Translate

18/07/2011

Dr Lo'lo Disahkan Meninggal Dunia

View Image

KUALA LUMPUR 17 Julai - Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali telah kembali ke rahmatullah dan disahkan oleh ibu beliau, Datin Zainab binti Salleh.


Pihak KL POS turut menerima pengesahan berita dari YB Salahuddin Ayub dan Dr Mariah Siri Mahmud mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

RAHIM NOOR : BERHATI-HATI DENGAN GERAKAN DEMOKRASI.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.
“Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

17/07/2011

Hadi Awang Beri Amaran "Kebangkitan Lebih Besar"


“Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang menyifatkan perhimpunan BERSIH semalam hanyalah langkah permulaan bagi suatu "kebangkitan lebih besar" jika BN dan SPR tidak melaksanakan tuntutan yang dikemukakan.

Beliau menyifatkan para peserta BERSIH cukup tertib dan mengamalkan budaya demonstrasi baik sekalipun diprovokasi oleh pihak polis.

Tipu Diri Sendiri - Anwar Buang Pendakap Leher

Anwar sedar orang tahu dia temberang pasal kecederaannya dan berpura-pura dalam memakai pendakap leher. Tahu juga dia bahawa oang ramai akan meluat setiap kali dia berpura-pura cuba terlaluan sangat untuk dapatkan simpati.

Sambutan Kemerdekaan Serentak Hari Malaysia Pada 16 Sept

View Image
KUALA LUMPUR:Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.

16/07/2011

Liverpool atasi Malaysia 6-3

View Image

KUALA LUMPUR 16 Julai — Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Separuh Masa: 1-1 Penjaring: Malaysia - Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81).

Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93).

Demonstrasi BERSIH 2.0 - UFB - Hukum Berjuang Di Belakang AMBIGA

SIAPA AMBIGA ??? KHAS UNTUK PENYOKONG BERSIH !!!

15/07/2011

DEWAN MASJID SULTANAH NUR ZAHIRAH MARANG KOTOR !!!!


Marang - Gah dengan keindahan serta nama yang begitu tidak asing lagi bagi penduduk Daerah Marang maupun diluar daerah.  Namun dalam keindahan yang terserlah dicemari dengan kekotoran yang amant sangat bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah ditingkat bawah.  Mosac yang begitu cemar dan begitu kotor dan menjijikkan.  Adakah begini caranya kebersihan yang diamalkan oleh jawatankuasa pentadbiran masjid tersebut?

Kelentong Anwar Ibrahim Pecah Terburai - Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara



Jangan beri muka pada Ambiga

alt


Kerajaan digesa tidak memberi 'mukakepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih),Datuk S.Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.

Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.

Hakikat Bersih 2.0

View Image
ADA yang mengatakan kejadian huru-hara di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu ekoran demonstrasi haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) wajar dijadikan kayu pengukur kepada kematangan budaya politik rakyat Malaysia.
Namun kalau kita ingin berbica soal kematangan dalam berpolitik, harus juga diteliti dari aspek dan unjuran mana ia dinilai.

14/07/2011

Polis Malaysia Membisu Dalam Soal Ekstradisi Michael Soosai

View Image
CHENNAI: Sikap membisu polis Malaysia berhubung ekstradisi penjenayah lick dari Malaysia, Michael Soosai, yang dalam tahanan di India, telah menimbulkan banyak persoalan.
Sejak ditangkap pada Ogos tahun lepas, pihak berkuasa Malaysia masih belum memohon perintah ekstradisi Soosai, 53, yang dikehendaki di Malaysia kerana beberapa siri penipuan yang membabitkan hampir RM1 juta.
Dia juga didakwa menculik dan membunuh seorang pemandu lori berasal dari Malaysia, N Subramaniam, di Cheyyur, daerah Kancipuram, di selatan India, pada 2002 berikutan perbalahan keluarga.

Keikhlasan DS Abdul Hadi akui polis beri layanan baik

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui berpuas hati dengan layanan baik anggota polis selepas ditahan ketika menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu lalu. 

