Translate

07/04/2011

Murid cedera diserang anjing di Kota Tinggi - mungkin berlaku di SMK Rusila Marang

KOTA TINGGI – Seorang murid tahun tiga cedera di seluruh badan dan hampir putus telinga kanan selepas diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Muhammad Rafiq Abdul Rashid, 9, dan kembarnya, Muhammad Rafie sedang bermain tidak jauh dari rumah mereka sebelum empat ekor anjing peliharaan jiran mereka terlepas lalu menyerang mangsa.

Telur ayam pun ada tiruan

GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.
Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

Sindiket dadah Iran lumpuh

KUALA LUMPUR - Sungguhpun bilangan warga Iran yang ditahan oleh pihak berkuasa semakin bertambah dari semasa ke semasa, namun kegiatan penyeludupan dadah di kalangan warga negara itu tidak pernah berkurangan.
Terbaru, Polis Diraja Malaysia erjaya menumpaskan satu lagi sindiket dengan menangkap sembilan individu termasuk empat wanita warga Iran di ibu negara kelmarin.
Dalam operasi itu, polis berjaya merampas 71.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang bernilai RM17.9 juta dan wang tunai berjumlah RM7.1 juta tidak termasuk pelbagai mata wang asing.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan pihaknya dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara.
Menurut beliau, tangkapan pertama dilakukan pihaknya ke atas seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Jalan Inai di sini yang menjadikan kediaman tersebut sebagai tempat pembungkusan dan menemui 69kg dadah jenis syabu di situ.
Katanya, hasil soal siasat, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki dipercayai ahli sindiket di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini sebelum suspek membawa polis ke sebuah rumah di Sentul dan menemui 1.99kg syabu.

06/04/2011

Pegawai Kastam Jatuh Bangunan SPRM Kegiatan Jenayah Terancang?


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditahan semalaman pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini pagi Rabu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dalam satu sidang media di pejabat itu memberitahu bahawa Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati kira-kira 10.15 pagi.

Siti Nurhaliza 'Tergeliat Lidah' Nyanyi Slanga Inggeris

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akui tercabar apabila perlu menyanyi dalam slanga Bahasa Inggeris semasa merakam lagu dalam bahasa itu.
Menurut penyanyi yang mesra disapa Siti itu, sebanyak 10 buah lagu untuk album pertama dalam Bahasa Inggeris tersebut telah siap dirakam dan sedang menunggu masa untuk dilancarkan.
Ia dijadual pada pertengahan tahun ini.

Rahim Tambi Chik, Eskay, IGP All Liars


Here is an update : "Bila ditanya mana jam Omega Anwar yang Datuk Eskay dakwa ada padanya setelah cuba dicuri pelacur berketurunan Cina, Azizah kata ada padanya tapi enggan menunjuk. Soalan pasal jam Omega Anwar yang ditanya oleh wartawan membuat Wan Azizah amat marah. Bila didesak mana jam tersebut oleh wartawan lain. Dia memberi reaksi ”Awak bukan pendakwa”.

Klip video: Keluarga pertahan Anwar, dakwa ‘taktik politik lucah UMNO-BN’

Nelayan Akan Diwajib Guna TED Untuk Selamatkan Penyu

Jabatan Perikanan bercadang mewajibkan nelayan menggunakan alat Peranti Penyisih Penyu (TED) pada pukat tunda udang bagi mengelak kepupusan penyu.

Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber jabatan itu, Gulamsarwar Jan Mohammad berkata, langkah itu penting kerana penggunaan pukat jenis tersebut dikenal pasti sebagai punca utama penyu terperangkap dan mati.

Menurutnya, masalah serupa turut berlaku secara meluas di negara-negara lain sehingga menyebabkan reptilia tersebut kian pupus. Beliau memberitahu, peraturan seumpama itu telah dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) supaya negara-negara pengeksport hasil tangkapan laut menggunakan TED pada pukat tunda mereka.

05/04/2011

VIDEO SEKS - PEMUDA PAS PROTES.. DESAK TANGKAP ANWAR!!?

Kedengaran suara dari beberapa Jawatankuasa PAS di kawasan2 sekitar Selangor yang mendesak agar Anwar Ibrahim disiasat dengan lebih terperinci. Mereka yang menonton Video tersebut menganggap hanya orang yang tidak punyai akal sahaja mengatakan lelaki tersebut bukan Anwar Ibrahim. Secara jelas lagi terang raut wajah, rambut, gaya jalan dan senyuman yang terpapar di dalam Video terbabit merupakan individu yang juga merupakan Ketua Pembangkang. Anwar sewajarnya secara sukarela menerima Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat Video terbabit jika beliau benar2 tidak bersalah.

Model Baru Politik BN Tumpu Selesaikan Masalah Rakyat : Najib

KUALA LUMPUR, 25 Mac  — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata model baru politik Barisan Nasional bukan sahaja untuk memahami permasalahan rakyat tetapi menjurus ke arah menyelesaikanya dengan mengambil tindakan yang berkesan.
Perdana Menteri berkata ini berbeza dengan pendekatan lama di mana tumpuan lebih diberi kepada soal intra politik seperti urusan cawangan dan bahagian serta membuat desakan kepada kerajaan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan rakyat.

ALAT PENJIMAT MINYAK SEHINGGA 45 %


Alat Penjimat Minyak yang membayar ansuran bulanan kereta anda !!.  Adakah anda tahu betapa pentingnya voltan elektrik untuk prestasi kereta anda?

04/04/2011

MELETUP : Klip Video Seks Anwar Tersebar di Internet

Baik Punya Peluk, Kak Wan Ada Ke Anwar Peluk Macam Ni?

