Translate
20/05/2011
Pemuda UMNO Dan Perkasa Sabotaj Demo AMK

KUALA LUMPUR, 20 Mei — NGO Perkasa akan meneruskan perhimpunan aman mempertahankan Kumpulan Utusan di ibu pejabat akhbar tersebut petang ini walaupun tampa kehadiran AMK yang melaporkan membatalkan demo di saat saat akhir.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadlian (AMK) Rozan Azen Mat Rasip berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan perhimpunan hari ini kerana mahu memberi tumpuan ke atas penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu loji pemprosesan nadir bumi Lynas.
Anwar Ajak PAS Terima Gay & Tolak Hudud !!!!
Dek kerana terpukul dengan siaran radio secara langsung YAB PM dengan rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba meniru dan telah berjaya memujuk Yahoo! Malaysia untuk memberikan ruang udara kepadanya.
Oleh kerana siaran tersebut dibuat secara langsung iaitu mulai pukul 11.30 hingga 12.30, Anwar terkantoi dalam menjawab soalan-soalan maut daripada peserta soal jawab tersebut.
Oleh kerana siaran tersebut dibuat secara langsung iaitu mulai pukul 11.30 hingga 12.30, Anwar terkantoi dalam menjawab soalan-soalan maut daripada peserta soal jawab tersebut.
SUNGAI BULOH MENANTI ??? WAHAI USTAS NUAR AL-JUBURI
Mungkinkah riwayat karier Anwar tersungkur di Sg Buloh...?...Mungkinkah kisah seorang politikus yg dipanggil tok syeikh Anwar yang pandai gelek-gelek hindi waktu berceramah tergolek di penjara Sg Buloh?
Aduh kasihan...inilah yang dikatakan angan tak sampai...impian berkecai, harapan kecundang....pilu, sedih, meroyanlah Datuk Seri ni....pepatah melayu berkata, "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"
Aduh kasihan...inilah yang dikatakan angan tak sampai...impian berkecai, harapan kecundang....pilu, sedih, meroyanlah Datuk Seri ni....pepatah melayu berkata, "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"
19/05/2011
HARGA PETROL RON95 NAIK TENGAH MALAM INI???
1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?
Tidak.
Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
"Anwar Ikutlah Jejak Saya" - Dominique Strauss-Kahn
Inilah cara orang yang bermaruah - demi menjaga nama baik IMF, Dominique Strauss-Kahn yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan serangan seksual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Walaupun masih belum dibuktikan kesalahan yang dilakukannya, namun demi menjaga maruah organisasi, beliau sanggup meletakkan jawatan yang sangat berpengaruh itu. Lain pula ceritanya dengan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia. Meskipun sudah disabitkan dengan kesalahan liwat dan terlibat dengan video seks, pemimpin tersebut masih enggan berundur dari dunia politik - malah cuba "mengkambinghitamkan" orang lain, demi menutup aib dan dosa sendiri.
SRS SEMANGAT WAJA BERPONDOK USANG !!!!
Pada 01 MEI 2011 Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu menempah sejarah dengan tertubuhnya SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS). Penubuhan SRS tersebut telah dirancang dengan begitu teliti oleh Ahli Jawatankuasa kampong tersebut yang diketuai oleh YM Tengku Sulaiman bin Tengku Abd. Halim. Seramai 195 orang penduduk kampong telah mendaftar untuk menjadi ahli SRS demi menjaga keamanan, keselamatan dan sebagainya.
JIKA BENAR PAS MEMPERJUANGKAN ISLAM ????
1. Saya sungguh terpesona dengan hujahan daripada Ramziredang yang menulis di portal Detikdaily. Tulisannya tepat, pedas dan sangat menyedarkan kita semua. Baca artikel beliau di bawah ini : JIKA PAS BENAR-BENAR membawa perjuangan Islam yang sebenar, kenapa anak orang PAS ramai yang merempit, hisap dadah atau berbagai gejala sosial sedangkan ibu bapa mereka berjuang di dalam parti Islam? Adakah jawapan mudah, "anak nabi Nuh pun ingkar"?
2. Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan)
2. Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan)
18/05/2011
Pemilihan PAS, fasa pertama selesai, tunggu 26 Mei

Keputusan calon-calon yang layak bertanding jawatan-jawatan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi penggal 2011-2013 diumumkan di Kuala Lumpur hari ini, memberi gambaran saingan sengit di semua sayap parti kecuali Dewan Ulama.
Presiden menang tanpa bertanding kerana tiada pencabar.
Persaingan akan menjadi lebih jelas selepas tarikh akhir penerimaan pencalonan pada 26 Mei nanti, tarikh akhir penerimaan pencalonan untuk bertanding oleh mereka yang dicalonkan.
Pencalonan memperlihatkan perwakilan seimbang daripada semua golongan - ulama, profesional dan aktivis - dalam PAS.
ADAKAH PAS MASIH MEMIHAK KEPADA PKR ??????

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat menjadi ujian terhadap kesabaran gabungan itu menghadapi tekanan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Anwar membela diri dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Perkembangan yang dijangka ini meningkatkan kebimbangan pihak yang menyokong kuat kepimpinan Anwar dalam PR dan melihat tidak ada calon lain yang berkemampuan seperti pemimpin berusia 63 tahun itu.
SAAT-SAAT TERAKHIR TERBANGNYA SEEKOR BURUNG PANDIKUTTY !!!
Hari-hari terakhir kebebasan Anwar Ibrahim sudah semakin hampir. Dan sementara menanti hari kebebasannya berakhir, pelbagai acara telah dilakukannya untuk melepaskan geram.
Hakim Zabidin Mat Diah telah diangkat menjadi Hakim Neraka kerana memerintahkan Anwar membela diri di atas pertuduhan yang dikenakan kepadanya. Anwar tidak ada hujah yang lebih bernas untuk mematahkan segala hujah serta bukti pihak pendakwa. Para pengikutnya tahu, Anwar tidak mempunyai ruang untuk melepaskan diri dan kemaluannya dari hukuman penjara. Lantaran itu, gelaran Hakim Neraka telah diberikan kepada Hakim Zabidin Mat Diah kerana meletakkan Anwar dalam keadaan yang sangat sukar. Gelaran itu juga diberikan kerana Anwar sendiri akan mendedahkan aibnya kepada umum pada sesi pembelaan diri nanti.
17/05/2011
BERITA MENARIK - UNTUK PASUKAN KESELAMATAN !!!!
Selain itu, tak tahu lah betul ke tidak, bahawa Sam Ketot dan kepimpinan AMK sedang melatih angkatan muda mereka untuk berlatih menajamkan daya ketepatan balingan dengan bermain "tuju kasut" dan "bola lisut" secara intensif setiap hari.
Juga, mereka diberitakan sering berlatih membuka mata dalam air lama-lama bagi membiasakan diri dengan water cannon, sekiranya percikan air dari meriam air itu terpercik terkena mata. Mereka juga dibekalkan sepasang "google" oleh Professor "google" sebagai benteng terakhir...
Melayu akan hancur !!!!
Guru Nikmati Lima Kaedah Kenaikan Pangkat Mulai Januari Depan - Najib
KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.
Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.
Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.
Perdana Menteri Malaysia Gesa Masyarakat Dunia Amalkan Kesederhanaan
OXFORD, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat dunia untuk mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan untuk maju ke hadapan.
Beliau berkata kesederhanaan bukan konsep yang asing kepada manusia dan juga bukan bersifat teori semata-mata.
Kesederhanaan boleh membantu mencipta masa depan lebih baik sepertimana dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin pada tamadun-tamadun terdahulu, katanya.
"Jurang sebenar bukanlah di antara Timur dan Barat atau antara negara maju dan membangun atau malahan antara orang Islam dan bukan Islam.
16/05/2011
Anwar Perlu Ditahan Di Penjara

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.
“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.
