Translate

07/03/2011

Kejujuran dan ketelusan yang diperjuangkan oleh HARAKAH & PAS

HARAKAH mampu lakukan apa sahaja seperti mana NIK AJIZ juga yg mengeluarkan fatwa merapu. Nilai sendiri kewajaran menyiarkan gambar yang tidak senonoh oleh sebuah AKHBAR yang dikatakan memperjuangkan islam. Etika sebagai pemberita yang telus dan jujur semakin terhakis dari para pemberita Harakah manpaknya.



Inilah contoh jiwa keislaman yang dibawa oleh pengikut PAS.

Tahniah kepada PM dan BN !!!


Alhamdulliah. Syukor kita kepada Allah kerana BN menang kembali di Kerdau dan Merlimau. Besar pulak tu. Talkin untuk PAS dan PR. Tahniah semua pengundi di Kerdau dan Merlimau . Tahniah. Teruskan dalam PRU 13 nanti.


2. Kepada pemimpin BN , jangan bongkak dan teruskan usaha membela agama , bangsa dan negara.

Keputusan : Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.



Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.


Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Punca kekalahan PAS !!!!!


Terang dan jelas PAS menghalalkan segalanya demi UNDI pilihan raya!!!! lihat lah dunia.. PAS BOLEH!.. segalanya boleh!.  Tak perlu lah suruh JAKIM ulas sebab pembaca yg geliga akan segera berfikir secara waras. Cuma juak2 PAS yang bengai sahaja akan mengatakan amalan ini tidak salah disisi islam!...

Orang Islam menolak amalan Valentine's Day, tetapi PAS mengamalkannya.  Astaqfirullah..

06/03/2011

Undi kaum India berjaya di”putih”kan, bagaimana pula kaum Cina?

Penulis mendapat khabar bahawa Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi banyak masalah bagi mengekalkan kemenangan di DUN Merlimau dan Kerdau pada dua siri PRK kali ini. Menurut khabar semuanya berada di dalam keadaan “tenang” seperti di PRK DUN Tenang sebelum ini, yang menyaksikan BN menang selesa di sana.
Sebenarnya, sebelum hari penamaan calon di kedua-dua DUN itu lagi, sudah ramai rakan-rakan penulis yang sudah “berkampung” di Merlimau dan Kerdau. Apatah lagi setelah kempen bermula, tentulah lebih ramai rakan-rakan seperjuangan penulis di sana. Meskipun lagi sehari dua tempoh berkempen akan tamat, penulis masih tidak berkesempatan untuk ke sana dek kerana dihimpit tuntutan kerjaya. Apapun, rakan-rakan di sana tidak putus-putus menyampaikan kepada penulis tentang perkembangan dari semasa ke semasa tentang kedua PRK di sana.

Lapor terserempak hidupan liar

KOTA BAHARU - Penduduk di kawasan pedalaman dinasihati supaya melaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) jika terserempak dengan haiwan liar yang berbahaya terutama gajah dan harimau.
Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, laporan segera kepada pihaknya akan dapat membantu menyelamatkan mereka yang tinggal di kawasan terbabit dan membolehkan jabatannya mengesan pergerakan haiwan tersebut.
"Jangan bertindak sendiri, sebaliknya melaporkan kepada pihak kami jika terserempak dengan haiwan-haiwan liar ini,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas kejadian seorang penoreh getah yang mati dilibas gajah liar di ladang getahnya di Kampung Serian, Gua Musang dua hari lalu.

Produk guna kapsul gelatin babi diumum


GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil).


Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.
"Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.

05/03/2011

Bakal dipenjara 1,120 tahun

MELAKA - Seorang juruwang sebuah bank di Alor Gajah, dekat sini, bakal berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun jika sabit kesalahan melakukan 56 pertuduhan mendepositkan cek berjumlah RM1,925,500.

Tertuduh, Roslizam Zabar, 40, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Katar di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan pertama pertuduhan, Roslizam seorang yang diamanah bagi semua urusan kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Masjid Tanah dengan curangnya dan tanpa kebenaran pihak bank, didapati membuat deposit cek tidak wujud RM20,000 dan memasukkan ke dalam akaun Roslen Enterpise bernombor 04024010016444.

04/03/2011

Awasi kes tipu perbankan Internet

Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.

03/03/2011

Nik Aziz 2....

Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. 

Nik Aziz 1...

Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ‘‘Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),’’ katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Kisah Nik Aziz...

MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

02/03/2011

1,086 penjawat awam bankrap, ramai dibelenggu hutang

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan. 


Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.


"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.


Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. 

NIK AZIZ AKAN DITUTUP MULUT DAN SEMUANYA TERKUNCI KAKU

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini digesa supaya menutup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan berhubung kedudukan orang Melayu di negara ini.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Mursyidul Am Pas itu juga tidak sepatutnya mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.
Menurutnya, apa sahaja yang diluahkan Nik Abdul Aziz selama ini, ia jelas bertentangan dengan imejnya yang dilihat sebagai seorang ulama.
“Kita tidak mahu dengar cakap Nik Abdul Aziz lagi. Sudah muak. Makin lama dia cakap, makin ramai yang marah kepadanya. Orang Pas sendiri pun ramai yang marah dengan Nik Abdul Aziz tetapi tidak berani menyuarakannya secara terbuka.

SULTAN SELANGOR DIHINA OLEH BLOGGER PAKATAN

Sekali lagi institusi diraja selangor di hina oleh pakatan haram, selepas mereka tidak puas hati dengan pelantikan kusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri oleh sultan selangor, kini pakatan rakyat anjing-anjing mereka untuk sekali lagi menyerang sultan selangor.

PAS DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN !

Hari ini, HarakahDaily menyiarkan artikel tulisan Dr Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen PAS Kuala Selangor. Ahli Parlimen tersebut yang terkenal bukan kerana sumbangan beliau tetapi kerana tindakan kurang cerdik beliau yang bersetuju penggunaan nama 'Allah' di penerbitan agama Kristian.


Di dalam artikel itu, beliau banyak membebel tentang DS Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang. Beliau juga cuba mengaitkan defisit negeri Pahang ke dalam kancah pilihanraya kecil Kerdau dan sebagainya.Yang memualkan ialah ahli Parlimen PAS itu sekali lagi cuba menyerang peribadi calon lawan walau pun kepimpinan PAS menyarankan tidak ada serangan peribadi ke atas calon lawan. Beliau menulis :-

PAS DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN !

Hari ini, HarakahDaily menyiarkan artikel tulisan Dr Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen PAS Kuala Selangor. Ahli Parlimen tersebut yang terkenal bukan kerana sumbangan beliau tetapi kerana tindakan kurang cerdik beliau yang bersetuju penggunaan nama 'Allah' di penerbitan agama Kristian.

Di dalam artikel itu, beliau banyak membebel tentang DS Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang. Beliau juga cuba mengaitkan defisit negeri Pahang ke dalam kancah pilihanraya kecil Kerdau dan sebagainya.Yang memualkan ialah ahli Parlimen PAS itu sekali lagi cuba menyerang peribadi calon lawan walau pun kepimpinan PAS menyarankan tidak ada serangan peribadi ke atas calon lawan. Beliau menulis :-

01/03/2011

Pendakwa Kemuka Saksi Baru Dedah Identiti ‘Lelaki Y’

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan beberapa eksibit yang mungkin mendedahkan identiti ‘Lelaki Y’ melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pendakwaan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya akan memanggil saksi baru memberi keterangan berhubung sampel terbabit esok.
Sehubungan itu, sampel seperti sehelai tuala ‘Good Morning’, sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala dan sebotol air mineral mungkin mendedahkan identiti ‘Lelaki Y’.

Inkues Beng Hock: Nota “selamat tinggal” diserah kepada Squires

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Nota ”selamat tinggal” tulisan tangan Teoh Beng Hock telah diserahkan kepada pegawai penyiasat yang dilantik Khamis lepas oleh Suruhanjaya Siasatan berkaitan punca kematian setiausaha politik anggota Exco Selangor itu.

Pengerusi suruhanjaya itu Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata Michael Leslie Squires akan memaklumkan hasil siasatannya tidak lama lagi.

Pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam, pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Wong Kong Yong mengesahkan sebahagian tulisan Bahasa Malaysia pada nota yang ditemui dalam beg sandang Beng Hock dan tulisan di buku nota lelaki itu dimiliki orang yang sama.

Kong Yong berkata, selepas diperiksa, beliau mendapati kedua-dua contoh tulisan Cina menunjukkan sebahagian persamaan ciri penulisan dan besar kemungkinan ditulis oleh orang yang sama.

Nota itu, yang dikemukakan selepas setahun prosiding inkues berjalan, ditemui pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal dan diterjemah oleh jurubahasa Mandarin.

Pada prosiding hari ini, Hakim Foong turut memaklumkan Pakar Patologi Thailand Dr. Pornthip Rojanasunand dan Pakar Forensik British Profesor Dr. Peter Vanezis akan memberi keterangan dalam bulan Mac. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...