Translate

07/06/2011

PADANG BARU UNTUK PEMAIN-PEMAIN TERENGGANU !!!!!

View Image

Kekalahan Yang Memalukan - Penyu Rebah 3-0 di Gelanggang Sendiri, T-Team Tersungkur 4-0 di Paroi.  Kerajaan Terengganu perlu mencari padang yang serupa gambar diatas untuk melatih pemain-pemain Terengganu demi meningkatkan prestasi mutu bolasepak dimasa hadapan.  Di Negeri Terengganu banyak lagi kawasan yang masih kosong dipersisir pantai untuk dijadikan gelanggang bolasepak.  Tindakan segera perlu diambil demi menyelamatkan marwah Negeri Terengganu.  Jangan-jangan ada udang disebalik batu seperti apa yang berlaku di Negeri Sembilan ????? 

Pompuan Mati Katak ??

wanita-muslimah

Ada setengah2 orang Islam ( Nie Geng Yg Cinta Dunia ) menggunakan hadis2 tentang wanita Islam menyertai peperangan sebagai dalil atau alasan nak bagi boleh jugak pompuan keluar rumah. Memang ada dalam beberapa hadis tentang beberapa Sahabiah yang membantu Nabi S.a.w berperang melawan orang kafir. 

Tapi biasa la Ulamak Suu’ ( Ulamak Jahat N Chenta dunia bersarang dlm hati) memang pandai manipulasi fakta. Ambik hadis tu kemudian syarah pulak ikut nafsu. Tu Ular Dalam Semak Ulamak, yang lagi kelakar ustaz yg baca terjemahan Bahasa Melayu jer kitab hadis pun pandai nak syarah hadis. Lepas kaitkan hadis tu dengan pompuan boleh kerja jadi nurse, jadi tentera, jadi itu la.., Jadi ini la.. dengan alasan Islam tak sempit, Islam tak rigid, Islam tak larang ( biasa la sebab bini Ustaz pun keje) orang pompuan keje..

"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang"

06/06/2011

Kes remaja terlanjur menakutkan tiada pemantauan ibu bapa !!!

pacaran
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar remaja kini didapati bukan saja menjadikan hubungan seks terlarang sebagai percubaan, malah hobi mengisi masa lapang.

Fenomena menakutkan itu didedahkan penceramah bebas juvana, Mohd Yunus Mohd Ali, selepas sebilangan besar remaja bermasalah mengaku melakukannya untuk berseronok pada masa lapang.

Beliau berkata, golongan itu biasanya mendapat maklumat berkaitan seks, termasuk bahan lucah, melalui Internet atau video di rumah, selain telefon bimbit rakan.

“Selesai berceramah, saya buka peluang untuk mereka meluahkan isi hati dan saya sebenarnya terkejut dengan pengakuan diluahkan.

“Selepas melakukan seks sekadar suka-suka, mereka kini menjadikannya sebagai kegemaran dan ia perkembangan menakutkan,” katanya.


Terengganu melonjak tangga teratas


Ketua Kontinjen Sukma Terengganu 2011, Datuk Wan Ahamad Wan Muda menyampaikan insentif 
kepada atlet Terengganu yang berjaya menuai pingat.



Terengganu terus menuai emas untuk memastikan sasaran bergelar juara keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia Ke-14 Kuala Lumpur menjadi milik kontinjen itu, hampir menjadi kenyataan walaupun temasya baru memasuki hari ketiga.

05/06/2011

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi : Ahli PAS Akar Umbi Tidak Puas Hati!


Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut. Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.

MAT SABU MENANG UNTUNGKAN BN - SYABAS DAN TAHNIAH ??


Mohamad Sabu menang dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS hari ini. Adakah kemenangan ini memudahkan BN memenangi pilihanraya umum akan datang? Ini yang menjadi persoalan kepada kita.

Pidato Mat Sabu memang memukau semua orang. Sebelum beliau ditangkap khalwat dengan Norma, ribuan peminatnya mendengar ceramahnya. Selepas ditangkap, kurang orang mendengar ceramahnya kerana beliau dianggap sebagai pemimpin PAS yang tidak bermoral.

Peruntukan Tambahan RM46 Juta Naik Taraf Jeti Nelayan Di Seluruh Negara


BERNAMA - 4 Jun -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta untuk menaik taraf jeti nelayan di seluruh negara, kata Menterinya Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata usaha menaik taraf jeti nelayan bertujuan memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi nelayan selain meningkatkan taraf hidup golongan itu sejajar hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Golongan Bukan Ulama Kuasai Kepimpinan PAS Pusat

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Golongan bukan ulama menguasai kepimpinan PAS Pusat apabila golongan itu menyapu bersih jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta kebanyakan daripada 18 anggota jawatankuasa pusat dalam pemilihan sempena Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar di sini.

