Translate

07/02/2011

Pemilik Telefon Bimbit Wajib Baca

Berkongsi rahsia mengenai telefon bimbit yang anda gunakan setiap hari.... Telefon bimbit sebenarnya mempunyai rahsia penting yang boleh membantu anda terutamanya di saat kecemaan antaranya :  

Pesawat Pertama Dari Jeddah Akan Disambut Oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...



Insya allah jam 10 pagi nanti bersamaan 7 Februari, Isnin ketibaan kumpulan pertama pelajar pelajar Malaysia yang berjaya dibawa pulang dari Cairo, Mesir.

Seramai 770 pelajar akan tiba tiba Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dengan menaiki dua pesawat MAS dan satu pesawat Air Asia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan berada di Balai Ketibaan untuk menyambut kepulangan mereka.

Para pelajar yang tiba ini nanti akan diketuai oleh Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom.

Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas doa semua kerana Misi ini berjaya dilaksanakan. Kepada Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abd Azeez yang masih berada di Cairo, " You Really A Great Man,,,"

Berita terbaru daripada Mesir KLIK DISINI : http://medan-info-kita.blogspot.com/

06/02/2011

Anwar pengkhianat rakan - Anuar

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkhianati rakannya dengan memungkiri janji untuk membantu mereka merupakan faktor aliran keluar ramai ahli parti itu sejak kebelakangan ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, pengunduran terbaru Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan turut berpunca perbuatan khianat Anwar terhadap janjinya memperjuangkan hak kaum India.

"Sebenarnya, Gobalakrishnan kecewa apabila Anwar tidak menghulurkan bantuan dalam kes sebuah kuil di Petaling Jaya yang diperjuang Ahli Parlimen Padang Serai itu.

"Begitu juga dengan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya sedangkan dengan 'statusnya' dalam parti, beliau berkeupayaan bertindak kerana dua kawasan itu berada dalam negeri yang ditadbir pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

05/02/2011

Mohd. Noor hanya mahu debat dengan Nik Aziz

KOTA BAHARU 5 Feb. – Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohd Noor berkata, beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ia merupakan peluang kepada beliau untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Versi Kemaskini : Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nak Debat Dengan Prof Madya Mohd Noor Deris ?

Pagi ini Setiausaha Akhbar merangkap Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan yang menjadi Pensyarah KIAS sedang berceramah di Markas PAS Kota Bharu melalui USTREAM LIVE.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan ada menyebut bersedia menemui Ustaz Mohd Noor Deris untuk membincangkan perkara yang dilemparkannya kepada Nik Aziz.

HIMPUNAN KATA-KATA PUJANGGA NIK AZIZ !!!!

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

URGENT..!! Dari Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Di Cairo, Sebarkan..!!!!

Dari kiri; Duta Malaysia di Mesir – Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Delegasi Misi Ke Mesir Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Hj Abd Azeez, Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail.

04/02/2011

Gempar : Notis bankrap Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didedahkan!

Adun Seri Setia daripada PKR pernah mempertikaikan rekod Khusrin apabila dilantik menjadi SUK dengan menyatakan bahawa Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A. Adun tersebut juga mempertikaikan tempoh khidmat Khusrin selama 27 tahun dengan menyatakan Khusrin hanya berkhidmat sebagai pegawai tadbir selama 3 tahun.

Bukan Nik Nazmi sahaja yang mempertikaikan Khusrin tetapi hampir semua pemimpin PR mempertikaikan beliau tanpa mereka sedari bahawa kerajaan negeri terlebih dahulu melakukan kesilapan besar dalam isu perlantikan pegawai kerajaan. Adakah mereka seperti meludah ke langit dalam isu perlantikan pegawai kerajaan? Seperti biasa mereka akan memastikan kelemahan mereka akan ditutup dengan kata-kata manis untuk memesong fikiran rakyat.

Krisis Mesir: Haram Syarie Bawa Pulang Orang Pas, Wajib Syarie Bawa Pulang Orang Umno ?

Posted by ruang bicara faisal

Tulisan saya sebelum ini agar Kerajaan BN mengutamakan pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN dibawa pulang terlebih dahulu dari Mesir menerima pelbagai respon. Ada yang menyokong dan ada yang menentang, tidak kurang juga yang memaki hamun saya. Tulisan tersebut telah mengundang sebanyak 430 komen dari pembaca.

Baguslah kalau begitu. Itu menunjukan provokasi yang saya lakukan berjaya. Walaupun ramai yang menghentam saya, saya tidak akan menarik balik artikel berkenaan atau nak buat u turn atau pun nak meminta maaf.

