KUALA LUMPUR 14 Feb. – Rakyat diminta menghayati Perlembagaan dan syarat pembentukan Malaysia ba gi mengelak salah faham kedudukan kaum Melayu dan raja-raja Melayu yang dipersetujui 54 tahun lalu.
Pada masa sama, ahli akademik menuntut orang Melayu menghentikan sengketa sesama mereka bagi memastikan usaha memperjuangkan hak Melayu dapat diperkukuhkan.
Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Tek nologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, ahli politik juga perlu berhenti mempolitikkan perkara menyentuh isu perkauman.
Katanya, sering kali isu tersebut dipolitikkan sehingga menimbulkan ketegangan yang membawa kepada perpecahan perpaduan kaum akibat daripada wujudnya prasangka.