Translate

17/04/2011

BN PERLU AWASI AGENDA SULIT DAN SUBVERSIF!!!


Seperti yang janjikan, mari kita bicara secara jujur mengenai keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak yang telah diumumkan semalam.

Jika dilihat kepada pola dan corak Politik di Sarawak ini, ia tidak banyak beza dengan apa yang berlaku pada tahun 2008 yang lalu.

Keputusan Pilihanraya Negeri ini lebih banyak memihak kepada parti DAPigs berbanding parti komponen BN yang menjaga kepentingan kaum Cina di Malaysia ini.

PRN Sarawak buktikan DAP adalah parti perkauman


Tidak dapat tidak hendak dielakkan perkara ini kerana itulah hakikatnya yang sebenar – benarnya. Sudah tidak dapat disangkalkan lagi oleh puak – puak DAP bahawasanya mereka adalah sebuah parti yang cukup kuat fahaman Chauvinistiknya didalam Malaysia.
Tetapi mereka yang kerap kali menunding jari terhadap orang lain dan menuduh orang itu yang lebih bersikap rasis terhadap bangsa lain jika hendak dibandingkan dengan mereka kononnya.
Perkara ini sudah tidak dapat dielakkan apabila keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak diumumkan semalam. Ia menyaksikan DAP berjaya merampas hampir ke semua kerusi yang ditandingi mereka sekali gus mengalahkan parti SUPP pimpinan Tan Sri George Chan. Malah Presiden SUPP itu tersungkur di kawasannya sendiri.

Rakyat Sarawak Kekalkan Mandat Kepada BN Untuk Terus Memerintah


KUCHING, 17 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mendapat mandat untuk terus memerintah Sarawak selepas mencatatkan kemenangan dengan memperoleh majoriti lebih dua pertiga dalam pertandingan yang paling sengit dalam sejarah negeri ini.

BN memenangi pilihan raya negeri ke-10 dengan memperoleh 55 daripada 71 kerusi, kurang tujuh kerusi daripada yang dimenangi gagasan pemerintah pada 2006, namun telah meleburkan harapan pembangkang yang berjuang habis-habisan untuk menafikan kemenangan majoriti dua kepada BN, malah mengimpikan untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghargaan kepada rakyat Sarawak kerana terus meletakkan sepenuh kepercayaan kepada BN selaku parti yang memerintah.

16/04/2011

Live ! Keputusan Tak Rasmi PRN Sarawak 2011




Keputusan Tak Rasmi PRN Sarawak 2011 

     BN   =   52

PKR   =  3

 DAP   =  1


TERKINI !


BN sedang mendahului dengan 52 kerusi  ... PB syorkan kepada penyokong PKR dan PAS , kemas beg sekarang balik lah ... Anwar Ibrahim pun dah cabut pi  US selepas tau Pakatan nak kalah ..haha

N 51 Balingian-  Pehin Sri KM Srwk ( PBB)
BN 5100 ( 77.87) 
Pkr 520 (7.94), 
Bebas - 831 ( 12.68), Rosak - 98( 1.49). 
Majoriti - 3651

N 22 Sebuyau (5.20 petang) - Julaihi Nawawi ( PBB)
PAS - 719 undi
BN - 1,928 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu (5.20 petang)- TS Adenan Satim ( PBB)
PAS - 223 undi
BN - 954 undi
Bebas - 50 undi

N20 Sadong Jaya (5.45 petang) - Aidil Lariwoo ( PBB)
PAS - 1,072 undi
BN - 3,949 undi
Bebas - 402 undi

N 15 Muara Tuang (5.20 petang) - DS Ali Mahmud ( PBB)
PAS - 575 undi
BN - 1,580 undi

N24 Beting Maro (6.00 petang) -  Razaili Gapor ( PBB)
PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi rosak - 48

Polis Belum Ambil Keterangan Wanita Dalam Video Seks - Acryl Sani

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Polis belum mengambil keterangan daripada wanita dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini dan didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China.

"Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," katanya kepada Bernama menerusi SMS.

