Translate

10/02/2011

Nik Aziz Buat Hal Lagi,Rempit 2.0

Wali Selipar pujaan khawarij PAS begitu terkenal dengan aksi aksi rempit sejak dari dulu lagi,aksi beliau membuat korner baring :klik sini , turut pernah mengaku langgar lampu merah:klik sini

Aksi aksi melampau rempit wali selipar bagaikan tiada kesudahan,pantang dapat motor dan pantang nampak chikaro mesti buat aksi stunt berani mati.Rempit wali selipar bukan sebarang rempit beliau sanggup beraksi kamikaze asalkan dapat tarik perhatian tailo kedai motor yang cap roket .

09/02/2011

SELANGOR – MAHU TUBUH PASUKAN POLIS SENDIRI ?

Permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuh pasukan polis sendiri atas nama polis bantuan telah dihantar kepada Menteri dalam Negeri semalam kata  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Surat itu sebagai susulan kepada surat  Julai 2009 masih belum mendapat jawapan.

Mengapa minta tubuh polis bantuan?. Katanya “ Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri, dan tiada alasan munasabah Kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat” dalam kenyataan media semalam.

Adakah sekarang rakyat negeri itu tidak selamat?.  Jawapannya  mudah, memang tidak berapa selamat kerana kadar jenayah meningkat.  Ini sudah tentu Majlis Keselamatan Negeri melapurkan hal itu kepada Kerajaan Negeri dari masa kesemasa. Ia bukan zaman PKR memerintah sahaja, MKN membuat penilaian sejak Negara ini mula merdeka  lagi. Kerana Isu keselamatan adalah isu keutamaan Kerajaan Persekutuan.


Suleiman: The CIA's man in Cairo

Suleiman meets with Israeli president Shimon Peres in Tel Aviv, November 2010 [Getty]

Suleiman, a friend to the US and reported torturer, has long been touted as a presidential successor.

On January 29, Omar Suleiman, Egypt’s top spy chief, was anointed vice president by tottering dictator, Hosni Mubarak. By appointing Suleiman, part of a shake-up of the cabinet in an attempt to appease the masses of protesters and retain  his own grip on the presidency, Mubarak has once again shown his knack for devilish shrewdness. Suleiman has long been favoured by the US government for his ardent anti-Islamism, his willingness to talk and act tough on Iran - and he has long been the CIA’s main man in Cairo.
Mubarak knew that Suleiman would command an instant lobby of supporters at Langley and among 'Iran nexters' in Washington - not to mention among other authoritarian mukhabarat-dependent regimes in the region. Suleiman is a favourite of Israel too; he held the Israel dossier and directed Egypt’s efforts to crush Hamas by demolishing the tunnels that have functioned as a smuggling conduit for both weapons and foodstuffs into Gaza.
According to a WikiLeak(ed) US diplomatic cable, titled 'Presidential Succession in Egypt', dated May 14, 2007:

CIRI KAPAL PERANG CIPTAAN TONY STUPID PUA !



1) Kapal perang ini dinamakan TONGKANG CARRIER atau TONYKANG CARRIER
2) Spesifikasi panjang 800cm, lebar 300 com
3) Kapasiti 1 orang yang layak mengawal kapal. (dipanggil admiral)

4) Persenjataan:
    - cukup merbahaya
    - peluru berpandu dari kapal ke udara (jarak 800 km)
    - pertempuran di permukaan mampu menembak 80 kapal sekali gus
    - keupayaan menenggelamkan kapal selam (muahahaha)

5) Radar:
    - sistem radar terlalu canggih
    - mampu mengenal penyakit pilot pesawat yang melintas di udara

6) Spesifikasi peluru jarak dekat:
    - tony pua perlu berkata 'ta ta ta ta' dari mulutnya setiap kali peluru dihala ke sasaran

7) Harga:
    - belum ditentukan lagi

8) Jaminan:
   - Jaminan dan keselamatan anak kapal dijamin oleh nik ajis
   - Sekiranya terkorban, jalan menuju ke syurga terbuka luas.
   - Tak kisah anak melayu,anak cina,anak india.

Posted by GAP KEMBALI.

