KUALA LUMPUR, 24 Feb – Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Khamis tertumpu kepada keterangan mengenai rakaman kamera tertutup memaparkan tujuh kenderaan dan beberapa individu termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan keluar masuk di lif tingkat lima Kondominium Desa Damansara tempat beliau didakwa diliwat oleh Anwar.
Rakaman berkenaan turut mempaparkan visual kenderaan yang dipandu oleh Mohd Saiful dan lif yang digunakannya.
Mohd Saiful sebelum ini telah mengenal pasti di mahkamah bahawa beliau adalah individu yang memandu kenderaan berkenaan dan masa beliau menggunakan lif itu.