Ibu Bapa Mesti Terbabit Secara Aktif Dalam Aktiviti Internet Anak Mereka

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ibu bapa perlu aktif membabitkan diri dalam aktiviti internet anak-anak mereka bagi memastikan mereka memperoleh manfaat yang tidak ternilai daripada maklumat yang ditawarkan tanpa didedahkan dengan mana-mana potensi yang merbahaya, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata sebagai ibu bapa zaman digital (kanak-kanak yang dilahirkan semasa atau selepas pengenalan pada teknologi digital), mereka mestilah membenarkan anak-anaknya menyertai dunia siber dengan perhatian tertentu.

"Anak-anak kita perlukan bimbingan ibu bapa untuk anak-anaknya selamat semasa melayari internet. Kerana sebagai ibu, saya percaya bahawa kita semua masih boleh mengaplikasikan kemahiran yang sama yang kita gunakan untuk mengajar mereka dalam kehidupan seharian," katanya semasa merasmikan Smart Kids 2011, Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar Malaysia ke-10 di sini.

Lelaki letup diri dalam masjid di Indonesia

Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki meletupkan diri dengan bom di badannya dalam sebuah masjid di kompleks polis daerah di Cirebon, Jawa Barat, mengakibatkan lebih 20 cedera termasuk Ketua Polis Daerah Cirebon.
Polis berkata, keadaan tubuh lelaki itu hancur akibat ledakan bahan letupan itu.
Media tempatan memetik saksi-saksi sebagai berkata bahawa solat Jumaat hendak dimulakan, seorang lelaki berpakaian hitam yang berada di barisan ketiga dilihat membuka jaketnya dan bom itu terus meletup.

15/04/2011

Perdana Menteri lawat Terengganu 30 April ini

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu sempena Program Turun Padang (PTP), 30 April ini (Sabtu).

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan terus memulakan lawatan ke Pekan Batu Enam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus.

Perdana Menteri akan berjalan kaki menemui pemimpin dan rakyat di Peti Undi Batu Enam, DUN Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus serta menikmati sarapan pagi di Kedai Alias, di Pasar Batu Enam.

14/04/2011

Anwar Makin Panas.... Pelakon Telah Dikenal Pasti


Pelakon Dikenalpasti, Tapi Anwar Jangan Gabra Sangat ...
Wahhh ... Anwar Ibrahim semakin panas... Jika semalam, dia berambus ketika berceramah selepas ditanya mengenai skandal video seks yang mirip wajahnya, hari nie berita buruk terus menghantui dirinya....

Ketua Polis Negara mengakui, siasatan mengenai pelakon video tersebut telah dikenal pasti namun masih enggan mengulas lanjut mengenai pelakon tersebut....

Anwar OMEGA Tak Bayar Gaji Raja Petra..?? Itu Sebab Raja Petra Nak Jilat Balik Ludahnya Keatas Rosmah..???


Apa sudah jadi..?? 360 darjah pusingan...!!! WOW!!

Raja Petra yang sangat sangat menjilat Anwar OMEGA kini sudah mahu menjilat Datin Rosmah Mansor..??
Kenapa..??
Berapa bulan tunggakan gaji beliau belum dijelaskan oleh Anwar OMEGA..???

Alhamdulillah Doa Dimakbulkan


Hari demi hari, satu demi satu Allah S.W.T telah menunjukkan kebenaran kepada permohonan Umat Islam di seluruh Malaysia.  Gegaran Solat Hajat diseluruh negara memohon petunjuk daripada Allah S.W.T telah dimakbulkan.  Termasuk doa Ulamak, Anak-Anak Yatim, orang-orang tua dan seterusnya.  

JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON - FASA 3

Program ‘makan angin’ dan retreat di London yang diatur oleh Ketua UMNO Bahagian Besut membabitkan 46 orang. Kalau belanja RM10,000 seorang bermakna RM450,000.

Bagaimana kalau lebih?

Persoalannya, duit dari mana Idris gunakan untuk membawa ‘hamba rakyatnya’ itu?

Apakah semua yang ikut Idris itu belanja sendiri? Banyak pulak tu!

Tidak mungkin sama sekali.

ALTANTUYA PERISIK TAJAAN ANWAR DARI SINGAPURA



Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. Segalanya adalah "konspirasi" ciptaan dan rekaan Anwar untuk memerangkap, tetapi jerat tak mengena. 