Teraju perkukuh agenda majukan perniagaan peribumi

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang bertujuan memperkukuhkan agenda pembangunan golongan itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhannya mampu mendorong, menyelaras dan memantau pelaksanaan kepentingan agenda ekonomi bumiputera terutama dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Malah, katanya, penubuhan tersebut selaras dengan salah satu resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputera sebelum ini yang mencadangkan diwujudkan Jawatankuasa Penyelaras seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu) di bawah jawatankuasa agenda ekonomi bumiputera.

IDIOT ! HarakahDaily PAS Siarkan Kenyataan Paling Dungu & Jeles !

Ketenteraman hari Selasa ini terganggu pula apabila membaca kenyataan bodoh serta berbau cemburu si Ketua PKR, Zuraida Kamaruddin di dalam Harakahdaily.

Pompuan Murahan
Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

“Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

HANYA SATU TALIAN HAYAT BUAT ANWAR SEBELUM JADI SAMPAH MASYARAKAT

Hakikatnya kini Anwar Ibrahim sudah terkepung dari segenap penjuru…impiannya yang dibina kira-kira 13 tahun yang lalu untuk menjadi  pemimpin politik tertinggi negara ini telah hancur berkecai, ibarat kaca terhempas ke batu. Harapan yang dibina setinggi gunung itu, kini telah ranap.   Perancangannya untuk terus dijunjung dan disanjung sebagai tokoh utama bagi Pakatan Pembangkang yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan,  juga mulai kendur, malap dan tidak  bermaya. 


Ini adalah  lantaran sikap angkuhnya yang tidak pernah mahu mengubah kecanduan dan perlakuan nafsu negatifnya, yang  membuatkannya semakin terbelit dan terikat dengan masalah peribadi  yang berpanjangan dan  tidak terselesaikan. 


Senario ini telah mula mengubah pemikiran umum terhadap Anwar Ibrahim. Kilauan jaket kalis peluru bersadur emas  sebagai tonggak Pejuang Islam yang memukau para penyokong PAS  sebelum ini mulai luntur, dan tembaganya mulai jelas kelihatan, bahkan mula berkarat.  

08/02/2011

NIK AZIZ 'JUAL' NASA TANTAWI MACAM KELDAI???

Nampak sangat pertentangan ketara diantara Mursyidul Am PAS dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini semakin meruncing.

Katanya, Nasaruddin Hassan Tantawi mahu debat diantara Nik Aziz dan Majlis Fatwa Kebangsaan dipercepatkan.

Konon kata beliau, debat tersebut akan menyelesaikan pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham diantara kedua - dua belah pihak.

Bagi Nasa, ianya sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan.


Tu dia apa ada dalam Mee Segera


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Mengapa Tun Mahathir beriya-iya mahukan Jambatan Bengkok?

Bekas Perdana menteri, Tun Mahathir bertegas malah menggesa sokongan akar umbi memberi tekanan kepada kerajaan pusat agar meneruskan idea beliau membina jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodland di Singapura bagi menggantikan jambatan usang Tambak Johor [Mahathir minta sokongan akar umbi].

Idea pembinaan jambatan bengkok ini dilihat akan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang keluar masuk antara Singapura dan Johor. Tambak Johor yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu sudah terlalu lama, malah terlalu sempit sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku setiap hari.

Pembinaan jambatan bengkok ini juga dilihat akan merangsangkan ekonomi Malaysia apabila rakyat Singapura tidak lagi perlu bersesak-sesak untuk berbelanja di Negeri Johor setiap hari. Ini akan menguntungkan ekonomi rakyat Johor sekaligus memberi kebaikkan kepada Malaysia apabila puluhan ribu rakyat Singapura keluar berbelanja di Malaysia setiap hari.

07/02/2011

Pemilik Telefon Bimbit Wajib Baca

Berkongsi rahsia mengenai telefon bimbit yang anda gunakan setiap hari.... Telefon bimbit sebenarnya mempunyai rahsia penting yang boleh membantu anda terutamanya di saat kecemaan antaranya :  

Pesawat Pertama Dari Jeddah Akan Disambut Oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...



Insya allah jam 10 pagi nanti bersamaan 7 Februari, Isnin ketibaan kumpulan pertama pelajar pelajar Malaysia yang berjaya dibawa pulang dari Cairo, Mesir.

Seramai 770 pelajar akan tiba tiba Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dengan menaiki dua pesawat MAS dan satu pesawat Air Asia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan berada di Balai Ketibaan untuk menyambut kepulangan mereka.

