Translate

17/05/2011

BERITA MENARIK - UNTUK PASUKAN KESELAMATAN !!!!


Selain itu, tak tahu lah betul ke tidak, bahawa Sam Ketot dan kepimpinan AMK sedang melatih angkatan muda mereka untuk berlatih menajamkan daya ketepatan balingan dengan bermain "tuju kasut" dan "bola lisut" secara intensif setiap hari.

Juga, mereka diberitakan sering berlatih membuka mata dalam air lama-lama bagi membiasakan diri dengan water cannon, sekiranya percikan air dari meriam air itu terpercik terkena mata. Mereka juga dibekalkan sepasang "google" oleh Professor "google" sebagai benteng terakhir...

Melayu akan hancur !!!!



Dunia sudah hampir kesasaran, melihat sikap segelintir rakyat negara ini yang menyokong Anwar di mahkamah. Orang yang mereka bela itu ialah “pemangsa”, bukan “mangsa”! Sewajarnya, “mangsa”lah yang sepatutnya dibela dan diberikan keadilan. Namun, semua itu terbalik bagi mereka ini. “Pemangsa” seolah-olah “God” pada mereka. “Pemangsa” seolah-olah maksum dan perlu dibela! Bagaimana pula dengan mangsa dalam kes ini iaitu Saiful Bukhari Azlan? Dia juga perlukan keadilan! Apatah lagi semua fakta, hujah dan bukti menuding jari kesalahan tersebut pada Anwar!

Guru Nikmati Lima Kaedah Kenaikan Pangkat Mulai Januari Depan - Najib


KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perdana Menteri Malaysia Gesa Masyarakat Dunia Amalkan Kesederhanaan


OXFORD, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat dunia untuk mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan untuk maju ke hadapan.

Beliau berkata kesederhanaan bukan konsep yang asing kepada manusia dan juga bukan bersifat teori semata-mata.

Kesederhanaan boleh membantu mencipta masa depan lebih baik sepertimana dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin pada tamadun-tamadun terdahulu, katanya.

"Jurang sebenar bukanlah di antara Timur dan Barat atau antara negara maju dan membangun atau malahan antara orang Islam dan bukan Islam.

16/05/2011

Anwar Perlu Ditahan Di Penjara


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari. 

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya. 

15/05/2011

Punca penganut bukan islam melakukan tuntutan melampau kerana Anwar: Ibrahim Ali


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat Gombak, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

14/05/2011

16 Mei Anuar bawa BOMOH Besar ke Mahkamah ????


AIDCNews – Menjelang 16 Mei, di mana Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan penting berkenaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu sedang giat melancarkan kempen munajat rakyat.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin dijangka akan membuat keputusan pada jam 9 pagi, di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, sama ada wujud prima facie atau tidak kes liwat tersebut.
Jika hakim mendapati wujud prima facie, maka Anwar akan diminta untuk membela diri dan jika hakim berpendapat tidak wujud prima facie, maka Anwar akan dibebaskan.

Industri Petrokimia Pulau Kerengga perlu diteruskan


YB Haji Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) meminta agar projek industri petrokimia di Pulau Kerengga bernilai RM10 bilion yang dirancang pada 1993 melibatkan Kerajaan Terengganu dan Syarikat Asia Pacific Refinery (APR) diteruskan supaya daerah Marang turut mendapat faedah hasil pelaburan tersebut.

Katanya, satu perjanjian persefahaman (MoU) sudahpun ditandatangani bagi melaksanakan projek itu yang bertujuan membangunkan kawasan Pulau Kerengga dan mengunjur ke Sungai Merchang, Marang dengan keluasan kira-kira 4,000 hektar.

Hari Ini UMNO 65 Tahun..! Sudah Bersediakah UMNO Pertahankan Putrajaya? Mampukah UMNO Rampas Selangor..? Kedah, Pulau Pinang, Kelantan???


Selamat menyambut Hari Ulangtahun yang ke 65 buat parti keramat bangsa melayu tanahair kita, UMNO!

Kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya, maka sehingga ke hari ini, panji panji UMNO masih berkibar menerajui tampuk kerajaan tanah melayu yang kini bergelar Malaysia….

Sekalung tahniah dan syabas diberikan kepada YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan mengetuai saf kepimpinan UMNO sekaligus mengetuai Barisan Nasional mentadbir negara dengan penuh cabaran getir terutamanya dengan banyak hiruk pikuk gelagat serta tingkah laku tidak bertamuddun pimpinan Pakatan Pembangkang!

