Translate

09/03/2011

TERKINI - Pakatan Rakyat Telah Di Daftarkan Sebagai Sebuah Parti Yang Sah Demi PRU 13


Aku dah kata banyak kali, dah berbuh aku bercakap, naik kematu jari aku menaip. Semua nya pasal Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti yang SAH. Bila depa nak daftar ni? Bila?

Gambar di atas membuktikan bahawa mereka di hadapan Khalayak Ramai ahli PKR,DAP dan PAS menandatangani persetujuan bagi mendaftarkan Nama Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang sah yang mana akan menggabungkan ketiga tiga parti ini.

08/03/2011

Ketagih tikam ekor!

Kedai ramalan nombor ekor atau kedai ekor sepatutnya hanya dikunjungi oleh bukan Islam kerana ia diandaikan sebagai aktiviti hiburan untuk mereka atau sebagai mencuba nasib meraih wang ganjaran. 

Amat menjengkelkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang tidak segan silu menjejakkan kaki ke premis judi untuk tikam ekor! 

Daripada tinjauan yang dibuat Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar bandar raya dan luar bandar, memang ada segelintir umat Islam yang selamba memasuki kedai ekor tanpa berselindung dengan harapan memperoleh kemenangan besar. 

Kelantan catat kes perceraian masih tinggi

KOTA BHARU - Kes penceraian melibatkan pasangan di Kelantan masih menunjukkan trend peningkatan ketiga terbanyak di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar. 

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008 mencatatkan, Kelantan berada di tempat ke tiga dengan jumlah kes sebanyak 1,386, lebih rendah berbanding Kedah 1,561 dan Johor 2,023. 

“Setakat ini kita melihat trend penceraian di negeri ini masih meningkat dan pihak Kerajaan Negeri khususnya menerusi biro Jawatankuasa Wanita Keluarga dan Kesihatan sudah merancang yang terbaik baik,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Berkahwin dengan 29 orang Wanita - Hebat !!!!

BESUT - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang. 

Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan. 

Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29. 

Jangan bangkitkan isu sensitif: Tuanku Mizan


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya. 

Titah baginda, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. 
“Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen, semalam.

GEMPAR! WAJAH DAN VIDEO PEMBUNUH KUCING YANG WAJIB DITONTON!



Chao Xiao Wee, 21
Lambang Rocket Kat Belakang Tu jangan Lupa
DAP PEMBUNUH dan memang wajar di Ajar!!!



Ini video aku ambil dari Papa Gomo, budak yang bunuh kucing ni adalah ahlul DAP! Anak kucing tak berdosa dia memperlakukan begitu! Wah! Nampaknya DAP sudah berjaya melatih pembunuh dan manusia jenis hati kering. Inilah dianya parti yang menjadi kebanggan PAS kan?

Baru aku faham kenapa Lim Guan Eng boleh halau melayu keluar dari Pulau Pinang, sebab mereka sudah dilatih untuk membunuh binatang tak berdosa dari kecil lagi gamaknya kan?

Judi: PAS Kelantan sokong Nik Aziz jumpa Karpal

KOTA BHARU,8 Mac:  Langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bersemuka dengan Pengerusi DAP Karpal Singh bagi menjelaskan dasar kerajaan Kelantan berhubung pengharaman judi dialu-alukan oleh PAS negeri itu.
Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan ketika dihubungi memberitahu langkah tersebut amat sesuai dengan pendekatan PAS malah disifatkan lebih baik daripada membuat penjelasan dalam media untuk mengelakkan isu tersebut dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Tadarus al-Quran isi program cuti sekolah


Penduduk tempatan boleh membawa anak-anak mereka ke Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam untuk melihat kegigihan sebahagian pelajar Sekolah Menengah Imtiaz, membaca al-Quran di masjid itu selama lima hari berturut-turut, mulai 13 Mac ini.

Sepanjang program itu, 30 pelajar SMK Imtiaz Kuala Terengganu akan memperdengarkan bacaan dari ayat-ayat suci al-Quran sehingga 30 juzuk, mulai 9 pagi hingga 6 petang.

Menabung Untuk Pendidikan Masa Depan Anak-Anak - MB


Kebanyakan kaum Melayu di negeri ini tidak membuat tabungan dan merancang pendidikan masa depan untuk anak-anak sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan yang disediakan kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat semata-mata.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sikap buruk itu menyebabkan mereka terpaksa menagih simpati pelbagai pihak bagi memastikan anak mereka dapat meneruskan pelajaran terutama ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang memerlukan kos pengajian yang tinggi.

