Translate

30/03/2011

Sikap tidak bertanggungjawab peniaga

Pemandangan ditepian pantai Water Front Marang, Terengganu sungguh menghiburkan para pengunjung dan pelancung.  Tapi malangnya pemandangan yang indah telah dicemari dengan kekotoran menjijikan dan licin apabila melalui dikaki lima persisir pantai berhampiran deretan kedai makan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Inilah dia 'Peniaga-Peniaga Tempatan', tempat disediakan dengan sewaan yang murah berkemampuan untuk peniaga-peniaga tempatan, tapi ini lah pulangan yang diberikan.  Semuanya mengharapkan pihak berkuasa yang melaksanakannya.  Fikir-fikirkan lah.

Anak panah menunjukkan keadaan kaki lima persisir pantai yang
dicemari dengan lumut yang licin


Sakit mata memandang..... dan menjijikan

SIKAP TAMAK KONTRAKTOR MELAYU !!!

"Masyarakat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" - itu lah prinsip yang diamalkan oleh Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang, Terengganu, berjiwa rakyat.  Tetapi apa yang berlaku disebaliknya oleh sikap kontraktor-kontraktor yang telah diberi tender untuk menyiapkan sesuatu projek rakyat.

Peluang telah diberi, permohonan diluluskan untuk menyiapkan Projek "DEWAN FOOTSAL" yang terletak di Jalan Bukit Mawi, Marang, berhadapan dengan Dewan Majlis Daerah Marang yang baru.  Tetapi sebaliknya apa yang berlaku, projek terbengkalai dan tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.  Masyarakat setempat menunggu-menunggu terutamanya remaja untuk mengiatkan aktiviti-aktiviti sukan 'Footsal' sebagaimana yang telah dijanjikan.  Tetapi apa yang berlaku lihat saja lah.

Sikap kontraktor begini lah yang perlu diketepikan, demi untuk menjaga imej kerajaan daripada terus dipermain-mainkan, hanya mementingkan/memandang jumlah keuntungan yang diperolehi.  Cuba lihat gambar dibawah:



Maut menunggu pengunjung - Water Front Marang !!!

Sikap acuh tak acuh pihak berkuasa akan mengundang padah.  Inilah dia dikatakan sebagai paku dengan penukul.  Sedangkan pemandangan sebegini setiap hari direnung, dipandang, namun tidak apa pun yang difikirkan demi menjaga keselamatan nyawa masyarakat setempat dan juga pelancung yang datang melancung ke Marang dan juga Pulau Kapas.  Destinasi pelancungan akan tercemar jika pihak berkuasa atau berwajib tidak mengambil tindakan segera untuk mengadakan pagar yang bersesuaian, agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di Pusat Pelancungan Marang, Terengganu.


Tidak sampai 1 meter dari tepian pantai, jika kanak-kanak berada
disana, apa akan terjadi ??????

Longkang tersumbat punca banjir kilat - Sikap tidak bertanggungjawab


Sikap segelintir individu yang gemar menjadikan longkang sebagai tong sampah sehingga mengakibatkan Taman Murni Permai, Tok Jembal, Kuala Terengganu mengalami banjir kilat amat dikesali.

Kejadian yang berlaku kali kedua dalam bulan ini (Mac) menyebabkan 46 keluarga mengandungi 206 orang terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jembal (SKTJ) bermula awal pagi tadi.

Pegawai Kanan Kastam Suami Isteri Antara Yang Ditahan SPRM Dalam Serbuan Besar-Besaran

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia adalah di antara yang ditahan dalam satu gerakan besar-besaran oleh Pasukan Tindakan Khas yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serentak di seluruh negara semalam (Isnin).
Pasukan itu telah membuat serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak. Serbuan itu dilakukan ke atas 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Di Raja Malaysia di seluruh negara.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu siasatan.

29/03/2011

PARTI KIAN JAHANAM.. USTAZ NASHA BONGKAR SKANDAL PAS!!

Ketika Parti2 politik tanah air sedang sibuk mengatur persiapan menjelang PRN Sarawak minggu hadapan, PAS pula mengambil pendekatan berbeza dengan perancangan rapi untuk berhadapan dengan Peperangan Politik Dalaman parti yang semakin panas. Lebih mengejutkan, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai status Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk berundur dari jawatan Timbalan Presiden, masing2 yang kepingan sudah mula menawarkan diri, melobi sana sini bagi bertarung nyawa merampas jawatan tersebut.

Terengganu Rancang Kelas Maya Di Semua Sekolah Dalam Tempoh Lima Tahun


Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk mewujudkan kelas maya di semua sekolah-sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata menjelang akhir tahun ini saja kerajaan negeri akan mewujudkan 32 buah kelas maya iaitu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. 

