Translate

17/03/2011

Guru perlu lengkap kemahiran ikut arus pembangunan

PUTRAJAYA 16 Mac – Golongan pendidik di negara ini perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan persekitaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika usaha tidak dibuat untuk bergerak seiring dengan perkembangan ilmu, tenaga pendidik akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia dan melahirkan generasi berwibawa.

Lebih baik tidak bina loji kuasa nuklear -Dr Mahathir

CYBERJAYA 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.

"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini,” katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.

Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya,” katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan “tidak termasuk nuklear”. – Bernama

16/03/2011

Malaysia tidak perlu loji nuklear: Dr Mahathir

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear. 


"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini," katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.


Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa bumi dengan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya," katanya. 



15/03/2011

Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi pengakap

PUTRAJAYA 15 Mac – Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di sini, hari ini.

Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.

Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

13/03/2011

Tsunami dikatakan punca beribu ikan sesat dan berkumpul

Kejadian ini berlaku di Acapulco, Mexico apabila beribu ikan jenis sardine, achovy dan mackerel telah berkumpul setempat dengan padatnya berhampiran pantai. Para nelayan disitu menganggap fenomena gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun sebagai punca kejadian ini. Masalahnya, Jepun dan Mexico jauh beribu nautika, apa kaitan ikan-ikan ini dengan kejadian tersebut?  Lagi gambar di bawah.




Wan Azizah Perlu Bertaubat

Wan Azizah,  isteri kepada Anwar Ibrahim patut malu pada dirinya sendiri kerana tetap mempertahankan suaminya yang merupakan seorang pelaku homoseksual tegar yang sampai bila-bila pun tidak akan berubah menjadi seorang lelaki yang normal.

Nurul Izzah pun dua kali lima juga dengan Wan Azizah yang sanggup bersekongkol dengan bapanya yang suka sangat dengan lelaki jambu sehingga sanggup membelakangi ibunya,  yang dipanggilnya sepat kering semata-mata untuk bersama-sama dengan mana-mana lelaki jambu yang sudi menemani dirinya.

Apakah Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak tahu malu sehingga sanggup berbohong bagi menutup kegiatan seks luar tabii si suami dan si bapa itu?

12/03/2011

Tsunami selepas gempabumi di Jepun


Miyako


Cars and containers are tossed around by the force of the waves that crash into the port of Miyako after the earthquake struck further south.

Massive Earthquake & Tsunami in JAPAN

The tsunami was triggered by the most powerful earthquake to hit Japan since records began. The tremor, measured at 8.9 by the US Geological Survey, hit at 1446 local time (0546 GMT) at a depth of about 24km.




Areas affected by quake

Kerajaan Pastikan Bahasa Melayu Sentiasa Diperkasa, Kata Najib

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa menyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu yang sekian lama menjadi bahasa pertuturan rasmi dan juga bahasa kebangsaan Malaysia akan terus terpelihara, diperkemas dan dikembangkan di dalam mahupun luar negara," katanya ketika merasmikan Pertandingan Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di sini Jumaat.

Jutaan Penumpang Keretapi Bawah Tanah Di Tokyo Terkandas Selepas Gempa Bumi

TOKYO, 11 Mac (Bernama) -- Jutaan penumpang di Tokyo terkandas tengah hari Jumaat apabila khidmat keretapi bawah tanah dihentikan buat sementara selama enam jam selepas gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda negara ini.

Gempa bumi itu dikatakan sebagai yang terbesar melanda Jepun dalam tempoh 100 tahun.

Dianggarkan enam juta orang menggunakan khidmat keretapi bawah tanah di Metro Tokyo setiap hari.

11/03/2011

HSNZ pusat pengesahan ATS pertama di Pantai Timur

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menjadi pusat pengesahan Amphetamine Type Simulant (ATS) pertama di Pantai Timur dan kedua di negara ini selepas Hospital Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk menaiktaraf makmal dadah di Jabatan Patologi di HSNZ.

Malaysia tidak perlu iktiraf ICC hanya untuk kelihatan hebat

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Malaysia tidak perlu mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semata-mata untuk kelihatan hebat di mata masyarakat antarabangsa, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata jika Malaysia memilih untuk menyertai konvensyen itu, ia perlu bersedia memberikan sumbangan terbaik dan berperanan sewajarnya sebagai negara anggota.
“Kita tidak boleh sekadar ikut serta, duduk dan merasa selesa, sebaliknya, jika kita memilih untuk berbuat demikian, ia mesti dilakukan secara berintegriti serta bermaruah.

Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang “tidak masuk akal” dan manipulasi pembelian insuran pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans.
Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.
Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat.
Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas.

Najib bantu orang muda, Anwar jadikan hamba seks

Pembangkang sering mendakwa mereka mendapat sokongan orang muda berdasarkan saluran mengundi untuk orang muda yang seringkali memihak kepada mereka, waima dalam kempen yang membawa kepada kemenangan BN 4 kali berturut-turut.

Tapi pernahkah orang muda bertanya, apa yang sumbangan kembali pembangkang atas sokongan orang muda yang diberikan kepada mereka?

Pernahkah orang muda bertanya apa program yang dijalankan kerajaan pembangkang atau parti pembangkang yang mendatangkan faedah kepada golongan muda secara spesifik?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...