Translate

23/04/2011

GT Joran - Pelantar Minyak 150 Batu Nautika


Part 1
Part 2

Part 3
Part 4

KUE TEOW GORENG TOM YAM...

P1270728

BAHAN-BAHANNYA :-

500 gram kue teow
10 pokok kuchai, hiris
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
4 batang jejari ketam, kerat kecil
1 tangkai daun ketumbar, kerat kasar
1/2 cawan hrisan daging batang pinang*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
1 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*digaul rata dan perap)
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama LIFE)
1/2 camca besar cili kisar
Sos ikan secukupnya
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan air
Sedikit gula
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kualim tumis bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah pes tomyam daun ketumbar dan daging, kacau rata dan tuang air. Masak hingga daging empuk.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras, kacau rata dan gaul. Masukkan daun ketumbar dan jejari ketam serta sedikit gula. Jangan letak garam dulu, kerana pes tom yam sudah masin.
  3. Masukkan kue teow dan kacau rata. Tambah taugeh dan kuchai, gaul rata dan rasa jika perlu baru renjiskan sedikit sos ikan secukup rata. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan belahan limau kasturi...Hidangkan panas...

Dr Mohd Asri : Anwar Perlu Sumpah Mubahalah

KUALA LUMPUR 20 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.
“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

Terengganu Perlukan Banyak Program Kebudayaan Tarik Pelancong

KUALA TERENGGANU, 21 April (Bernama) -- Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) menyarankan pihak bertanggungjawab menganjurkan lebih banyak program kebudayaan bagi menarik pelancong tinggal lebih lama di negeri itu.

"Kita bimbang apabila pelancong datang ke sini, tidak ada apa yang hendak ditonton dan mereka akan pulang atau beralih ke tempat lain. Ini akan hanya merugikan pengusaha pelancongan terutama peniaga kita," kata Pengerusi PPNT Wan Supian Wan Ishak kepada Bernama di sini pada Khamis.

Lawatan PM Ke Terengganu Untuk Lihat Sendiri Suasana Hidup Rakyat


MARANG, 22 April (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Terengganu pada 30 April ini bertujuan bertemu dan melihat sendiri kehidupan rakyat negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata kebanyakan aturcara Program Turun Padang Perdana Menteri selama sehari itu berkisar kepada pertemuan dengan rakyat.

"Perdana Menteri sudah pesan, tiada protokol untuk rakyat berjumpanya kerana beliau mahu melihat sendiri suasana hidup rakyat dan beliau tidak mahu lihat yang elok-elok sahaja.

Ibu Bapa Perlu Peka Simptom Arthritis


KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ibu bapa disaran tidak memandang ringan sekiranya anak-anak mereka mengadu mengalami kesakitan pada sendi kerana dibimbangi mereka menghidapi simptom penyakit radang sendi 'Juvenile Idiopathic Arthritis' (JIA).

Perunding Rheumatologi Pediatrik Hospital Selayang Dr Tang Swee Ping berkata antara simptom awal JIA ialah kesakitan pada sendi jari tangan, bengkak pada sendi, kesukaran berjalan dan kekakuan sendi terutamanya pada waktu pagi selepas bangun tidur.

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco





SEPANG 22 April - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

22/04/2011

Balai Pemeriksaan Hutan Marang ????


Dalam usaha untuk membangunkan Pekan Daerah Marang, terdapat satu lot tanah dengan keluasan beberapa meter persegi tersorok sebuah rumah usang dalam keadaan yang uzur serta menyakitkan mata.  Para pengunjung terutama para pemancing yang datang ke LKIM Marang, Terengganu akan tertanya-tanya adakah di Bandar Marang masih lagi terdapat hutan balak ????? kerana terdapatnya bangunan tersebut dengan papan tanda "BALAI PEMERIKSAAN HUTAN MARANG".

21/04/2011

Pengakuan Anuar - Individu dalam video porno sebenarnya adalah aku !!!



Rakyat Malaysia kini tertumpu kepada siasatan Polis mengenai kesahihan video seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang. Selain itu, rakyat juga tertunggu-tunggu pengesahan sama ada benar Anwar Ibrahim adalah individu didalam video tersebut.
Walaupun Anwar menafikan dia yang berada didalam video porno tersebut, didapati wajah dan gerak tubuh individu didalam video itu memang menyerupai Anwar. Namun kuasa untuk mengesahkan perkara itu masih lagi berada ditangan pihak Polis.