Anwar sudah jauh berubah dan hampir gila ????

KUALA LUMPUR 12 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika pada awal perjuangan dahulu.

Menurut Ahmad Zahid, selaku individu yang mengenali Anwar dengan begitu rapat terutama ketika sama-sama berjuang dalam UMNO, tiada lagi ketenangan jiwa terpancar di wajah ketua pembangkang itu ketika ini.

"Mengenali Anwar secara dekat saya rumuskan beliau sebagai pemimpin yang jauh berubah. Dahulu Anwar seorang yang gemar menggunakan istilah Islam, tetapi kini sanggup mengeluarkan perkataan kesat seperti 'anak babi.'

CAJ Bayaran Penggunaan WIFI Tertinggi di dunia ?????


Blogger baru saja balik daripada tugasan di Kuala Lumpur dan Melaka.  Pada malam 13/05/2011 blogger bersama 3 rakan menginap di Hotel KL International dengan menyewa dua buah bilik untuk merihatkan badan kerana keletihan perjalanan jauh daripada KT, Kuantan, Melaka dan seterusnya KL.  

Semasa  menginap di hotel tersebut, blogger cuba untuk melayari internet dengan menggunakan WIFI hotel tersebut, tetapi alangkah terperanjatnya apabila diberitahu oleh petugas di kaunter hotel mengatakan bahawa, untuk melayari WIFI, setiap pelanggan dikenakan bayaran RM6.00 bagi setiap satu jam.

11/05/2011

BOT FIBER 141 PEMBELAH LAUTAN - 9W2 HJS

9W2 HJS
Pengubahsuaian bermula awal tahun 2010 dan dijangka siap pertengahan MEI 2011.  Bot fiber panjang 28 kaki dengan kelebaran 8 ka, memuatkan injin jenis Nissan Safari HD3.3 turbo, 6 piston.  Bot akan digunapakai untuk mencandat sotong, memancing dan juga membawa pelancong melancong ke Pulau Kapas atau pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Tenggo, Pulau Perhentian, Pulau Bidong dan lain-lain lagi.  Boleh memuat penumpang tidak melebehi 6 orang termasuk tekong.  Tempahan boleh dibuat untuk sewaan bagi tujuan yang telah dinyatakan dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

FULL VERSION VIDEO SEKS ANWAR OMEGA



medan-info-kita

UMNO Sambut Ulang Tahun Ke-65 Penuh Cabaran Getir


KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Rabu adalah ulang tahun ke-65 kelahiran Umno yang bukan saja menyaksikan ia terus menjadi tunjang pemerintahan negara tetapi terpaksa berdepan banyak cabaran yang tidak kurang getirnya berbanding waktu penubuhannya.

Antara cabaran getir itu ialah Umno harus menangani perpecahan bangsa Melayu yang kini terbahagi tiga, selain terpaksa berdepan dengan cabaran demi cabaran luaran yang walaupun sedikit tetapi semakin jelas sehingga berani mempertikaikan ketuanan Melayu, Bumiputera dan Islam.

Umno Perlu Mantapkan Persiapan Hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) --Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan disambut esok.

Terengganu Sasar Wujud 1,000 Persatuan Belia Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 10 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan penubuhan 1,000 persatuan belia menjelang akhir tahun ini dalam usaha menggalakkan golongan belia aktif berpersatuan sekaligus mengurangkan gejala sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat, berkata kerajaan negeri memandang serius gelaja sosial di kalangan remaja di negeri itu dan penubuhan persatuan belia dapat membantu mengatasi masalah itu.

Dalam usaha menghidupkan semula persatuan belia, Rozi (BN-Telemong) berkata kerajaan negeri akan memberi bantuan berjumlah RM2,000 kepada setiap persatuan untuk perbelanjaan pengurusan.

Penyelesaian Menang-menang Antara Nelayan, Megasteel Dan Pemilik Jeti

BANTING, 10 Mei (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mahukan penyelesaian menang-menang tercapai di antara 400 nelayan dan pemilik bot dari lima pangkalan nelayan di Kuala Langat dengan enam pemilik jeti di pesisir Sungai Langat dan pengurusan kilang besi Megasteel Sdn Bhd.

Sehubungan dengan itu, beliau Selasa memberi tempoh sehingga 9 pagi esok kepada Megasteel yang dimiliki Lion Group dan enam pemilik jeti persendirian di sepanjang Sungai Langat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh para nelayan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...