Translate

22/07/2011

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS MAT SABU



Pihak polis perlu mengambil tindakan yang tegas kepada MAT SABU kerana menghasut, menipu serta memburukkan nama Malaysia di mata dunia.  Perkara ini adalah sangat serius dan tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa.  Agak keterlaluan kalau dilihat dewasa kini, pihak pembangkang boleh mempermain-mainkan pihak berkuasa, memperlekehkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan.  Untuk menaikan nama beliau dimata dunia, sanggup membuat apa saja, asalkan niatnya berjaya.

21/07/2011

259 orang terima darjah kebesaran Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu

Seramai 259 orang menerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan Negeri Terengganu Darul Iman, sempena Ulang Tahun Ke-49 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Ibrahim Muhamad dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor mengetuai senarai penerima tersebut yang dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

20/07/2011

Pas cuba tarik sokongan pengundi atas pagar

View Image

KUALA LUMPUR 18 Julai - Tindakan Pas yang berdolak-dalik dalam isu larangan pembukaan 13 premis hiburan di Kedah sepanjang Ramadan akan datang menunjukkan parti itu cuba mendapatkan sokongan para pengundi atas pagar di negeri itu.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, larangan itu tidak harus timbul kerana penganut Islam mempunyai kod etika kehidupan tertentu terutama ketika berpuasa.

19/07/2011

Amalan puasa sunat Syaaban persiapan tempuh Ramadan

View Image

Latihan awal pelengkap nilai tambah ibadat wajib 

DETIK akhir Syaaban adalah proses pecutan terakhir menghadapi Ramadan. Dalam mana-mana pertandingan besar, latihan penting kerana tanpa latihan yang bersungguh, maka dikhuatiri persembahan terbaik menjadi luntur.

PAS hanya kejar politik - tanggungjawab sendiri diabaikan

View Image

KUALA LUMPUR: Tindak tanduk PAS yang sentiasa tunduk kepada telunjuk DAP dan pakatan pembangkang sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam dan ketuanan Melayu, jelas menunjukkan parti itu semakin tamak dalam usahanya meningkatkan pengaruh politik.

Bekas Ahli Parlimen yakin BN rampas Marang

View Image

KUALA LUMPUR 18 Julai – Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar hari ini menyuarakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen tersebut daripada Pas.

Bagaimanapun, beliau yang baru mengangkat sumpah semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh satu penggal lagi hari ini berkata, perkara itu bergantung kepada calon yang akan mewakili BN pada pilihan raya umum akan datang.


Ibu Bapa Digalakkan Bawa Anak Jalani Ujian Genetik

View Image

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Ibu bapa digalakkan membawa anak mereka menjalani ujian bagi mengesan lebih daripada 400 gangguan genetik yang dijalankan melalui ujian berasaskan tatasusunan mikro yang diperkenalkan buat pertama kali di Asia oleh Sengenics, sebuah syarikat bionexus Malaysia.

18/07/2011

Dr Lo'lo Disahkan Meninggal Dunia

View Image

KUALA LUMPUR 17 Julai - Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali telah kembali ke rahmatullah dan disahkan oleh ibu beliau, Datin Zainab binti Salleh.


Pihak KL POS turut menerima pengesahan berita dari YB Salahuddin Ayub dan Dr Mariah Siri Mahmud mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

RAHIM NOOR : BERHATI-HATI DENGAN GERAKAN DEMOKRASI.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.
“Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

17/07/2011

Hadi Awang Beri Amaran "Kebangkitan Lebih Besar"


“Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang menyifatkan perhimpunan BERSIH semalam hanyalah langkah permulaan bagi suatu "kebangkitan lebih besar" jika BN dan SPR tidak melaksanakan tuntutan yang dikemukakan.

Beliau menyifatkan para peserta BERSIH cukup tertib dan mengamalkan budaya demonstrasi baik sekalipun diprovokasi oleh pihak polis.

Tipu Diri Sendiri - Anwar Buang Pendakap Leher

Anwar sedar orang tahu dia temberang pasal kecederaannya dan berpura-pura dalam memakai pendakap leher. Tahu juga dia bahawa oang ramai akan meluat setiap kali dia berpura-pura cuba terlaluan sangat untuk dapatkan simpati.

Sambutan Kemerdekaan Serentak Hari Malaysia Pada 16 Sept

View Image
KUALA LUMPUR:Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.

16/07/2011

Liverpool atasi Malaysia 6-3

View Image

KUALA LUMPUR 16 Julai — Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Separuh Masa: 1-1 Penjaring: Malaysia - Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81).

Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93).

Demonstrasi BERSIH 2.0 - UFB - Hukum Berjuang Di Belakang AMBIGA

SIAPA AMBIGA ??? KHAS UNTUK PENYOKONG BERSIH !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...