"(Begitupun) Saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa...Terima kasih kepada anggota keselamatan, terima kasih banyak. Orang lain pun kena layan dengan baik juga kerana tidak ada beza antara kita semua," katanya kepada hampir 5,000 penyokong parti itu yang menyambutnya pulang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

SIKAP MEMBANGGA DIRI DENGAN GELARAN 'DATUK' MEMBAWA PADAH !!

View Image
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti 99 individu menjadi mangsa penipuan sebuah persatuan kerabat diraja di negeri ini sehingga mereka dipercayai sanggup membayar antara RM20,000 hingga RM150,000 untuk mendapatkan gelaran Datuk. 

Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata pengurniaan gelaran Datuk kepada 99 individu itu tidak sah di sisi undang-undang dan tidak boleh diguna pakai. 

Buaya kudung jadi tarikan pelancong

PANTAS... aksi Brutus menyambar daging berjaya dirakam Katrina
 di Sungai Adelaide, Australia.
DARWIN: Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide.


Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian di kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung.

13/07/2011

SUHAKAM PERLU DIBUBARKAN DAN TIDAK PERLU ADA DI MALAYSIA

Sebagai badan yang ditubuhkan kerajaan BN, dibayar gaji, elaun dan apa segala kemudahan yang perlu, SUHAKAM secara undang-undangnya melapur kepada DYMM Yang Dipertuan Agung.  Pendirian SPB yang tidak bersetuju dalam soal perhimpunan haram ini jelas, berdasarkan titah khas baginda pada 3hb Julai 2011, peliknya SUHAKAM pula mengambil pendirian mahu membela pelaku perhimpunan haram ini!!

KEPULANGAN PPPD DUN RHU RENDANG DARI MENGERJAKAN UMRAH


Marang - Kepulangan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta keluarga daripada mengerjakan UMRAH di Tanah Suci Mekah disambut mesra seanak saudara serta rakan-rakan karib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tepat jam 8.45 malam 12/07/2011.  Beliau begitu gembira dan mengatakan keadaan kesihatan beliau serta ahli keluarga semasa di Tanah Suci Mekah dalam keadaan sihat walafiat.

12/07/2011

14 FATWA AMBIGA DISOKONG OLEH PAS !!!!

View Image

Dalam sunyi-sunyi malam ini...sambil kita menanti untuk mengerjakan solat tahajjut..elok rasanya kita kembali merenungi apakah yang sebenarnya yang telah dituntut oleh seorang manusia yang bernama Ambiga melalui IFC terhadap kerajaan Malaysia selama ini. Apakah kita faham akan hakikat perjuangan si Ambiga ini? Atau mata hati kita telah ditutupkan oleh Allah sehingga tidak lagi dapat melihat kebenaran dengan sejelas-jelasnya..MasyaAllah..bacalah kembali dan renungilah apakah tuntutan Ambiga atau IFC terhadap kerajaan di bawah ini...Nauzubillah minzalik...inikah manusia yang kita sokong pada 9 Julai yang lalu?

Kerajaan Jangan Jadi Bodoh...! Hak Majoriti Yang Utama!!!


Ada 4 jenis manusia dalam dunia ni....
Pertama - Golongan Yang Tahu bahawa dirinya Tahu...Ini jenis orang berilmu, selagi dia tak sombong dan lokek dengan ilmunya maka kita bertuah berdamping dengannya!.
Kedua - Golongan Yang Tahu bahawa dirinya Tak Tahu...Ini jenis orang yang insaf dan sedar diri, tolong dan bantu dia jika memerlukan pertolongan!.

Lucutkan kerakyatan Ambiga - Ibrahim


KUALA LUMPUR 10 Julai - Peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara semalam disifatkan sebagai penderhaka kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, malah, Datuk S. Ambiga sebagai penganjur Bersih juga perlu dilucutkan hak kerakyatannya.

Demonstrasi Bersih ala Indonesia

View Image

KUALA LUMPUR 10 Julai - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam ternyata berkiblatkan cara demonstrasi ala Indonesia apabila para peserta terlibat dibayar di antara RM150 hingga RM200 bagi 'menjayakan' demonstrasi tersebut.

Sumber polis memberitahu, perkara itu didedahkan oleh sebilangan besar peserta yang ditahan ketika memberi kenyataan berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan serta perarakan haram tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...