PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.
Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen, sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.
Ganjaran itu diberikan, berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi.