Translate

27/04/2011

PROJEK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI !!!!!!!


Inilah yang dikatakan menjalankan sesuatu kerja untuk kepentingan diri sendiri.  Segala tindak tanduk yang dijalankan, tidak memikirkan keadaan dipersekitaran berlebih-lebih lagi masyarakat setempat.  Projek yang dijalankan adalah secara individu, tetapi akan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat disekeliling. 

Terengganu Tempatkan Pengawal Pantai Di Pulau Destinasi Pelancong

KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Pengawal pantai akan ditempatkan di pulau-pulau yang menjadi destinasi pelancongan di Terengganu bagi memantau keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata buat permulaan seramai 40 pengawal pantai akan ditempatkan di Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

"Jumlahnya akan diagihkan mengikut keperluan pulau-pulau berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, pada Selasa.

KEROSAKAN LEBUHRAYA - ADAKAH PERLU DIBIARKAN SEHINGGA MERAGUT NYAWA ???


Pengaduan penduduk setempat telahpun dibuat ke pejabat pihak yang berkaitan, namun sehingga ke hari ini masih belum sebarang tindakan diambil.  Kerosakan serta pemendapan tanah tepi lebuhraya di KM 16 dari Bandaraya Kuala Terengganu / Marang semakin teruk dan berkemungkinan akan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku terjadi dimasa mendatang.

26/04/2011

REFORMASI 98 KINI KEMBALI.. CINA BAKAL GULING KERAJAAN BN!!?


Sebentar tadi Melayu CinDia sempat berbual2 dengan rakan2 berbangsa Cina dan India di sekitar Kuala Lumpur. Setelah sekian lama khayal bersembang, tiba2 terbuka cerita mengenai Politik Tanah Air. Kawan Melayu CinDia berbangsa Cina tersebut membongkar 1 kisah masa depan Politik Negara terutamanya momentum politik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau mengakui GERAKAN REFORMASI akan kembali tercetus sepertimana yang telah dilalui pada 1998. 

Mayat bayi dalam beg

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan beg berisi mayat kanak-kanak yang ditinggalkan di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan  arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu, kelmarin.

BANDAR BAHARU: Mayat kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan setahun, dipercayai keturunan India ditemui dalam beg pakaian di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu di sini, kelmarin. 

Beg berwarna hitam yang ditinggalkan di tepi tiang lampu di sebalik pokok bunga ditemui kira-kira jam 5 petang oleh dua pekerja PLUS sebelum memaklumkan kepada seorang penarik kereta yang kebetulan melalui laluan itu.

Penarik kereta itu yang dikenali sebagai Ng, 45, terus membuka beg berkenaan dan terkejut apabila mendapati ada mayat budak lelaki seperti dalam keadaan tidur di dalam beg berkenaan.

Lelaki rogol, samun pelajar kena 30 tahun

MOHD Karimi    dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas dijatuhi hukuman,  semalam.

AYER KEROH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 44 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol dan menyamun seorang pelajar universiti, selain menceroboh asrama siswi di Jalan Tun Mutahir disini, minggu lalu. 

Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, dari Lorong Mata Kuching membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar sebaik tuduhan selesai dibacakan.

PERBICARAAN KES LIWAT II: Profil DNA lelaki Y Milik Anwar - Pendakwa


PIHAK pendakwa dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA "lelaki Y" yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pemimpin pembangkang itu.

Dalam hujahnya pada akhir kes pendakwaan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia Nor Aidora Saedon terhadap sampel DNA yang diambil dari bilik lokap yang digunakan oleh Anwar dan oleh Dr Seah Lay Hong terhadap sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.

25/04/2011

Kerajaan Tidak Takut Hadapi Pandangan Penulis Blog, Kata PM


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.

Larian pesisir pantai acara baru Kapas-Marang Swimathon Tahun 2012


Kerajaan negeri berhasrat menambah disiplin pertandingan `Kapas-Marang International Swimathon’ dengan acara larian sejauh kira-kira 50 kilometer, bermula dari Pantai Rantau Abang ke Pantai Kelulut, Marang, tahun depan.

Lapan Juvana Mengaku Salah Belasah Pelajar Sekolah Agama


MARANG - Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun pada Ahad mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu. 

Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Marang. 

24/04/2011

Perpaduan Melayu bukan erti PAS masuk UMNO !!!


Demi perpaduan orang-orang Melayu dan Islam tidak salah PAS bersatu dengan UMNO sepertimana MCA dan GERAKAN bersatu dalam BN untuk kebaikan, bangsa Cina pun bersatu sesama mereka untuk kebaikan bangsa mereka, apa bangsa sekalipun boleh bersatu untuk kebaikan.

Mengulas pertanyaan wartawan akhbar Sinar Harian yang menyebut Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali sebagai berkata, Pas sedia kaji balik kedudukannya dalam pakatan PKR dan DAP.
Syabas PAS !!!! jangan tunggu lama-lama.....disegerakan demi menyelamatkan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Alias Alor Limbat dah takut !!!!!

Benarkah apaa yang diucapkan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Alor Limbat, YB Alias Abdullah ini?
Menurutnya, UMNO Terengganu sudah pulih dan semua wakil-wakil rakyat berdiri teguh menyokong Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Menurut Alias yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang “musuh kita yang sebenar ialah bukan sesama kita dalam Umno, tetapi musuh kita yang sebenar ialah lawan kita yakni pembangkang. Sebenarnya musuh tidak kuat, yang membuat kita tewas ialah bila kita tidak bersatu, kalau kita tidak bersatu,kita masuk gelanggang sebagai calon, kita masuk dalam keadaan kepala berdarah dan sudah lemah kerana bergaduh sesama sendiri, maka sukarlah untuk menang berdepan lawan sebenar" kata Alias dalam anologinya. 

Perdana Menteri Mahu Kontraktor Patuhi Tiga Ciri Penting

PEKAN, 23 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kontraktor di negara ini perlu mematuhi tiga ciri penting dalam usaha memastikan setiap projek pembangunan terutamanya untuk kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Perdana Menteri berkata tiga ciri penting itu ialah berkaitan kualiti kerja, pelaksanaan projek mengikut jadual dan mematuhi bajet yang ditetapkan.

"Berdasarkan tiga kriteria ini, mereka mesti menguruskan projek dengan sebaik mungkin, saya sarankan pentingnya keilmuan dan kemahiran (dalam) menguruskan projek daripada (peringkat) mula.

Hampir Separuh Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Kerana Dadah - Richard Riot

Hanya hiasan saja

PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada di antaranya terpedaya menjadi 'keldai dadah' selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial seperti Facebook.

Kerajaan Pusat Peruntuk RM200 Juta Untuk Kegiatan Seni Di Kelantan Dan Terengganu

TUMPAT, 23 April (Bernama) -- Kerajaan pusat menerusi Kementeri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah memperuntukkan RM200 juta untuk menggerak dan meningkatkan aktiviti kesenian di Kelantan dan Terengganu bagi tahun lepas dan tahun ini.

Justeru, Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta agar badan-badan budaya di kedua-dua negeri berkenaan mencari pendekatan yang sesuai untuk mengembangkan seni budaya tanah air, selain mengelakkan kegiatan itu daripada pupus.

Rais juga tidak mahu dasar kebudayaan di Kelantan menjadi penghalang kepada kementeriannya untuk mengembangkan kreativiti kesenian termasuk wayang kulit dan menora.

Polis Tidak Lagi Bersembunyi Laksana Operasi Trafik


SHAH ALAM, 23 April (Bernama) -- Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini Sabtu.

Jenayah Rasuah Dan Ketirisan Gugat Prestasi Ekonomi Negara - Najib

PEKAN, 23 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi juga akan turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara.

Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku.

23/04/2011

GT Joran - Pelantar Minyak 150 Batu Nautika


Part 1
Part 2

Part 3
Part 4

KUE TEOW GORENG TOM YAM...

P1270728

BAHAN-BAHANNYA :-

500 gram kue teow
10 pokok kuchai, hiris
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
4 batang jejari ketam, kerat kecil
1 tangkai daun ketumbar, kerat kasar
1/2 cawan hrisan daging batang pinang*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
1 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*digaul rata dan perap)
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama LIFE)
1/2 camca besar cili kisar
Sos ikan secukupnya
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan air
Sedikit gula
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kualim tumis bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah pes tomyam daun ketumbar dan daging, kacau rata dan tuang air. Masak hingga daging empuk.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras, kacau rata dan gaul. Masukkan daun ketumbar dan jejari ketam serta sedikit gula. Jangan letak garam dulu, kerana pes tom yam sudah masin.
  3. Masukkan kue teow dan kacau rata. Tambah taugeh dan kuchai, gaul rata dan rasa jika perlu baru renjiskan sedikit sos ikan secukup rata. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan belahan limau kasturi...Hidangkan panas...

Dr Mohd Asri : Anwar Perlu Sumpah Mubahalah

KUALA LUMPUR 20 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.
“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...