Translate

02/08/2011

KAKITANGAN JPN TERLIBAT PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA !!!!

Pagi tadi PR, petang ini warganegara -Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

SIDANG MEDIA MT UMNO

SINAR HARIAN CUBA MEMPERTIKAIKAN UNDANG-UNDANG NEGARA ??

Logo SH

Petikan dalam ruangan Kolumnis - Negara dalam keadaan darurat ditulis oleh oleh SYAHREDZAN JOHAN 8/1/2011 7:44:01 AM http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=346.

Diantaranya - "Contoh ordinan darurat yang telah dimasyhurkan ialah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 yang sering kali digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara.

Cerita Ku Li ganti Anwar: Nik Aziz kata 'lawak jenaka'...

anwar-nik513
"Lawak jenaka!, itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

8 Ogos: Anwar Akan Mengaku Tidak Bersalah Kerana Kurang Siuman


Isterinya merujuk kepadanya sebagai ‘Anugerah Tuhan’ dan kita percaya pastinya dia mempunyaialasan yang baik untuk berkata demikian.  Anwar, seorang pluralis biseksual yang mengidam untukmenjadi Perdana Menteri mungkin juga seorang ‘anugerah’ dari Tuhan sepertimana yang kita tahu.

01/08/2011

MB Azizan Tenat, Kutukan Tuhan Atau Apa?

View Image
Gamaknya dikala ini sebilangan para pendukung parti kebajikan PAS yang prihatin sedang kusyuk mendoakan keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan yang dilapurkan sedang berada dalam keadaan tenat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Khabarnya dari 4 injap utama jantung Ustaz Azizan, kesemuanya sudah tidak berfungsi lagi.

Kenali Pemimpin Utama Parti ISLAM Semalaysia - Kaki Putar-Belit

Mursyidul Am Parti ISLAM Semalaysia

Selasa 26 Julai 2011 - SOKONG
Mursyidul Am terima sistem biometrik yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya asalkan pelaksanaanya bersih dan telus.

Tidak izin walau ceroboh seinci

DIKATEGORIKAN sebagai kawasan paling sensitif ekoran ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang berlaku di Pulau Pandanan dan Pulau Sipadan sejak lebih sedekad lalu, Pulau Danawan kini diberikan perhatian penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi ATM, kerajaan menyalurkan bantuan tidak kira di bandar, luar bandar atau pulau-pulau termasuk rakyat atau bukan rakyat selagi mereka berada di bumi Malaysia.

31/07/2011

Lebih 2,000 pelajar akan diberi wang tunai RM1,000 seorang

Sebahagian pelajar gembira menerima insentif daripada Kerajaan negeri Terengganu di majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Kali Ke-32 Tahun 2011 Bagi Parlimen Kemaman, di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.

Lebih 2,000 pelajar Tingkatan Enam Atas di seluruh negeri akan diberi wang insentif RM1,000 seorang bagi membolehkan mereka membeli buku-buku rujukan, sebagai usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar.

30/07/2011

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA (JADUAL WAKTU BERPUASA DAN IMSAK 1432H)


BLOGGER sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.

Pembangkang pilih jalan selamat pelawa Ku Li

View Image

KUALA LUMPUR 29 Julai - Pembangkang dilihat memilih jalan selamat dengan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, ia berikutan sifat keterbukaan Tengku Razaleigh terhadap semua pihak termasuk pembangkang serta ketokohan dan moral tinggi yang dimiliki Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu.

Kanak-kanak Perempuan Mati Digilis Bapa

View Image
Gambar Hiasan
KOTA BAHARU, 29 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, Jumaat.

29/07/2011

Meruntuhkan BN-apakah ada konspirasi PDRM dan Peguam Negara ???

View Image

RAKYAT menjadi semakin keliru dengan beberapa perkembangan mutakhir melibatkan segala sistem perundangan dalam Negara kita ini yang semakin hari semakin diperlekehkan dan dilihat undang-undang di dalam Negara yang didokong sekian lama tidak berjalan mengikut kehendak dan keperluan Perlembagaan Persekutuan yang sebenar-benarnya.