 

Pemilik cicak tokek perlu pohon lesen sebelum 27 Jun

KUALA LUMPUR 3 April – Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.

"Tempoh peralihan selama enam bulan dari tarikh permulaan berkuat kuasa akta itu akan tamat pada hujung Jun ini. Pemilik reptilia tersebut perlu memohon lesen di Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.

"Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Cicak tokek dilaporkan mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi terutama dari China dan Jepun. - Utusan

03/04/2011

PEMBANGUNAN BANDAR MARANG TENAT !!


Berbagai usaha dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan terutamanya Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang untuk menyerlahkan kehidupan masyarakat di Bandar Marang, Terengganu.  Tetapi apa yang berlaku, deretan kedai yang sedang dibina bagaikan "HIDUP SEGAN MATI TAK MAU".  Sejak tahun 2008 sehingga ke hari ini, deretan kedai tersebut masih lagi dalam pembinaan.

62 Pegawai Kastam Ditahan Setakat Ini - SPRM


PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

02/04/2011

Menyemai benih perkauman, menuai taufan kehancuran

Artikel ini telah di tulis oleh seorang warganegara yang berbangsa Cina berasal dari  Johor yang sangat prihatin didalam senario politik ditanga air dan sangat peka tentang sensitiviti yang acapkalai berlaku dan dimainkan oleh mereka  tanpa rasa tanggungjawab dan memikirkan kesan kesannya  terhadap kemakmuran yang telah dikecapi selama ini. Saya amat terharu dengan apa yang diluahkan melalui artikel yang cukup baik untuk memberikan kesedaran kepada kita semua.
Malaysia adalah sebuah negara yang indah dengan pelbagai kaum. Kepelbagaian kaum menjadi aset kepada negara kita jika semua kaum hidup bersatu padu, bertolak ansur dan saling faham memahami. Sukar untuk sesebuah negara yang berbilang kaum sentiasa hidup beraman damai seperti Malaysia. Kebanyakkannya(kepelbagaian kaum) menjadi liabiliti kepada sesebuah negara tersebut.

SAKIT MATA MEMANDANG ???

Pemandangan yang cukup menyakitkan mata apabila melalui di Jalan Kg. Kijing, Marang, Terengganu.  Dengan ke prihatinan pihak berkuasa tempatan, longkang besar dibina bagi mengatasi masalah banjir dikawasan itu.  Namun lain pula  ceritanya, perparitan/longkang yang begitu cantik tersusun telah ditutupi dengan semak samun.  Tidak diselenggara dengan betul dan menunggu sehingga rumput dan semak samun terus menutup longkang tersebut.  Jika ini tidak diselenggara dengan betul, maka bencana banjir tetap akan berulang setiap kali hujan turun dikawasan ini.    Inilah dia dikatakan bagai "melepaskan batuk ditangga".

Anak panah menunjukan kawasan semak yang dibiarkan saja.



Dipersekitaran kawasan ini juga terdapat beberapa buah agensi kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), Kelas TASKA dan juga IPD Marang.

Siapa Tipu...dan Siapa Kena Tipu

Asyik sungguh Tok Guru Nik Aziz dengar entah apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap padanya.Ini adalah gambar rakaman masa ceramah di Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam Isnin lalu.

Di majlis itu juga dibuat solat hajat.Di majlis itu juga Nik Aziz mengetuai doa untuk Anwar.

Di majlis itu juga Anwar yang tampil berbaju Melayu berucap berapi-api menangkis perihal video seks yang didakwa melibatkan dirinya.Di majlis itu juga Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang belasah sakan mempertahankan Anwar.Begitu juga Otai DAP Lim Kit Siang.

Di majlis itu juga anggaran lebih 5,000 orang hadirin yang jelas kebanyakan ahli PAS mendengar Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang sudah tengok video seks itu cerita beliau tidak percaya lelaki yang ada hubungan seks dengan pelacur China itu Anwar.

Jumlah Anak Luar Nikah Di Selangor 'Sangat Besar' - Dr Hasan

SHAH ALAM, 1 April (Bernama) -- Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini Jumaat.

Majlis Fatwa Kebangsaan Perlu Buat Kajian Tarian Poco-Poco

KOTA BAHARU, 1 April (Bernama) -- Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Katanya oleh kerana isu tarian itu merupakan isu nasional, ia perlu dibincangkan di peringkat pusat supaya ia dapat diselaraskan di semua negeri.

"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini di peringkat muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

01/04/2011

Ketua Polis Negara Sahkan Video Seks Tulen

KUALA LUMPUR: Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.
"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Jumaat.

Kerajaan Kuatkuasa Akta Baru Pencatutan Mulai 1 April

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan bermula Jumaat untuk melindungi kepentingan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pelaksanaan undang-undang itu, ia akan dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga sesuatu barangan tanpa sebab.

Katanya dengan adanya akta baru itu ia akan membatalkan akta lama, Akta Kawalan Harga 1946, membolehkan kementerian bertindak dengan segera terhadap peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

PROJEK TERBENGKALAI MENUNGGU MASA UNTUK PENGHUNI YANG TIDAK DIUNDANG

Anak panah menunjukkan penghuni yang tidak diundang turut menunggu untuk
menggunakan dewan tersebut. 

Usaha berturutan diambil demi untuk mengindahkan serta memertabatkan dimata masyarakat setempat, namun disebaliknya yang berlaku ke atas Dewan Majlis Daerah Marang yang begitu indah reka bentuknya, telah dicacat celakan dengan kelewatan pihak kontraktor terbabit menyiapkannya.  Apa yang telah dimaklumkan bahawa pihak kontraktor telah tidak mampu untuk menyiapkan projek ini dalam jangka tempoh yang ditetapkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...