15/05/2011
Punca penganut bukan islam melakukan tuntutan melampau kerana Anwar: Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat Gombak, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
14/05/2011
16 Mei Anuar bawa BOMOH Besar ke Mahkamah ????
AIDCNews – Menjelang 16 Mei, di mana Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan penting berkenaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu sedang giat melancarkan kempen munajat rakyat.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin dijangka akan membuat keputusan pada jam 9 pagi, di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, sama ada wujud prima facie atau tidak kes liwat tersebut.
Jika hakim mendapati wujud prima facie, maka Anwar akan diminta untuk membela diri dan jika hakim berpendapat tidak wujud prima facie, maka Anwar akan dibebaskan.
Industri Petrokimia Pulau Kerengga perlu diteruskan
YB Haji Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) meminta agar projek industri petrokimia di Pulau Kerengga bernilai RM10 bilion yang dirancang pada 1993 melibatkan Kerajaan Terengganu dan Syarikat Asia Pacific Refinery (APR) diteruskan supaya daerah Marang turut mendapat faedah hasil pelaburan tersebut.
Katanya, satu perjanjian persefahaman (MoU) sudahpun ditandatangani bagi melaksanakan projek itu yang bertujuan membangunkan kawasan Pulau Kerengga dan mengunjur ke Sungai Merchang, Marang dengan keluasan kira-kira 4,000 hektar.
Hari Ini UMNO 65 Tahun..! Sudah Bersediakah UMNO Pertahankan Putrajaya? Mampukah UMNO Rampas Selangor..? Kedah, Pulau Pinang, Kelantan???
Selamat menyambut Hari Ulangtahun yang ke 65 buat parti keramat bangsa melayu tanahair kita, UMNO!
Kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya, maka sehingga ke hari ini, panji panji UMNO masih berkibar menerajui tampuk kerajaan tanah melayu yang kini bergelar Malaysia….
Sekalung tahniah dan syabas diberikan kepada YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan mengetuai saf kepimpinan UMNO sekaligus mengetuai Barisan Nasional mentadbir negara dengan penuh cabaran getir terutamanya dengan banyak hiruk pikuk gelagat serta tingkah laku tidak bertamuddun pimpinan Pakatan Pembangkang!
Kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya, maka sehingga ke hari ini, panji panji UMNO masih berkibar menerajui tampuk kerajaan tanah melayu yang kini bergelar Malaysia….
Sekalung tahniah dan syabas diberikan kepada YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan mengetuai saf kepimpinan UMNO sekaligus mengetuai Barisan Nasional mentadbir negara dengan penuh cabaran getir terutamanya dengan banyak hiruk pikuk gelagat serta tingkah laku tidak bertamuddun pimpinan Pakatan Pembangkang!
Anwar sudah jauh berubah dan hampir gila ????
KUALA LUMPUR 12 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika pada awal perjuangan dahulu.
Menurut Ahmad Zahid, selaku individu yang mengenali Anwar dengan begitu rapat terutama ketika sama-sama berjuang dalam UMNO, tiada lagi ketenangan jiwa terpancar di wajah ketua pembangkang itu ketika ini.
"Mengenali Anwar secara dekat saya rumuskan beliau sebagai pemimpin yang jauh berubah. Dahulu Anwar seorang yang gemar menggunakan istilah Islam, tetapi kini sanggup mengeluarkan perkataan kesat seperti 'anak babi.'
CAJ Bayaran Penggunaan WIFI Tertinggi di dunia ?????
Blogger baru saja balik daripada tugasan di Kuala Lumpur dan Melaka. Pada malam 13/05/2011 blogger bersama 3 rakan menginap di Hotel KL International dengan menyewa dua buah bilik untuk merihatkan badan kerana keletihan perjalanan jauh daripada KT, Kuantan, Melaka dan seterusnya KL.
Semasa menginap di hotel tersebut, blogger cuba untuk melayari internet dengan menggunakan WIFI hotel tersebut, tetapi alangkah terperanjatnya apabila diberitahu oleh petugas di kaunter hotel mengatakan bahawa, untuk melayari WIFI, setiap pelanggan dikenakan bayaran RM6.00 bagi setiap satu jam.
Langgan:
Catatan (Atom)