Pemimpin PAS di peringkat akar umbi, Mohamad Sabu tanpa diduga menempah kejayaan apabila merampas jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang tiga penggal Nasharuddin Mat Isa.

04/06/2011

RAMAI KAKITANGAN AWAM SOKONG PEMBANGKANG???

Gambar Hiasan Saja

Sebagai kakitangan kerajaan, aku mempunyai ramai kawan di kalangan penjawat awam. Semuanya memiliki pendirian politik masing-masing. Adalah tidak mengejutkan jika aku katakan bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak begitu berminat dengan BN. Mereka lebih cenderung untuk berpihak kepada pembangkang.

Amat mudah untuk mengetahui kecenderungan politik rakan-rakanku itu. Apabila diajak berbicara mengenai sesuatu isu, mereka kebiasaannya mudah melenting menyalahkan kerajaan jika isu tersebut dianggap salah di mata mereka. Tidak perlu ambil contoh jauh. Cukup saja berbual tentang bonus kakitangan awam. Rata-rata mereka akan memaki-hamun kerajaan jika kerajaan tidak memberi bonus dengan menuduh kerajaan itu dan ini.

03/06/2011

Nelayan Laut Dalam Tidak Lagi Dibekalkan Minyak Pada Harga Subsidi RM1.25


KUALA TERENGGANU, 2 Jun (bernama) -- Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan hari Khamis.

02/06/2011

Keprihatinan terhadap nelayan pantai - tahniah Datuk Noh Omar


KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Semua nelayan dan awak-awak yang mendapat elaun sara hidup RM200 sebulan, akan diberi lesen sampan secara automatik mulai esok, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata lesen akan dikeluarkan kepada pemilik sampan dan kad nelayan kerana kerajaan berhasrat menolong awak-awak yang ingin menjadi nelayan.

Pengarah Urusan UDA letak jawatan , UDA semakin bergolak !

Board of Director
Isu UDA Holding milik Kementerian Kewangan semakin panas dan terbaru Pengarah Urusan UDA , Datuk Jaafar Abu Hassan  telah meletakkan jawatan  .  Di ketika pelbagai isu panas  seperti  projek  BBCC yang diberikan kepada syarikat dari China serta penjualan tanah UDA di Jalan Sultan Ismail , tiba-tiba orang kuat UDA sendiri telah meletakkan jawatan .

Video Untuk Ditonton: Ulasan Keri, Nasrudin & Dr Maza Isu Video Anwar Di Forum Sinar


PART 1


PART 2

MB selar sikap pegawai, kakitangan kerajaan sengaja tangguh kes


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengelar sikap segelintir pegawai dan kakitangan di jabatan kerajaan yang sengaja menangguhkan sesuatu urusan serta kes yang melibatkan pelanggan sehingga memakan masa 20 tahun sebelum ia dapat diselesaikan.

Beliau merujuk kepada pengalaman ketika menjawat jawatan exco (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sebelum ini, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu yang gagal mengeluarkan laporan audit akibat kes yang tertangguh terlalu lama.

Yang DiPertuan Agong Dihina, Dicaci... Adakah kita perlu mendiamkan diri ???


(Berita Awal)Menggemparkan. Siapakah manusia kurang ajar itu?

Ada tanda-tanda dia dari negara seberang dan mungkin juga rakyat Terengganu yang berselindung dengan menggunakan bahasa negara tetangga.

01/06/2011

SKIM LATIHAN UNTUK SISWAZAH MENGGANGUR DIPERKENALKAN KEMBALI...


Bukan perkara baru. Pendekatan ini pernah diperkenalkan kerajaan pada tahun 1980an.  Setidak-tidaknya skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur yang dilancar hari ini, akan membawa harapan baru untuk kumpulan ini.

Pemilihan PAS: Mahfuz, Salahuddin Sukar Pertahan Jawatan

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

"Sesak". Itu gambaran pemilihan PAS kali ini yang menyaksikan semua jawatan kecuali kerusi presiden menjadi rebutan.

Barangkali itu jugalah perasaan Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar yang dicabar Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Nik Amar Abdullah dan Idris Ahmad untuk tiga kerusi naib presiden.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...