Tiada apa yang dapat dibuktikan Anwar Altantuya untuk mengukuhkan kenyataannya. Bayangkan setiap 3 minit Altantuya Anwar boleh bermesej, membuktikan hanya perisik saja boleh berbuat demikian. 

PURE EKSKLUSIF ... LIVE FROM TV3 ... RPK AKUI DIDESAK FITNAH DS NAJIB DAN DS ROSMAH ... OLEH TIGA LAHANAT DIBAWAH NI !


Segalanya sudah terungkai malam ini, Buletin Utama menyiarkan temubual eksklusif wartawan TV3 dan Raja Petra Kamarudin ( RPK ) di Australia!

13/04/2011

Ada Maklumat Baru Bantu Siasatan Kematian Penolong Pengarah Kastam - Peguam

IPOH, 12 April (Bernama) -- Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas.

"...terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri," kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Miliki Dadah: Ameng Spring Dihukum Penjara dan Sebatan

.

Penyanyi Ameng Spring hari ini dijatuhi hukuman 8 tahun penjara, 10 sebatan dan dua tahun pengawasan polis setelah mengaku bersalah atas tiga kesalahan dadah termasuk satu pertuduhan tambahan di mahkamah sesyen di Melaka.

Ameng yang juga bekas suami A. Aida sebelum ini telah mengaku bersalah terhadap 2 pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis & methamphetamine di sebuah hotel di Taman Melaka Raya pada 1 Februari lalu.

JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON...PART 2

Idris Jusoh Takut ‘Hilang Nyawa’?


Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui kenapa Idris Jusoh begitu beria-ia membawa ‘orang-orangnya’ ke London.

Seperti dikatakan dalam bahagian pertama, Idris bersama-sama 46 penyokongnya ke London pada 31 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Tambang Murah (LCT).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, mempunyai misi khusus yang bermatlamatkan meletakkan semula dirinya dalam arus perdana politik Terengganu.

Dengan terpelantingnya beliau daripada jawatan Menteri Besar pada Mac 2008, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO hilang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ini sangat penting dan sangat perlu bagi Idris. Namun apakah daya, kegagalan mengekalkan kerusi Menteri Besar menyebabkan beliau terpaksa gundah gulana dan berulang alik Kuala Lumpur- Terengganu untuk survival politiknya.’

12/04/2011

JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON...PART 1

Dengar cerita dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Tambang Murah (LCT), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berada di London sejak 31 Mac lalu dan balik ke tanah air hari ini (10 April 2011).

Mesyuarat MARA ke?

Atau datang melancong dan berehat selepas penat bekerja? 
Tidak pasti sama ada ia untuk tujuan itu.
Namun ada pihak dari Kota London menceritakan Idris ‘duduk’ di Kota London dan tidak pun ke Paris atau ke Dublin atau Glasgow dari kota berkenaan.

Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM13,000



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Husam dicalon tanding presiden PAS

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat agungnya Jumaat lalu bertempat di Markas PAS kawasan Batu.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Juruterbang helikopter terhempas meninggal dunia

Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ini di Hospital Sibu. 

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari tadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM


Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu.

NONE
Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.


Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.
Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

11/04/2011

Tanam bayi perempuan baru lahir

DI SINI... ‘kubur’ bayi baru lahir yang dibuat suspek bagi menutup rahsia kelahiran oleh teman wanitanya.

HULU SELANGOR: Hanya kerana takut rahsia terbongkar, sepasang kekasih yang sudah terlanjur sejak setahun lalu akhirnya nekad menanam sendiri bayi perempuan yang dilahirkan tidak cukup bulan berhampiran tempat tinggal teman lelakinya itu.

Bagaimanapun, salah seorang jiran lelaki berusia 26 tahun itu yang curiga dengan tindakan pelik pasangan itu bertindak menghubungi pihak berkuasa.


Difahamkan, polis yang menerima panggilan berhubung kejadian terbabit segera ke rumah lelaki itu sebelum menahannya yang kebetulan berada di dalam rumah berkenaan.

Perdana Menteri Lancar Minyak Primax 95 Xtra

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON 95.

Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas di sini pada Sabtu malam sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way".

Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...