Video Panas: Buktikan Di Mahkamah Bukan Di Ceramah

Tahun ini sudah masuk tahun ke 13 penulis mengikuti kes Anwar dengan dekat.  Pendek kata sudah masak dengan taktik Anwar, terutama bahagian dimana dia bersalah.  Petunjuknya cukup jelas, kalau Anwar benar-benar bersalah, dia akan menyeret orang lain dalam menghadapi permasalahannya itu.
Dalam hal ini, rakyatlah jadi mangsa.
Kita tahu dibahu Anwar sekarang bukan lagi batu sebaliknya bukit kalau tak gunung kepada bermacam jenis masalah.  Masalah kita bila Anwar ada masalah ialah, ia akan disusuli dengan ceramah yang tak kunjung padam, bercerita tentang masalahnya.
Pendek kata, seolahnya kita sentiasa dalam musim pilihanraya walaupun parlimen belum bubar.

28/03/2011

Padah merokok bawah umur

SEREMBAN – Lima pelajar sekolah diberikan notis memerintahkan mereka hadir di mahkamah kerana kesalahan merokok di bawah umur. 

Kesalahan tersebut dikesan semasa Operasi Penguat kuasaan Peraturan- peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) oleh Jabatan Kesihatan negeri di enam sekolah di daerah Kuala Pilah, Isnin lalu. 

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Adnan berkata, notis tersebut dikeluarkan mengikut penguat kuasaan terbabit. 

“Kesemua notis tersebut dikeluarkan di bawah peraturan 13(1) iaitu Orang Belum Dewasa (OBD) tidak boleh merokok, mengunyah, membeli atau memiliki apa-apa hasil tembakau,sama ada untuk kegunaannya sendiri atau tidak. 

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Hingga Selasa

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori kedua diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pada Ahad, keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Lakonan Terkena 'Sawan' Gagal, Keldai Dadah Ditahan

Lakonan seorang samseng jalanan terkena penyakit ‘sawan’ secara tiba-tiba ketika cuba meloloskan diri dalam sekatan jalan raya tidak berjaya apabila dia didapati positif dadah sebelum ditahan di Kuala Terengganu, semalam. 

Ketika ditahan, polis turut menjumpai 50 biji pil kemerahan dipercayai pil kuda di dalam satu plastik lut sinar yang tersorok di kepala tali pinggang yang diletakkan dalam satu pemetik api Zippo.

Remaja berumur 21 tahun berasal dari Kampung Tanjong, Kuala Terengganu itu ditahan jam 6.30 petang semalam oleh anggota trafik daerah Kuala Terengganu yang sedang melakukan satu sekatan jalan raya di Simpang Tiga Pusara dalam Ops Samseng Jalanan. 

27/03/2011

Pelajar SPM Terbaik Diiktiraf, Wajar Mendapat Bantuan Kewangan - PM

17 pelajar yang telah mengharumkan nama negeri dengan mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SPM 2010
Kerajaan mengiktiraf bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inilah sebabnya mengapa semakin banyak agensi kerajaan dan sektor swasta tampil menyediakan biasiswa dan geran.

"Tahun lepas saya mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat 9A+ atau lebih, tidak kira etnik atau kepercayaan mereka.

26/03/2011

‘Siasat kes gelaran Datuk palsu’

KOTA BHARU - Majlis Jaksa Pendamai (JP) Kelantan menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penganugerahan gelaran ‘Datuk’ palsu sepertimana yang didedahkan Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed baru-baru ini. 

Naib Presiden 1 JP Kelantan, Datuk Dr Mohd Kaisan Ab Rahman berkata, pihaknya mahu PDRM dan SPRM membuat siasatan terhadap pemberi dan penerima anugerah terbabit disiasat dalam masa terdekat bagi mengelak institusi kesultanan Melayu dipermainkan. 

Video seks: ‘Saya tengok aksinya boleh tahan hebat di dalam video itu’ – Zaid Ibrahim

Ada satu hal tentang Datuk Zaid Ibrahim yang banyak daripada kita setujui. Beliau ini jenis cakap lepas dan dikenali seorang yang tidak banyak berdolak dalik. Sebab itu barangkali Datuk T pun terdorong ajak beliau joint sekali tengok video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Khamis, Presiden Parti KITA yang pernah satu ketika jadi orang kanan PKR menulis di dalam blog peribadi dan juga kepada media mengaku secara terbuka sudah tonton video yang kini menjadi bualan ramai. 

Dari sudut pandangnya beliau percaya lelaki dalam aksi video itu adalah Anwar.

“Ramai yang tanya soalan yang salah juga buat andaian. Isu utamanya adalah apakah video tersebut tulen,” kata beliau.

25/03/2011

Datuk Syazrly Eskay, Rahim Serah Polis, Klip Video & Jam Tangan Omega

AIDCNews – 24/03/11 – Ahli perniagaan, Datuk Syazrly Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik petang ini menyerahkan satu klip video skandal seks dan jam tangan Omega yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pihak polis petang tadi.

24/03/2011

Pesara skim KWSP dapat kemudahan perubatan percuma

PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma. 

Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen, sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini. 

Ganjaran itu diberikan, berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...