Translate

07/05/2011

Mesyuarat Perwakilan UMNO Marang - 07/05/2011


Mesyuarat Perwakilan UMNO Marang telahpun diadakan di IKBN Wakaf Tapai, Marang, Terengganu bermula jam 2.00 petang yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein. Seramai lebih kurang 400 orang perwakilan hadir di majlis tersebut, yang turut disertai perwakilan Wanita dan Puteri UMNO.

06/05/2011

Tragedi Air Terjun Ulu Bendul, Waspada Selalu (Tsunami Kecil)



Tragedi ngeri yang berlaku beberapa tahun lalu yang meragut beberapa orang yang sedang mandi di air terjun adalah berpunca dari hujan lebat di atas gunung yang tidak disedari oleh orang yang sedang seronok mandi.

Tiba-tiba saja air besar datang dan menghanyutkan orang yang sedang mandi, juga kepada orang yang duduk di tepi kalau air semakin besar. Saksikan gambar ini.......

MANA MARUAH MALAYSIA ... APABILA PENZINA & PELIWAT DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN !

Festival Kenyir Tiga Hari Bermula Hari ini - 06/05/2011

Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan umum dalam suasana penuh kemeriahan sepanjang tiga hari bermula hari ini Jumaat 06/05/2011 dengan berlangsungnya Festival Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dijangka merasmikan festival itu kira-kira jam 10 pagi.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah berkata, pelbagai acara yang sebahagiannya belum disaksikan seperti belon udara panas dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.

Program anjuran agensi itu dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Sambutan Hari Belia Terengganu di Kuala Berang

Kira-kira 3,000 belia di negeri ini dijangka menghadiri pelancaran sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu pada 20 Mei depan di Padang Astaka, Kuala Berang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pelbagai program diadakan bagi menambahkan kemeriahan dan menarik penglibatan remaja termasuk pertandingan futsal, Pekan Budaya dan City Night Game.

"Pada masa sama, setiap daerah turut memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti keilmuan dan sosial yang boleh turut mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat," katanya.

Katanya, Hulu Terengganu bakal menganjurkan Forum Perdana, Marang (Sentuhan Rohani bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Besut (Gotong-Royong Perdana) dan Setiu (Seminar Kepenggunaan Belia).

05/05/2011

Shazryl: Saya akan dedah perkara baru pasal Anwar

Shazryl not sure if Omega watch in sex video
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau akan membuat pendedahan baru mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun tegas Shazryl (gambar), pendedahan itu hanya akan dibuat selepas polis menyelesaikan siasatan dan mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
“Saya akan dedahkan lagi mengenai Anwar tapi akan tunggu siasatan polis selesai.
“Selain itu, saya juga tunggu polis mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks itu... kemudian baru saya akan buat tindakan.

03/05/2011

HANGAT - Video Skandal Nizar Bekas Menteri Besar Perak Pula Tersebar



Nizar bekas MB Perak ni sebenarnya Bingai. Biasalah pemimpin Pakatan pembangkang ni bukan tahu buat kerja untuk rakyat pun. Depa ni hanya tahu SPIN dan FITNAH terhadap kerajaan sahaja. Cer tanya Nizar selama dia dok jadi MB Perak apa dia dok buat?

Apa pun Tahniah kepada Pengarah SPRM Dato Seri Abu Kassim ni, aku paling suka bila dia kata
" Contoh Yb Nizar Tiba tiba baru dua tahun dah buat rumah Juta Juta di Perak"

Ha ha ha Aku suka Part ni sebab part ni sebenarnya memang Benar, Nizar Lambai tak sampai dua tahun dah boleh buat rumah Jutaan ringgit. Emmm duit dari mana? Dari Kerajaan Langit Ayah Pin ke? He he he



Post By PAPA GOMO

Empat Saksi surah An- Nuur Ayat 4


Bismillahirrahmanirrahim,

Surah An - Nuur

4Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Osama bin Laden corpse photo is fake