Hormati kerajaan yang memerintah - MB

Semua penjawat awam diingatkan supaya menghormati kerajaan yang memerintah dan tidak melakukan sabotaj terhadap sebarang projek atau program yang dilaksanakan untuk pembangunan masyarakat tempatan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, selaku pekerja dalam pasukan kerajaan yang sentiasa memberi bantuan serta mempermudahkan segala urusan berkait dengan rakyat, mereka perlu jujur ketika menjalankan tugas masing-masing.

“Kalau rasa kerajaan yang memerintah ini (Barisan Nasional) tidak baik, sekular, lebih baik berhenti saja dan cari kerja lain yang sealiran dengan fahaman mereka,” katanya pada majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Daerah Besut, di Dewan Majlis Daerah Gong Kemutong, Besut petang semalam.

Festival Kenyir Dijangka Tarik 20,000 Pengunjung

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) -- Seramai 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan Festival Kenyir yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 Mei ini.

Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah berkata, program itu akan diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di Hulu Terengganu.

Pertandingan Keris Di Muzium Terengganu

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) -- Muzium Terengganu akan menganjurkan pertandingan keris dan pasar antik pada 30 April dan 1 Mei ini di perkarangan muzium itu.

Penolong Kurator Lembaga Muzium Negeri Terengganu Ariffin Muda berkata program kali ini merupakan kesinambungan kepada pertandingan Keris-Pasar Antik 2010 tahun lalu yang melibatkan 239 bilah keris dan 16 gerai jualan barangan antik.

Tahun lalu, peserta termasuk dari Sulawesi dan Yogyakarta, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Kerajaan Diminta Beri Insentif Kepada Kumpulan Sokong Perangi Rasuah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Seorang Anggota Dewan Negara Rabu mencadangkan supaya kerajaan memberikan beberapa insentif kepada kumpulan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu atau generasi muda yang mahu tampil membantu menangani rasuah di negara ini.

Senator Mohamad Ezam Mohd Noor berkata insentif itu dapat menggalakkan golongan berkenaan memerangi rasuah dan ia tidak hanya akan didominasi ahli-ahli politik yang sering menggunakan isu itu untuk kepentingan tertentu.

HANGAT ! ... DS HADI AWANG SAHKAN ... HARAKAH MEDIA PEMFITNAH !


Belum pun bermula Muktamar PAS, Hadi Awang sudah naik angin dengan gelagat media sensasi Islamik parti tersebut, Harakah!


Apa yang menarik, media utama parti PAS ini dinobatkan sebagai media bodoh oleh Hadi Awang sendiri ... Sudah tentu ada yang tidak kena dengan gerombolan wartawan dan editor media tersebut.

20/04/2011

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

KOTA BHARU - Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan meningkat sebanyak 50 peratus, dan lima daripada 10 daerah di negeri itu dikategorikan sebagai paling kritikal, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Beliau berkata, daerah terbabit ialah Tumpat dengan 160 kes, diikuti Kuala Krai (77 kes), Pasir Mas (71), Bachok (49) dan Tanah Merah (45) manakala sejumlah 2,868 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 1,902 pada 2009.
Sehubungan itu, Abu Seman berkata, kementerian berhasrat membina rumah komuniti di setiap daerah di Kelantan bagi mengurangkan penagihan dadah yang digerakkan masyarakat setempat, dengan yang pertama dilaksanakan di Kampung Tanjung Kuala, Tumpat.

Bekas Pemain Bola Sepak Dan Isteri Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Kes Dadah

MARANG, 19 April (Bernama) -- Bekas pemain bola sepak Terengganu dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Selasa atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 120 gram di Bukit Payong, dekat sini pada 9 April lalu.

Mohd Asrul Zainuddin, 21, bagaimanapun dilepaskan atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mamat kerana tertuduh merupakan saksi pendakwaan.

Isteri beliau, Razulaika Rashid, 34, dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Anuar kena tangkap di LONDON ???

Raja Petra: Semua terlibat perlu disiasat

SHAH ALAM – Polis akan menggunakan pelbagai kaedah siasatan untuk mendapatkan semua individu termasuk Raja Petra Kamaruddin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan akuan bersumpah pengendali blog Malaysia Today itu, mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya dalam proses mengumpul dan meneliti semua keterangan diambil sebelum ini.

“Kelmarin, kita sudah panggil beberapa individu untuk membantu siasatan.

Video Seks - reka bentuk muka Anuar dalam Video Seks



Jawap lah Kau Nuar Al Juburi Sedikit Masa Lagi........ Aku tak sabar nak lihat reaksi Penyokong Al Juburi Bila Video Seks Penuh Tersebar!!!!

