dia mempertahankan dirinya. Dari 32 muka surat tersebut hanya dua perenggan atau 1 minit sahaja yang Anwar ‘pertahankan’ dirinya atau perkara yang tidak pernah kita dengar dari mulut Anwar sebelum ini . Yang lain atau 99.9999999999 % lagi semuanya adalah koleksi-koleksi apa yang diperkatakan Anwar di atas pentas-pentas ceramah selama tiga tahun lepas yang dikutip kembali dan dibacanya semula dalam mahkamah.


Petanda Kejatuhan Kerajaan PR Selangor


MB Selangor : Beraja di mata bertahta di hati.

Kejatuhan Kerajaan Perak bermula apabila MB tidak mendapat restu dari DYMM Baginda Sultan Perak.

Di Selangor, Kerajaan Negeri telah beberapa mencabar daulat tuanku Sultan Selangor, namun baginda Sultan masih bersabar.

Sebelum ini, ADUN PKR Selangor telah derhaka kepada Sultan Selangor melalui posting dalam blognya. Kes Suhaimi Shafie menggertak DYMM Sultan masih berjalan.

Disebalik Insan Yang Bernama Muhammad

Image Detail

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan:”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

25/08/2011

KENAPA PUAK PAS DAN PKR SUKA MEMBOHONG DARIPADA DAP ?????


Pembohongan demi pembohongan terbongkar di negara kita ini.  Yang peliknya pakar-pakar pembohong itu semua daripada orang ISLAM ( PAS dan PKR ) terutamanya wanita.  Apa tak takut ke kepada Allah S.W.T ??? Kalau demi politik pun tak kan lah sanggup membohong (menghasut) bagai nak gila...  Cerita sebenarnya tidak tahu, tapi buat-buat tau.
  

Isteri curang sedang bercumbu ditangkap suami


DUA anggota JAIP menahan seorang wanita yang didapati berdua-duaan dengan pasangannya di Kuantan semalam.

KUANTAN - Hati suami mana yang tidak remuk apabila melihat isteri yang dikahwini sejak lima tahun lalu didakwa melakukan perbuatan sumbang dengan lelaki lain hingga memaksanya memasang perangkap dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kelmarin.

Suami tangkap isteri curang dengan lelaki lain


Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinyaberkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.

Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.

Hishammuddin terima ugutan bunuh, peluru dalam buku

Image Detail
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menerima ancaman bunuh — nota tulisan tangan dan dua peluru yang dikirim dalam sebuah buku.
Polis sedang menyiasat perkara tersebut.
Mengumumkan perkara itu di sini petang ini, Hishammuddin berkata buku berisi dua butir peluru itu diterima menerusi perkhidmatan pos biasa hari ini dan ia dikesan ketika bungkusan tersebut dibuka oleh seorang kerani pegawai khasnya kira-kira 2 petang tadi.

Sempat keluar duit akaun Tabung Haji


MELAKA TENGAH: “Saya terkilan dengan apa yang terjadi kerana ibu pergi meninggalkan kami kira-kira dua minggu lagi sebelum Aidilfitri,” kata Zaidi Senan, 43, anak kepada Mariam Baba, 73, yang meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, pagi semalam selepas ambulans yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Ayer Keroh dekat sini, malam Isnin lalu. Zaidi yang ditemui di pekarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka berkata, arwah ibunya sempat mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji untuk berbelanja untuk Ramadan dan menyambut hari raya. “Ibu keluarkan wangnya kira-kira RM600 sebagai perbelanjaan sepanjang bulan puasa ini dan membuat kuih raya.

Berhutang demi anak sertai tilawah

Image Detail

JERTIH: Demi untuk melihat anaknya berjaya dalam pertandingan akhir Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar pada 26 Ogos ini, Nurunnajmi Yaacob, 40, sanggup berhutang menggunakan kad kreditnya untuk membiayai perbelanjaan sepanjang berada di negara itu selama seminggu.

PENDERHAKA KEPADA SULTAN PATUT DIAJAR ?????



