Translate

13/06/2011

Ucapan Perdana Menteri Malaysia - Part 2


Ucapan Perdana Menteri Malaysia - Part 1


Hasan Ali di”pecat”: Angkara siapa?


View Image
Memang sangat mengejutkan apabila Pas menyingkirkan Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Bukan setakat Hasan Ali saja yang digugurkan, Harun Taib juga menjadi mangsa digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Saya tidak apa yang sedang melanda Pas sehingga tergamak menyingkirkan kedua-dua pemimpin yang banyak berjasa kepada Pas itu.
Di Selangor, siapa yang tidak kenal dengan Hasan Ali? Sebenarnya, Hasan Ali boleh dikategorikan sebagai “bapa Pas Selangor”. Hasan Ali boleh dikatakan sebagai individu yang bertanggungjawab membawa Pas menembusi beberapa DUN di Selangor. Malah, tidak melampau rasanya jika saya katakan bahawa sekiranya tidak kerana usaha Hasan Ali, takkan menang Khalid Samad di Shah Alam!

12/06/2011

Misi mustahil pintas Terengganu - Sukan SUKMA XIV


KUALA LUMPUR – Harapan Terengganu untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia XIV sukar digugat oleh pasukan di tangga kedua, Selangor walaupun masih ada lima emas yang dipertandingkan pada hari terakhir temasya sukan itu , hari ini.

Tambahan tiga emas daripada sukan mendayung semalam, mengukuhkan lagi cengkaman Terengganu di tangga teratas senarai kedudukan pingat dengan 28 emas.

Mat Sabu Perlu Jawab Isu Moralnya Sendiri


Belum Panas menduduki kerusi Timbalan Presiden Pas yang dimenangi pada muktamar Pas yang lalu isu moral melibatkan beliau semakin hangat diperkatakan.
Mat Sabu yang sering membuat hadirin panas ketika mendengar beliau berceramah kini tidak senang duduk apabila isu tangkap basah yang membabitkan beliau kini semakin hangat dibicangkan dalam media elektronik.

Terengganu Julang Piala FA 2011 untuk Tuanku Mizan - Tahniah




KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Terengganu menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Sabtu malam.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol penentuan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi itu ialah pada 2000 setelah menewaskan Pulau Pinang melalui sepakan penalti 5-3 apabila kedudukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan.

11/06/2011

PERKASA MARANG BUAT LAPORAN POLIS - PERHIMPUNAN BERSIH


Marang 11/06/2011 - Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pribumi PERKASA Marang En. Hamzah bin Omar, mewakili keseluruhan ahli PERKASA Daerah Marang, telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Marang, sebagaimana Marang Rpt. 1468/2011 @ 1503 hrs, bagi membantah dengan sekeras-kerasnya Perhimpunan Bersih yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9hb. Julai, 2011 yang dianjurkan oleh Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi Pas. 

Piala FA milik siapa?


KUALA LUMPUR – Ketika Kelantan berkeras bahawa kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Super, Isnin lalu bukan sekadar nasib, Terengganu pula menegaskan, perlawanan akhir Piala FA malam ini adalah cerita baru dan kekalahan enam hari lalu sama sekali tidak akan berulang.

Tengku Razaleigh Syor Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Syarikat Pembekal Kuasa

View Image

GUA MUSANG, 10 Jun (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan semula harga gas.

NGO Buat Laporan Polis Bantah Perhimpunan Bersih

View Image

BUKIT MERTAJAM, 10 Jun (Bernama) -- Dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini hari ini membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

10/06/2011

Elizabeth Wong adalah agen George Soros di Malaysia

Kisah Benar Bilik 121 Timbalan Presiden Pas…

View Image

Mat Sabu telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang pada tahun 1995 di Hotel Perdana, Kota Bharu. Wanita itu bernama Norma. Pada ketika itu jika tidak silap  Mat Sabu adalah ahli parlimen Nilam Puri, Kelantan.

Pada masa kejadian wanita tersebut ke bilik penginapan Mat Sabu untuk menghantar pakaian Mat Sabu.

Hadiah Piala FA kepada Tuanku Mizan


“SAYA harap pemain beraksi bersungguh-sungguh demi merangkul kejuaraan Piala FA untuk dihadiahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 4 Jun lalu dan menyambut kepulangan ke Terengganu selepas tempoh perkhidmatan baginda berakhir hujung tahun ini,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Ahmad Tajuddin Yusoff.

Anwar Tersungkur Di Sungai Buloh


View Image
Mungkinkah riwayat karier Anwar tersungkur di Sg Buloh…?…Mungkinkah kisah seorang politikus yang dipanggil tok syeikh Anwar yang pandai gelek-gelek hindi waktu berceramah tergolek di penjara Sg Buloh?
Aduh kasihan…inilah yang dikatakan angan tak sampai…impian berkecai, harapan kecundang….pilu, sedih, meroyanlah Datuk Seri ni….pepatah melayu berkata, “Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari”

SPRM Tahan Bookie Dipercayai Terlibat Dalam Sindiket Perjudian Bola Sepak

View Image

KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki dipercayai bookie yang terbabit dalam skandal mengatur perlawanan bola sepak pasukan Piala Presiden T-Team.

Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusoff Mohd Zain, berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira jam 3 petang semalam.

"Suspek ditahan reman sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung sogokan dan sindiket perjudian bola sepak yang melibatkan pemain," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

KELEMAHAN ULAMA PAS DIDEDAHKAN - NIK ABDUH NIK AZIZ !!!

View Image

Selepas lima hari ulama 'digulingkan' daripada pucuk pimpinan parti,hari ini,Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nik Abduh Nik Abdul Aziz tampil berani apabila mendedahkan kelemahan golongan tersebut,meskipun beliau sendiri berlatarbelakangkan ulama.Nik Abduh dengan berani menyatakan bahawa kelemahan ketara pemimpin Pas yang lahir daripada latar belakang ulama adalah gagal merancang gerak kerja parti secara strategik dan sistematik, berbanding golongan profesional sehingga membawa kekalahan teruk pada pemilihan kali ini.

09/06/2011

WOW !!! KARPAL SINGH GEMBIRA KEPUTUSAN DS HAJI HADI !!

View Image

Bagi sesetengah pihak gabungan antara UMNO dan Pas tidak akan berlaku. Ini kerana faktor tersendiri yang mereka saja yang tahu. Mungkin pemimpin UMNO mahukan gabungan ini tetapi di pihak Pas sudah tentu mereka tidak mahu. Pas mempunyai pelbagai alasan termasuklah sudah selesa dengan rakan-rakan dalam parti pembangkang.

08/06/2011

DS Hadi Awang Tidak Mahu Jadi Perdana Menteri ???

View Image

KOTA BAHARU, 7 Jun (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Abdul Hadi, yang juga Anggota Parlimen Marang, berkata perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

Tiga Penyokong Bola Sepak Terengganu Didakwa Di Mahkamah

View Image

KUALA TERENGGANU, 7 Jun (Bernama) -- Tiga penyokong pasukan bola sepak Terengganu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini Selasa atas tiga tuduhan berasingan memiliki mercun, membaling sos cili serta memaki polis semasa perlawanan Liga Super Terengganu menentang Kelantan Isnin malam.

Tertuduh Tuan Hasbullah Tuan Abd Razif, 24 dari Tanah Lot Kampung Chepoh didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis yang sedang bertugas kira-kira 11.30 malam di luar kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah selepas perlawanan itu.

Kejadian yang sama mungkin berlaku di Pantai Batu Burok, Terengganu !!!

View Image

GEORGE TOWN, 7 Jun (Bernama) -- Seorang kanak- kanak perempuan berusia lima tahun patah bahu kiri setelah dirempuh seekor kuda yang ditunggang seorang lelaki di pantai Batu Feringghi di sini Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, Arina Kirana Azrin turut cedera di paha kanan akibat dirempuh ketika dia sedang bermain dengan kakaknya yang berusia 12 tahun di belakang sebuah hotel.

Kakaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

07/06/2011

PADANG BARU UNTUK PEMAIN-PEMAIN TERENGGANU !!!!!

View Image

Kekalahan Yang Memalukan - Penyu Rebah 3-0 di Gelanggang Sendiri, T-Team Tersungkur 4-0 di Paroi.  Kerajaan Terengganu perlu mencari padang yang serupa gambar diatas untuk melatih pemain-pemain Terengganu demi meningkatkan prestasi mutu bolasepak dimasa hadapan.  Di Negeri Terengganu banyak lagi kawasan yang masih kosong dipersisir pantai untuk dijadikan gelanggang bolasepak.  Tindakan segera perlu diambil demi menyelamatkan marwah Negeri Terengganu.  Jangan-jangan ada udang disebalik batu seperti apa yang berlaku di Negeri Sembilan ????? 

Pompuan Mati Katak ??

wanita-muslimah

Ada setengah2 orang Islam ( Nie Geng Yg Cinta Dunia ) menggunakan hadis2 tentang wanita Islam menyertai peperangan sebagai dalil atau alasan nak bagi boleh jugak pompuan keluar rumah. Memang ada dalam beberapa hadis tentang beberapa Sahabiah yang membantu Nabi S.a.w berperang melawan orang kafir. 

Tapi biasa la Ulamak Suu’ ( Ulamak Jahat N Chenta dunia bersarang dlm hati) memang pandai manipulasi fakta. Ambik hadis tu kemudian syarah pulak ikut nafsu. Tu Ular Dalam Semak Ulamak, yang lagi kelakar ustaz yg baca terjemahan Bahasa Melayu jer kitab hadis pun pandai nak syarah hadis. Lepas kaitkan hadis tu dengan pompuan boleh kerja jadi nurse, jadi tentera, jadi itu la.., Jadi ini la.. dengan alasan Islam tak sempit, Islam tak rigid, Islam tak larang ( biasa la sebab bini Ustaz pun keje) orang pompuan keje..

"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...