Posted by Papagomo

19/04/2011

Penjawat awam lima tahun khidmat layak mohon tanah


Penjawat awam di negeri ini yang berkhidmat lima tahun ke atas layak memohon tanah kerajaan sama ada untuk tapak rumah atau tanah pertanian.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, sebelum ini kerajaan negeri menghadkan mereka yang berkhimat lebih 10 tahun saja layak menikmati kemudahan itu, tetapi mulai tahun lalu syarat tersebut diturunkan kepada lima tahun.

Pengendali Kantin Sekolah Akan Disenarai Hitam Jika Ingkar Peraturan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pengendali kantin sekolah yang tidak mengikuti peraturan tentang senarai makanan yang akan dijadualkan dalam masa terdekat ini akan disenaraihitamkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya kementerian itu akan bertindak untuk menggantikan dengan pengendali yang baru dengan serta merta sekiranya pengendali sedia ada didapati menjual makanan dan minuman tidak berkhasiat.

"Kesemua senarai tersebut akan diperincikan kepada setiap jenis makanan dan senarai itu kita akan edarkan kepada kesemua kantin dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Dewan Pembedahan Terkini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia hari Isnin.

Ini lah Sejarahnya UMNO dan Cyber

Pernahkah pemimpin UMNO disemua peringkat peduli tentang hal ini?
Kesukaran yang dilapazkan oleh Perdana menteri tersebut ialah berdasarkan  betapa pihak pembangkang telah mendahului UMNO/BN didalam teknologi  cyber yang mana giat dijalankan di negara negara maju didalam meningkatkan sokongan penbgundi  kepada pihak kerajaan.

Berbuih mulut DS Najib menyarankan kepada para perwakilan yang berada didalam dewan PWTC  agar  setiap daripada  anggota perwakilan mempunyai hubungan yang rapat didalam Internnet, berani menyanggah  isu isu yang dinaikkan oleh pembangkang. Rupanya sorakan tersebut sekadar   sorakan untuk menjaga hati.
Sehingga kini kita dapati UMNO masih lagi ketinggalan di belakang didalam penguasaan di Internet- apakah  saranan saranan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden itu hanya seperti burung burung yang berkicau diwaktu pagi.

Ancaman baru dalam arus teknologi ICT

Pelbagai cabaran dan ancaman baru mula muncul di dalam kepesatan arus teknologi ICT seperti pencerobohan siber terhadap sistem kawalan, kod bahaya, kecurian identiti, penipuan dan sebagainya.

“Contoh terbaru ialah kemunculan senjata siber yang dikenali sebagai ‘stuxnet’ telah mengemparkan dunia,” kata Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda ketika merasmikan majlis penutup Seminar Pengurusan Keselamatan Sasaran Penting Zon Pantai Timur, di Wisma Darul Iman semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustafa; Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP); Ahli-ahli Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Kelantan, Terengganu dan Pahang serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pameran 1Asean 1Jalinan

Kira-kira 50,000 pengunjung dijangka hadir sempena Pameran 1Asean 1Jalinan yang berlangsung selama 75 hari dan berakhir 30 Jun ini di Galeri Teksil & Foyer Muzium Negeri, Kuala Terengganu.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Haji Mohd Yusof Abdullah, berkata kehadiran pengunjung termasuk orang awam dan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang keunikan tekstil Asean sangat memuaskan walaupun baru sebulan dianjurkan.


Katanya, pameran tersebut cukup istimewa kerana semua tekstil yang dipamerkan adalah gabungan dari pelbagai negara Asean di mana mempunyai kecantikkan dan keunikan tersendiri.

Kaum Cina Semakin Racist AKibat Keterbukaan Kita Kepada Mereka

KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.”

“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.

18/04/2011

DAP Membodohkan PKR Dan PAS, Satu Analisa

Dalam Pakatan Rakyat, DAP adalah dominan, ini dah banyak kita sebut dulu tapi ramai gamaknya yang tak perasan.  Ambil contoh dalam pilihanraya Sarawak, DAP tidak tamak nak bertanding berpuluh kerusi, dapat 15 pun sudah cukup tapi depa pastikan ini kawasan yang depa boleh menang.
Sementara dua komponen Pakatan Rakyat yang lain bertanding di kawasan yang kurang atau tiada harapan akibat mainan politik DAP. 
Memang atas kertas nampak PAS paling terkena sekali sebab kalah disemua kawasan yang ditandingi tapi yang sebenarnya paling terkena ialah PKR.  PKR bertanding 49 kerusi tapi menang hanya 3.  Kuantiti banyak tapi hasilnya tarak.
Nasib baik 2 kerusi yang PKR dan DAP bertukar suka sama suka (Padungan & Batu Lintang), menang.  Kalau tidak, betul-betul sia-sia punya kerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...