SHAH ALAM: Dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perkasa dan Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan dakwaan beliau tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Selangor.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini pada lebih kurang jam 3.45 petang Rabu. Antara yang hadir ialah Senator Mohamad Ezam Mohamad Noor.

24/08/2011

UMNO SELANGOR WAJIB SAMAN PAS - JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN



View Image
KUALA TERENGGANU 23 Ogos — PAS bersedia menghadapi saman fitnah yang bakal dikemuka Umno berhubung isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, Umno berhak berbuat demikian dan PAS pula berhak mempertahankan kenyataan pemimpinnya.

20,000 sertai Ops Sikap, Raya

View Image

PDRM bakal guna konsep Ronda dan Statik di 40 lokasi di lebuh raya.

KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerah dalam dua operasi berasingan, Ops Sikap ke-24 dan Ops Raya 2011, masing-masing bagi mengawal lalu lintas dan mengawal keselamatan pengguna jalan raya sempena sambutan Aidilfitri akhir bulan ini.

Kanak-kanak makan rumput ke sekolah

Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.
Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Empat Pelajar Rusia Didapati Bersalah Rogol Pelajar M'sia Di London

Image Detail
LONDON: Empat pemuda Rusia dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu mendaftarkan diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di sini akan berhadapan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar Malaysia yang belajar di kolej yang sama.
Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon canggih iPhone.

DATO' SERI RAIS SAHAJA YANG BERANI SAMAN !!! KDN CAKAP AJE TAPI TAK BUAT


KDN - Kenapa perlu tunggu, nasihat serta minta penjelasan ??? Perlu bertindak sepertimana yang dilakukan oleh Dato' Seri Rais Yatim menyaman blogger yang kurang ajar dan memfitnahnya. Jangan tunggu lama-lama, bertindak segera sebelum parah.  Mahkamah kan ada, ikut perundangan yang diperuntukkan.


23/08/2011

MAT SABU MASUK DAP KERANA KURANG SOKONGAN AHLI PAS


Haramkahdialy  - 23/08/2011: Timbalan Presiden PAS MAT SABU dijangka akan menyertai DAP selepas Hari Raya Aidil Fitri.  Beliau menyatakan hasratnya kerana walaupun beliau Tim. Presiden PAS ada usaha-usaha dalaman parti untuk menjatuhkan beliau.  Oleh kerana itu beliau berhasrat untuk keluar daripada parti PAS dan berhijjrah ke DAP.  Perbincangan secara tidak langsung telahpun dibuat dengan Setiausaha Agong DAP LEE Guan Eng.

UPP rampas RM1.59 juta mercun - Tahniah dan teruskan...

TIGA jari tangan seorang remaja di Kuala Terengganu hancur dan hampir putus selain melecur di badan apabila mercun yang dibakar meletup secara tiba-tiba.
Dua kanak-kanak dalam dua kejadian berasingan di Kota Baru turut menjadi mangsa bahan api itu apabila cedera selepas mercun bola yang dibakar meletup.
Selain itu, mata seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Alor Setar pula nyaris buta apabila api percikan mercun terkena pada mukanya.

PEMANDU HEBAT YANG PERLU DICONTOHI ?????? atau PEMANDU BIADAP !!!


Terengganu 22/08/2011 - Dalam perjalanan hamba ke Kota Bharu bersama keluarga dengan menaikki kenderaan dan apabila sampai di satu jalan lurus dan tidak berapa jauh daripada simpang ke Machang, Kelantan daripada Jerteh, hamba telah dikejutkan dengan pemotongan sebuah kenderaan Proton Waja berwarna Grey No. Pendaftaran WRK 2872 yang terdapat lambang (Logo) PDRM dikawasan 'GARISAN BERKEMBAR'.


22/08/2011

Kudis PDRM Yang Semakin Terdedah, Wanita Dakwa Dicabul 11 anggota polis




'Woman blames cops for being single'


Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeDalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

PEMBOHONGAN BERTERUSAN - HANYA SEDAP MULUT BERCAKAP TANPA MEMBUAT SESUATU !!!!!