An image purporting to show Osama bin Laden’s bloody corpse
An image purporting to show Osama bin Laden's bloody corpse, right, is a composite of two separate images, left and centre. Photograph: twitpic

An image apparently showing a dead Osama bin Laden broadcast on Pakistani television and picked up by British newspaper websites is a fake.
The bloodied image of a man with matted hair and a blank, half-opened eye has been circulating on the internet for the past two years. It was used on the front pages of the Mail, Times, Telegraph, Sun and Mirror websites, though swiftly removed after the fake was exposed on Twitter.
It appears the fake picture was initially published by the Middle East online newspaper themedialine.org on 29 April 2009, with a warning from the editor that it was "unable to ascertain whether the photo is genuine or not".
Daily Mail publishes fake Osama bin Laden picture
The Daily Mail was one of the newspaper websites to publish the fake picture of Osama bin Laden's body.

Since then, however, the image has been claimed as genuine on a number of conspiracy forums and used to substantiate claims that the terrorist responsible for the 9/11 bombings had been killed.
The Guardian was one of the few sites to hold back from using the manipulated image on its front page, reporting the picture's existence in its live blog but questioning its legitimacy.
The image is based on a genuine photograph of Bin Laden taken in 1998 and used by the Reuters news agency.
On Twitter, a composite including the other photograph used to make the image was posted by @HannahMarbina and other users showed how easy it was to find the image already online with a simple search.

Lihat, Fikir dan Nilaikan !!!!!!



01/05/2011

Video Seks, Lelaki Y…Bila Allah Buka Aib Anwar

Nik Abduh anak Nik Abdul Aziz, mursyidul am PAS dalam tulisan di blognya meminta para penyokongnya tidak menyebarkan klip video seks meskipun mempercayai pelakunya adalah Anwar Ibrahim.
Begitulah hebatnya kesan youtube merentasi sempadan negara dan politik dan dari kata-kata Nik Abduh itu tidak dapat dinafikan ada di kalangan ahli PAS sendiri mempercayai pelaku dalam video itu adalah Ketua Pakatan Pembangkang.
Skandal Anwar main dengan pelacur dari China yang dibuktikan melalui video seks itu hanyalah salah satu rentetan yang panjang berkenaan ‘pembukaan aib’ Anwar kepada umum.

KES ROGOL MENINGKAT DI NEGERI SERAMBI MEKAH ????


KOTA BHARU, 30 April - Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah ini kian membimbangkan apabila tujuh kes rogol melibatkan sesama pelajar berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun, di laporkan dalam tempoh dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan, ada diantara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu  Asisten Komisioner Azham Osman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 16 hingga 17 tahun telah di tahan.  Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol di laporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang dicatatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya.

PM puas hati sambutan rakyat Terengganu


Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melahirkan rasa puas hati terhadap sambutan yang diberikan rakyat Terengganu, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan DUN Manir yang memberi sambutan luar biasa sempena Program Turun Padang beliau ke negeri Terengganu, hari ini.

“Ini menunjukkan rakyat senang hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke beberapa lokasi terpilih di dua DUN berkenaan. Sidang media tersebut diadakan di Pulau Duyong, selepas beliau merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, petang ini.

PAS MASUK BARISAN? KERINGLAH DARAH LIM KIT SIANG, KALAU JADI!!!!

Isu PAS masuk Barisan Nasional dikumandangkan lagi. Kali ini datangnya daripada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia sendiri. Dan sudah tentulah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib Abdul Razak mengundang pelbagai tanggapan yang masing-masing mempunyai kebenarannya yang tersendiri.

Sekalipun Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS terus berkeras menyatakan PAS akan kekal berada di dalam Pakatan Rakyat, tawaran yang dibuat oleh Najib Abdul Razak, akan dijadikan sebagai buah hujah pihak-pihak tertentu di dalam PAS sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...