Panas : Pakatan tahu Anwar memang bersalah!!!

View Image

Belum apa- apa nampaknya pakatan dah nak cari pengganti untuk Anwar Aljuburi.

Pakatan pembangkang nampaknya telah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang yang baru sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwatnya ketika ini..

Ahli Parlimen D Jeyakumar mati kelaparan - Biarkan....

Memang lawak bila seorang Ahli Parlimen macam D Jeyakumar yang ditahan Polis dibawah Ordinan Darurat mengugut nak melancarkan mogok lapar dalam tahanan. Agaknya dia nak mendahului umat Islam bila “berpuasa” lebih awal sebelum masuk bulan Ramadhan kot..
Kalau dah buat salah, kenapa pulak takut kena tindakan? Kononnya nak berjuang untuk rakyat, tapi bila pecah tembelang pasal nak hidupkan fahaman komunis didalam negara, meroyan pulak dia tuduh Polis tak adil dan tak profesional..

28/07/2011

DARI GOMO UNTUK MARINA...MASIHKAH KAU INGAT ?

Masihkah Datuk Paduka Marina Ingat Betapa Hangatnya
Didakap Jejaka Peranchis ?


Surat untuk Datuk Paduka Marina Mahathir,


YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.


Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut.

TV Alhijrah Bersiaran 24 Jam Sehari Tiap Jumaat, Sabtu Dan Ahad Sepanjang Ramadan

View Image

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan bersiaran selama 24 jam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Bukhari Che Muda berkata siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 pagi.

Pas dicabar berani tuntut lebih kerusi untuk ganti UMNO

View Image

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pas hari ini dicabar supaya berani berhadapan dengan DAP dalam menuntut jumlah kerusi yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut pengendali blog RBF Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com), jika benar Pas mahu menggantikan UMNO, mereka juga perlu berani mengumumkan bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu dipegang oleh parti itu jika pembangkang menang dalam pilihan raya nanti.

MOSTI Labuh Tukun Tiruan Di Taman Laut Pulau Perhentian

View Image

BESUT, 26 Julai (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melabuhkan lapan unit tukun tiruan berhampiran kawasan Taman Laut Pulau Perhentian sebagai usaha meningkatkan pembiakan ikan dan hidupan laut sebagai sumber ekonomi penduduk untuk jangka masa panjang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata usaha melabuhkan Tukun Inovasi Mesra Alam yang dilaksanakan di bawah Program Tapmosti@Community itu merupakan yang ketiga dilakukan di negara ini selepas kawasan perairan Pulau Sapi, Sandakan dan Pulau Sebatik, Tawau, Sabah.

Mat Sabu anak didik Ustas Nuar Al-Juburi pertikai kenyataan polis

View Image

KUALA LUMPUR 26 Julai - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kekal dengan pendirian bahawa beliau dilanggar sebuah kereta Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, Mohamad Sabu turut mempertikaikan penjelasan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid bahawa hasil siasatan menunjukkan beliau terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

27/07/2011

APMM Ambil Alih 91 Kapal Marin Dan Kastam 15 Ogos Ini


KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil alih 91 kapal daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mulai 15 Ogos ini.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebanyak 60 kapal diambil alih daripada PGM manakala 31 lagi daripada Kastam.

Ustaz Nuar Al-Juburi mengarut lagi - fail notis usul untuk temu bual lima saksi

View Image

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon untuk pihak pembelaan menemu bual lima saksi dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos. 
Anwar yang memfailkan permohonannya menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, menamakan dua saksi berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

HUSAM Penipu Ada Bukti 500 Nama Pemilih Bertindih

View Image
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa mempunyai bukti wujudnya 500 senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih akibat kelemahan sistem yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan pertindihan pengundi yang lengkap dengan nama dan nombor kad pengenalan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...