Para pelajar yang tiba ini nanti akan diketuai oleh Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom.

Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas doa semua kerana Misi ini berjaya dilaksanakan. Kepada Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abd Azeez yang masih berada di Cairo, " You Really A Great Man,,,"

Berita terbaru daripada Mesir KLIK DISINI : http://medan-info-kita.blogspot.com/

06/02/2011

Anwar pengkhianat rakan - Anuar

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkhianati rakannya dengan memungkiri janji untuk membantu mereka merupakan faktor aliran keluar ramai ahli parti itu sejak kebelakangan ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, pengunduran terbaru Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan turut berpunca perbuatan khianat Anwar terhadap janjinya memperjuangkan hak kaum India.

"Sebenarnya, Gobalakrishnan kecewa apabila Anwar tidak menghulurkan bantuan dalam kes sebuah kuil di Petaling Jaya yang diperjuang Ahli Parlimen Padang Serai itu.

"Begitu juga dengan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya sedangkan dengan 'statusnya' dalam parti, beliau berkeupayaan bertindak kerana dua kawasan itu berada dalam negeri yang ditadbir pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

05/02/2011

Mohd. Noor hanya mahu debat dengan Nik Aziz

KOTA BAHARU 5 Feb. – Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Noor berkata, beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ia merupakan peluang kepada beliau untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Versi Kemaskini : Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nak Debat Dengan Prof Madya Mohd Noor Deris ?

Pagi ini Setiausaha Akhbar merangkap Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan yang menjadi Pensyarah KIAS sedang berceramah di Markas PAS Kota Bharu melalui USTREAM LIVE.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan ada menyebut bersedia menemui Ustaz Mohd Noor Deris untuk membincangkan perkara yang dilemparkannya kepada Nik Aziz.

HIMPUNAN KATA-KATA PUJANGGA NIK AZIZ !!!!

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

URGENT..!! Dari Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Di Cairo, Sebarkan..!!!!

Dari kiri; Duta Malaysia di Mesir – Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Delegasi Misi Ke Mesir Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Hj Abd Azeez, Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail.

04/02/2011

Gempar : Notis bankrap Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didedahkan!

Adun Seri Setia daripada PKR pernah mempertikaikan rekod Khusrin apabila dilantik menjadi SUK dengan menyatakan bahawa Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A. Adun tersebut juga mempertikaikan tempoh khidmat Khusrin selama 27 tahun dengan menyatakan Khusrin hanya berkhidmat sebagai pegawai tadbir selama 3 tahun.

Bukan Nik Nazmi sahaja yang mempertikaikan Khusrin tetapi hampir semua pemimpin PR mempertikaikan beliau tanpa mereka sedari bahawa kerajaan negeri terlebih dahulu melakukan kesilapan besar dalam isu perlantikan pegawai kerajaan. Adakah mereka seperti meludah ke langit dalam isu perlantikan pegawai kerajaan? Seperti biasa mereka akan memastikan kelemahan mereka akan ditutup dengan kata-kata manis untuk memesong fikiran rakyat.

Krisis Mesir: Haram Syarie Bawa Pulang Orang Pas, Wajib Syarie Bawa Pulang Orang Umno ?

Posted by ruang bicara faisal

Tulisan saya sebelum ini agar Kerajaan BN mengutamakan pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN dibawa pulang terlebih dahulu dari Mesir menerima pelbagai respon. Ada yang menyokong dan ada yang menentang, tidak kurang juga yang memaki hamun saya. Tulisan tersebut telah mengundang sebanyak 430 komen dari pembaca.

Baguslah kalau begitu. Itu menunjukan provokasi yang saya lakukan berjaya. Walaupun ramai yang menghentam saya, saya tidak akan menarik balik artikel berkenaan atau nak buat u turn atau pun nak meminta maaf.

Pasca-Hosni: Ikhwanul Muslimin kuasa tak boleh dipandang sepi

ANALISIS, 4 Feb — Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu — antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.
Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.
Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.
Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas “perbuatan jenayah” mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

Hosni: Saya bosan jadi presiden, mahu undur tapi bimbang nasib Mesir

KAHERAH, 4 Feb — Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.
Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.
Sementara kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin, Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.
Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan antikerajaan, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa.
Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.
BBC pula melaporkan kata-kata itu adalah versi naratif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu untuk menjustifikasikan sebab mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...