07/03/2011

Kejujuran dan ketelusan yang diperjuangkan oleh HARAKAH & PAS

HARAKAH mampu lakukan apa sahaja seperti mana NIK AJIZ juga yg mengeluarkan fatwa merapu. Nilai sendiri kewajaran menyiarkan gambar yang tidak senonoh oleh sebuah AKHBAR yang dikatakan memperjuangkan islam. Etika sebagai pemberita yang telus dan jujur semakin terhakis dari para pemberita Harakah manpaknya.



Inilah contoh jiwa keislaman yang dibawa oleh pengikut PAS.

Tahniah kepada PM dan BN !!!


Alhamdulliah. Syukor kita kepada Allah kerana BN menang kembali di Kerdau dan Merlimau. Besar pulak tu. Talkin untuk PAS dan PR. Tahniah semua pengundi di Kerdau dan Merlimau . Tahniah. Teruskan dalam PRU 13 nanti.


2. Kepada pemimpin BN , jangan bongkak dan teruskan usaha membela agama , bangsa dan negara.

Keputusan : Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.



Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.


Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Punca kekalahan PAS !!!!!


Terang dan jelas PAS menghalalkan segalanya demi UNDI pilihan raya!!!! lihat lah dunia.. PAS BOLEH!.. segalanya boleh!.  Tak perlu lah suruh JAKIM ulas sebab pembaca yg geliga akan segera berfikir secara waras. Cuma juak2 PAS yang bengai sahaja akan mengatakan amalan ini tidak salah disisi islam!...

Orang Islam menolak amalan Valentine's Day, tetapi PAS mengamalkannya.  Astaqfirullah..

06/03/2011

Undi kaum India berjaya di”putih”kan, bagaimana pula kaum Cina?

Penulis mendapat khabar bahawa Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi banyak masalah bagi mengekalkan kemenangan di DUN Merlimau dan Kerdau pada dua siri PRK kali ini. Menurut khabar semuanya berada di dalam keadaan “tenang” seperti di PRK DUN Tenang sebelum ini, yang menyaksikan BN menang selesa di sana.
Sebenarnya, sebelum hari penamaan calon di kedua-dua DUN itu lagi, sudah ramai rakan-rakan penulis yang sudah “berkampung” di Merlimau dan Kerdau. Apatah lagi setelah kempen bermula, tentulah lebih ramai rakan-rakan seperjuangan penulis di sana. Meskipun lagi sehari dua tempoh berkempen akan tamat, penulis masih tidak berkesempatan untuk ke sana dek kerana dihimpit tuntutan kerjaya. Apapun, rakan-rakan di sana tidak putus-putus menyampaikan kepada penulis tentang perkembangan dari semasa ke semasa tentang kedua PRK di sana.

Lapor terserempak hidupan liar

KOTA BAHARU - Penduduk di kawasan pedalaman dinasihati supaya melaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) jika terserempak dengan haiwan liar yang berbahaya terutama gajah dan harimau.
Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, laporan segera kepada pihaknya akan dapat membantu menyelamatkan mereka yang tinggal di kawasan terbabit dan membolehkan jabatannya mengesan pergerakan haiwan tersebut.
"Jangan bertindak sendiri, sebaliknya melaporkan kepada pihak kami jika terserempak dengan haiwan-haiwan liar ini,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas kejadian seorang penoreh getah yang mati dilibas gajah liar di ladang getahnya di Kampung Serian, Gua Musang dua hari lalu.

Produk guna kapsul gelatin babi diumum


GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil).


Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.
"Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.

05/03/2011

Bakal dipenjara 1,120 tahun

MELAKA - Seorang juruwang sebuah bank di Alor Gajah, dekat sini, bakal berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun jika sabit kesalahan melakukan 56 pertuduhan mendepositkan cek berjumlah RM1,925,500.

Tertuduh, Roslizam Zabar, 40, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Katar di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan pertama pertuduhan, Roslizam seorang yang diamanah bagi semua urusan kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Masjid Tanah dengan curangnya dan tanpa kebenaran pihak bank, didapati membuat deposit cek tidak wujud RM20,000 dan memasukkan ke dalam akaun Roslen Enterpise bernombor 04024010016444.

04/03/2011

Awasi kes tipu perbankan Internet

Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

03/03/2011

Nik Aziz 2....

Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. 

Nik Aziz 1...

Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ‘‘Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),’’ katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Kisah Nik Aziz...

MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...