Hanya dapat memperkatakan sesuatu untuk menyedapkan telinga mendengar serta sikap pembohongan terus diwar-warkan oleh PAS dalam menyediakan 'PRASARANA TERBAIK DALAM NEGARA BERKEBAJIKAN'.

Tapi sebaliknya, mana prasarananya ??? hanya omong kosong. Berlebih lagi dikawasan PEMERINTAHAN PRESIDEN PAS DS HADI SELAMA 7 PENGGAL apa yang telah dibuatnya ???  Untuk menjaga prasarana disekitar kawasan Masjid Keagungan PAS (RUSILA) juga tidak terurus dengan baik, hanya sekadar untuk hidup saja. Umpama 'Besar Kerak daripada Periok'.

TANAH MERAH - AKIBAT TIDAK MENDENGAR NASIHAT IBU ?????

DI SINI... lokasi Siti Munirah maut dipanah petir. Gambar kecil, Siti Munirah.


Gadis maut dipanah petir.


TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin.

Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan.

PANAS LAGI !!!!! NEGERI SERAMBI MEKAH (KELANTAN) PUSAT PENIPUAN INTERNET

Image Detail

KOTA BHARU 21 Ogos — Kes penipuan pembelian barangan menerusi Internet merupakan antara enam jenis jenayah komersial yang berlaku di Kelantan yang membabitkan kerugian hampir RM1 juta, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata kes itu melibatkan 30 kes dengan jumlah kerugian RM42,989 apabila pemesan barang melalui Internet tidak menerima barang yang telah mereka bayar.

Turut berlaku 65 kes di mana mangsa diperdaya melalui pujukan supaya menyerahkan nombor pin akaun bank mereka yang mana kes ini melibatkan kehilangan wang sebanyak RM196,745, katanya.


Gagal dapat biasiswa, pelajar saman Khazanah

Image Detail

KUALA LUMPUR: Setelah hajat melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge dengan biasiswa Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) tidak kesampaian, seorang pelajar kelmarin menyaman syarikat milik kerajaan (GLC) itu dan tiga yang lain.

Encik Chan Xian Yao, anak lelaki seorang peguam mendakwa telah ditawarkan tempat di Universiti Cambridge bagi mengikuti kursus peringkat sarjana dalam jurusan Kejuruteraan Kimia yang akan bermula pada Oktober ini selama empat tahun.


Empat jari hancur dimamah mesin air tebu

Image Detail

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas telah kehilangan empat jari yang dimamah mesin air tebu baru-baru ini.

Mangsa, Encik Ngah Ismail, 69 tahun, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), berkata kejadian itu berlaku di gerai air tebu miliknya pada 6.30 petang, 10 Ogos lalu.


21/08/2011

Air mata ahli PAS


Image Detail

APA sudah jadi dengan Pas? Itulah persoalan yang terus menghantui ramai orang Islam di negara ini. Banyak isu kritikal yang melibatkan kepentingan Islam tidak mendapat pembelaan Pas.

Nama sahaja menggunakan istilah Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam tetapi realitinya - tidak. Terdapat pertubuhan Islam di Indonesia turut terkejut dengan perubahan yang dibawa oleh pemimpin Pas yang cenderung ke arah pluralisme agama.

Dalam beberapa isu murtad, Pas yang suatu ketika seperti gajah naik minyak memperjuangkan kesucian Islam, kini menjadi seperti tikus ketakutan.

Agama dan Cara Hidup - Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Image Detail

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Gambaran Makkah Di Masa Hadapan..Akan menjadi pusat pelancungan ???


Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.

ARTIS NEGERI SERAMBI MEKAH BERPELOK DENGAN ANJING BELAAN ????


Kurang didikan agama itulah puncanya...

Difahamkan, artis Melayu yang beragama Islam ni berasal dari Kelantan.. Dia juga kalau berlakon memang ngetop jugak sebab versatile..

Tapi bila gua tengok gambar dia berposing dengan ANJING belaan dia tu.., gua rasa dia tak berlakon.. Itu memang benar-benar kejadian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...