Translate

21/03/2011

Layakkah Nik Aziz Nik Mat Masuk Syurga?



LAYAK KAH NIK AZIZ MASUK SYURGA?

Kalau tanya Gomo maka Gomo akan jawap bukan Gomo yang berhak menentukkan Nik Ajis layak atau tidak untuk mendiami Syurga yang Allah janjikan.

Apa dah berlaku - Video Adun PAS Bukit Payong Di Tangkap........





Saksikan Video di atas dan kemudiannya Ikuti Artikel di Bawah ini....

Baru ni Negeri Terengganu di GEGORkan dengan isu KHALWATHaji Md.Din bin Jusoh pegawai kepada ADUN BUKIT PAYONG (PAS) iaitu YB Mohd.Nor Hamzah. Tetapi di nafikan oleh ADUN tersebut..

Baru-baru ini sepupu Adun berkenaan, Fazli Ali di Binjai Rendah yang juga merupakan anak saudara Md.Din telah menbuat pengakuan berkenaan isu khalwat ini..

Katanya, emak beliau adalah adik beradik Haji Md.Din dan emak saudara juga kepada YB Adun Pas bukit Payong itu.

20/03/2011

Disebabkan Tiada Dress Code, Artis Melayu Berani Tunjuk Tetek Dikhalayak Ramai...!!



Menghairaaaahhkaann..!! Menggiurkan...!!!

Rasanya pihak Kementerian haruslah ada garis panduan dress code untuk artis artis negara ini agar tidak melanggar batas batas ketimuran sebagai orang melayu dan tidaklah terikut ikut cara pemakaian artis negara barat...

Gambar diatas sudah menjadi bualan panas dikalangan wartawan dunia hiburan yang merakam aksi artis pada Malam GALA Anugerah Bintang Popular Berita Harian anjuran Rafflesia baru baru ini. Mereka juga “kaget” dengan keberanian beberapa artis yang tidak popular terpaksa menarik perhatian dengan berpakaian terlebih seksi... Biasalah taktik terbaik untuk mendapat media coverage!

Artis yang dimaksudkan ialah Miera Liyana yang baru berusia 19 tahun. Siapa Miera Liyana..? Adakah gadis ini sama taraf populariti dengan Scha Al Yahya..? Liyana Jasmay..?? Lisa Surihani..???

Lenggok badan langsingnya persis model ternama. Ya, dialah Miera Liyana Kasmi yang pernah menjadi tunggak sebuah drama online arahan Aziz M. Osman sekitar tahun 2008 lalu. Dah 4 tahun bergelar pelakon, namun tak ramai yang kenal Miera.

Shortcut untuk lebih "segera" fofularr..?? Mudah saja, hanya perlu berpakaian seksi maut...!!

Lembu ‘jaga’ Perigi Portugis

JASIN: Menyedihkan apabila kesan tinggalan sejarah iaitu Perigi Portugis di Kampung Merlimau Pantai, di sini, yang mempunyai kaitan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Lebih mengejutkan, kawasan sekitar perigi terbabit yang sudah dibangunkan dengan beberapa kemudahan termasuk wakaf tempat beristirahat bagi pelancong dan pengunjung tercemar gara-gara sikap tidak prihatin penternak lembu yang sewenang-wenangnya menambat haiwan berkenaan di situ.

Tinjauan Metroplus mendapati terdapat kira-kira 10 lembu yang dipelihara di kawasan berkenaan yang mempunyai rumput hijau termasuk ada antaranya yang ditambat pada pokok hiasan berhampiran perigi itu.

19/03/2011

Harga santan semakin mahal di Terengganu

KUALA TERENGGANU — Orang ramai terutama peniaga makanan di negeri ini meminta pihak berkenaan mengambil langkah segera menyelesaikan masalah harga santan yang semakin mahal.
Ini berikutan harga kelapa di negeri ini kini meningkat kepada RM1.70 sebiji manakala santan dijual pada harga RM7 hingga RM8 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu, Hasan Jusoh berkata kenaikan harga kelapa banyak bergantung kepada bekalan dan antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu ialah pekebun kini lebih suka menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi.
Katanya, bekalan kelapa di Terengganu sekarang ini memang berkurangan dan untuk menampung kekurangan itu, Fama mengimport kelapa dari Indonesia sebanyak 15 tan seminggu.
Katanya harga kelapa sekarang ini tidak stabil iaitu antara RM1.20 hingga RM1.70 sebiji. — Bernama

Harga Minyak Tinggi Berterusan Beri Kesan Buruk Pemulihan Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Harga minyak yang tinggi berterusan sekitar US$100 setong boleh memberi kesan buruk terhadap pemulihan ekonomi global, kata Moody's Investors Service.

Katanya sektor yang dijangka paling teruk terkena kesannya ialah automotif, syarikat penerbangan, perjudian serta protin dan pertanian.

"Akhirnya, kesan harga minyak dan bahan api yang tinggi ke atas perniagaan dan pengguna bergantung kepada beberapa faktor di mana sesetengahnya lebih banyak terdedah daripada yang lain, terutama sekali selepas kenaikan harga minyak yang tinggi dan kejatuhan harga yang pantas seperti yang dilihat pada 2008," kata Pengarah Urusannya, Steven Wood dalam satu kenyataan.

18/03/2011

Jangan Campur Aduk Bahasa Melayu - Rais

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia harus mengikis amalan mencampuradukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam pertuturan kerana ia menjejaskan keutuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Namun, katanya, ia tidak menjadi masalah jika menggunakan perkataan Inggeris yang sudah diterima pakai secara rasmi.

17/03/2011

Guru perlu lengkap kemahiran ikut arus pembangunan

PUTRAJAYA 16 Mac – Golongan pendidik di negara ini perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan persekitaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika usaha tidak dibuat untuk bergerak seiring dengan perkembangan ilmu, tenaga pendidik akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia dan melahirkan generasi berwibawa.

Lebih baik tidak bina loji kuasa nuklear -Dr Mahathir

CYBERJAYA 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.

"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini,” katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.

Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya,” katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan “tidak termasuk nuklear”. – Bernama

16/03/2011

Malaysia tidak perlu loji nuklear: Dr Mahathir

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear. 


"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini," katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.


Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa bumi dengan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya," katanya. 



15/03/2011

Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi pengakap

PUTRAJAYA 15 Mac – Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di sini, hari ini.

Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.

Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...