Translate

09/04/2011

PANAS ! Nik Aziz Nik Mat Sokong Konsep 1Malaysia !!


PEKAN, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan simbol 1Malaysia kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (tiga, kiri) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) semasa mencuba keselesaan motosikal modenas terbaru yang dipamerkan selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Automatif Pekan di sini hari ini. 
-
Baik sungguh hati Perdana Menteri kita.

Isteri Yang Soleha

Itulah yang dikatakan "ISTERI YANG SOLEHA" tak lain dan tak bukan adalah Datin Seri Wan Azizah.  Beliau sanggup mengadai maruah diri dan keluarga demi untuk menyelamatkan suami.  Apa pun yang akan berlaku tetap beliau mempertahankannya.  Islam pun menuntut sedemikian agar tidak menjatuhkan maruah suami, walau dalam   apa cara sekalipun dan beliau tidak mahu ditempatkan di 'Neraka Jahanam' bersama-sama orang yang munafik di akhirat kelak.

 “Dulu masa kes liwat satu dan liwat dua, mungkin beliau tak tengok dengan mata sendiri dan dia tak tahu. Kali ini beliau dah tengok video sendiri, namun beliau tetap dengan pendiriannya - tidak akan mendedahkan maruah suami dikhalayak ramai.  Beliau tidak mahu membelakangkan agama dan tetap berpegang teguh kepada 'Ajaran Islam', baru lah beliau boleh dikatakan 'Anugeah Tuhan'.

Bangsa Babi ????

Wauuu!!!.. jangan marah walaupun tak gemar dengan tajuknya.
Salam sahabat pembaca sekelian.
Mungkin saudara terfikir dan tak terfikir apa yang akan cuba aku sampaikan kali ini.
Ini lah diatara perbualan aku dengan beberapa orang rakan sealiran yang dari zero kepada neuro, kekadang tak terjangkau otak memikirkan nya, tetapi percaya lah boleh jadi akan keujudannya Bangsa Babi ini.
Jangan salah paham Bangsa Babi bukan lah datangnya dari percaturan Manusia dengan Babi yang menghasilkan Bangsa Babi ini tidak juga melalui proses pekahwinan Babi dan Manusia, tidak ..tidak ..tidak…

Berwaspada dengan telor ayam PALSU !!!!

GEORGE TOWN – Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bertindak merampas sebanyak 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan di tiga buah premis di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK kira-kira pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 90 biji telur ayam ditemui di setiap premis tersebut.

08/04/2011

Suami menghilangkan diri dirayu pulang

RHU RENDANG - Sebuah keluarga dari Rumah Murah Darat Pak Chan, dekat sini dirundung kebimbangan berikutan ketua keluarganya keluar dari rumah hampir dua minggu lalu tanpa sebarang khabar berita. 

Suami Fatimah Ibrahim, 62, Sana Ismail, 72, dilaporkan keluar dari rumahnya sejak 25 Mac lalu dan sehingga kini masih belum pulang menyebabkan Fatimah dan sembilan anaknya bimbang memikirkan keselamatannya. 

“Pada hari pertama dia hilang, saya tiada di rumah kerana keluar membantu seorang penduduk membuat persiapan untuk mengadakan kenduri, sejak itu dia tidak pulang-pulang. Saya bimbang keselamatannya sebab ini kali pertama dia keluar sebegini lama.

Dua pegawai SPRM ditahan tugas

KUALA LUMPUR – Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur ditahan tugas ekoran kematian seorang pegawai Kastam berpangkat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat itu di sini kelmarin.
Tindakan terhadap kedua-dua pegawai termasuk seorang pegawai pengiring Ahmad Sarbani itu dibuat bagi tujuan siasatan selepas mereka disyaki melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi di pejabat SPRM.

TM laksana program khas di Terengganu


Tertarik dengan populariti dan penonjolan kepimpinan kerajaan negeri yang sentiasa kehadapan dalam banyak perkara, Telekom Malaysia (TM) Berhad telah memilih Terengganu untuk melaksanakan program 'Broadband Lifestar Showcase'.

Pengurus Besar TM Terengganu, Haji Badrul Hisham Bahari berkata, program khas yang julung kali dilaksanakan di luar lembah Klang itu akan berlangsung di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman selama dua minggu bermula 1 Mei depan.

07/04/2011

Murid cedera diserang anjing di Kota Tinggi - mungkin berlaku di SMK Rusila Marang

KOTA TINGGI – Seorang murid tahun tiga cedera di seluruh badan dan hampir putus telinga kanan selepas diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Muhammad Rafiq Abdul Rashid, 9, dan kembarnya, Muhammad Rafie sedang bermain tidak jauh dari rumah mereka sebelum empat ekor anjing peliharaan jiran mereka terlepas lalu menyerang mangsa.

Telur ayam pun ada tiruan

GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.
Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

Sindiket dadah Iran lumpuh

KUALA LUMPUR - Sungguhpun bilangan warga Iran yang ditahan oleh pihak berkuasa semakin bertambah dari semasa ke semasa, namun kegiatan penyeludupan dadah di kalangan warga negara itu tidak pernah berkurangan.
Terbaru, Polis Diraja Malaysia erjaya menumpaskan satu lagi sindiket dengan menangkap sembilan individu termasuk empat wanita warga Iran di ibu negara kelmarin.
Dalam operasi itu, polis berjaya merampas 71.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang bernilai RM17.9 juta dan wang tunai berjumlah RM7.1 juta tidak termasuk pelbagai mata wang asing.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan pihaknya dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara.
Menurut beliau, tangkapan pertama dilakukan pihaknya ke atas seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Jalan Inai di sini yang menjadikan kediaman tersebut sebagai tempat pembungkusan dan menemui 69kg dadah jenis syabu di situ.
Katanya, hasil soal siasat, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki dipercayai ahli sindiket di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini sebelum suspek membawa polis ke sebuah rumah di Sentul dan menemui 1.99kg syabu.

06/04/2011

Pegawai Kastam Jatuh Bangunan SPRM Kegiatan Jenayah Terancang?


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditahan semalaman pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini pagi Rabu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dalam satu sidang media di pejabat itu memberitahu bahawa Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati kira-kira 10.15 pagi.

Siti Nurhaliza 'Tergeliat Lidah' Nyanyi Slanga Inggeris

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akui tercabar apabila perlu menyanyi dalam slanga Bahasa Inggeris semasa merakam lagu dalam bahasa itu.
Menurut penyanyi yang mesra disapa Siti itu, sebanyak 10 buah lagu untuk album pertama dalam Bahasa Inggeris tersebut telah siap dirakam dan sedang menunggu masa untuk dilancarkan.
Ia dijadual pada pertengahan tahun ini.

Rahim Tambi Chik, Eskay, IGP All Liars


Here is an update : "Bila ditanya mana jam Omega Anwar yang Datuk Eskay dakwa ada padanya setelah cuba dicuri pelacur berketurunan Cina, Azizah kata ada padanya tapi enggan menunjuk. Soalan pasal jam Omega Anwar yang ditanya oleh wartawan membuat Wan Azizah amat marah. Bila didesak mana jam tersebut oleh wartawan lain. Dia memberi reaksi ”Awak bukan pendakwa”.

Klip video: Keluarga pertahan Anwar, dakwa ‘taktik politik lucah UMNO-BN’

Nelayan Akan Diwajib Guna TED Untuk Selamatkan Penyu

Jabatan Perikanan bercadang mewajibkan nelayan menggunakan alat Peranti Penyisih Penyu (TED) pada pukat tunda udang bagi mengelak kepupusan penyu.

Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber jabatan itu, Gulamsarwar Jan Mohammad berkata, langkah itu penting kerana penggunaan pukat jenis tersebut dikenal pasti sebagai punca utama penyu terperangkap dan mati.

Menurutnya, masalah serupa turut berlaku secara meluas di negara-negara lain sehingga menyebabkan reptilia tersebut kian pupus. Beliau memberitahu, peraturan seumpama itu telah dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) supaya negara-negara pengeksport hasil tangkapan laut menggunakan TED pada pukat tunda mereka.

05/04/2011

VIDEO SEKS - PEMUDA PAS PROTES.. DESAK TANGKAP ANWAR!!?

Kedengaran suara dari beberapa Jawatankuasa PAS di kawasan2 sekitar Selangor yang mendesak agar Anwar Ibrahim disiasat dengan lebih terperinci. Mereka yang menonton Video tersebut menganggap hanya orang yang tidak punyai akal sahaja mengatakan lelaki tersebut bukan Anwar Ibrahim. Secara jelas lagi terang raut wajah, rambut, gaya jalan dan senyuman yang terpapar di dalam Video terbabit merupakan individu yang juga merupakan Ketua Pembangkang. Anwar sewajarnya secara sukarela menerima Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat Video terbabit jika beliau benar2 tidak bersalah.

Model Baru Politik BN Tumpu Selesaikan Masalah Rakyat : Najib

KUALA LUMPUR, 25 Mac  — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata model baru politik Barisan Nasional bukan sahaja untuk memahami permasalahan rakyat tetapi menjurus ke arah menyelesaikanya dengan mengambil tindakan yang berkesan.
Perdana Menteri berkata ini berbeza dengan pendekatan lama di mana tumpuan lebih diberi kepada soal intra politik seperti urusan cawangan dan bahagian serta membuat desakan kepada kerajaan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan rakyat.

ALAT PENJIMAT MINYAK SEHINGGA 45 %


Alat Penjimat Minyak yang membayar ansuran bulanan kereta anda !!.  Adakah anda tahu betapa pentingnya voltan elektrik untuk prestasi kereta anda?

04/04/2011

MELETUP : Klip Video Seks Anwar Tersebar di Internet

Baik Punya Peluk, Kak Wan Ada Ke Anwar Peluk Macam Ni?

 

Pemilik cicak tokek perlu pohon lesen sebelum 27 Jun

KUALA LUMPUR 3 April – Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.

"Tempoh peralihan selama enam bulan dari tarikh permulaan berkuat kuasa akta itu akan tamat pada hujung Jun ini. Pemilik reptilia tersebut perlu memohon lesen di Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.

"Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Cicak tokek dilaporkan mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi terutama dari China dan Jepun. - Utusan

03/04/2011

PEMBANGUNAN BANDAR MARANG TENAT !!


Berbagai usaha dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan terutamanya Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang untuk menyerlahkan kehidupan masyarakat di Bandar Marang, Terengganu.  Tetapi apa yang berlaku, deretan kedai yang sedang dibina bagaikan "HIDUP SEGAN MATI TAK MAU".  Sejak tahun 2008 sehingga ke hari ini, deretan kedai tersebut masih lagi dalam pembinaan.

62 Pegawai Kastam Ditahan Setakat Ini - SPRM


PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...