Pasca-Hosni: Ikhwanul Muslimin kuasa tak boleh dipandang sepi

ANALISIS, 4 Feb — Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu — antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.
Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin.
Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru.
Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas “perbuatan jenayah” mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

Hosni: Saya bosan jadi presiden, mahu undur tapi bimbang nasib Mesir

KAHERAH, 4 Feb — Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.
Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.
Sementara kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin, Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.
Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan antikerajaan, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa.
Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.
BBC pula melaporkan kata-kata itu adalah versi naratif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu untuk menjustifikasikan sebab mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu.

03/02/2011

Jangan malu sanggah Nik Aziz – Rais

Go to fullsize image
PUTRAJAYA 2 Feb. – Masanya sudah sampai bagi orang Melayu dalam Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa menyanggah pandangan yang sering dikeluarkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam.

Menyuarakannya atas faktor ‘mengenali sangat’ keperibadian Nik Abdul Aziz, menteri paling kanan dalam Kabinet, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau berpendapat Menteri Besar Kelantan itu terlalu ‘dibiarkan’ oleh Abdul Hadi yang kelihatan terlalu sedikit menyampaikan pandangan luhurnya kepada ukhuwah Islamiah.

Revolusi Mesir, Apa Pengaruhnya Bagi Masa Depan Palestina?

Ketegangan politik di Mesir ibarat gempa dahsyat yang getarannya mengguncang dunia Arab. Seluruh perhatian dunia menuju ke Negeri Piramid dengan tanda tanya besar akan seperti apa akhir revolusi berdarah itu.
Ali Abunimah, pendiri dan penulis di situs Electronic Intifadamenyatakan bahwa krisis politik di Mesir akan memberikan dampak dramatis bagi negara-negara di kawasan Timur Tengah, termasuk bagi masa depan Palestina.
Sejauh mana revolusi berdarah akan berpengaruh pada nasib Palestina nantinya, Abunimah dalam analisanya mengungkapkan, jika rezim Mubarak tumbang dan penggantinya adalah tokoh yang tidak terlalu terikat pada Israel dan AS, maka itu artinya kekalahan besar buat Israel.

Rakyat Kecewa Anwar Tidak Mahu Bersumpah!



AIDCNews – 02/02/11 – Seorang warganegara Malaysia menggunakan nama S1R00001 telah menghantar twitter kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kekecewaannya kerana keengganan Ketua Umum itu untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada terpalit imej sebagai peliwat.
“Kenapa Anwar tak bersumpah saja yang sheikh tak buat. Memang habis lah juak-juak UMNO  tu pasti diam”, soal S1R00001.  Anwar menjawab : “Ikut shara’, mahkamah shariah (dan) bukan(nya) UMNO”.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan itu,  pengikut twitter Anwar itu sekali lagi bertanyakan soalan kerana merasakan jawapan itu tidak kukuh dan tidak menyelesaikan masalah.

Kes Liwat : Anwar Kecewa PDO Mohon Maaf


AIDCNews – 02/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa kecewa dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Pahang Daily Online (PDO) terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan berkenaan dengan fitnah ditimpa penyakit kronik ekoran bersumpah dua tahun lalu.
Namun begitu, blog itu mempertahankan tindakannya kerana menyedari enam artikel yang disiarkan sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
“Ia adalah ikhlas dari sikap tanggungjwab dan profesionalisme yang kami ambil seleps menyedari maklumat tersebut adalah tidak benar sama sekali.

02/02/2011

KEMARUK PUCUK MUDA SERAMBI MEKAH



Wah...!!! Makin tua makin menjadi, seorang nenek berumur 55 tahun yang baru diceraikan suaminya berani melakukan khalwat dengan pasangan mudanya. Hebat, sungguh hebat apatah lagi kegiatan terkutuk ini berlaku di Pasir Puteh Kelantan, Negeri serambi Mekah..??  Memang hebat...!!!

Paling best lak ketika serbuan dibuat nenek yang mempunyai beberapa orang cucu itu berani berbohong pula kononnya lelaki tersebut adalah suaminya. Padahal hasil maklumat dan aduan orang ramai kegiatan itu telah dilakukan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat melibatkan warga emas bersama pasangan muda.

Selepas disoal siasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), nenek itu berdolak dalik mengatakan dia tidak tahu menahu pula kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya. Pasangan itu disiasat untuk dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, dibawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

TREBEST PLUS CAPSULE - Jangan lepas peluang KEEMASAN !!!!!!



TREBEST MEMBANTU ANDA MENGATASI SAAT-SAAT SUKAR KETIKA "BERSAMA!"
SUAMI HEBAT..ISTERI NIKMAT !!
Trebest adalah produk berasaskan herba 100% untuk mengatasi masalah lemah tenaga batin. Ia telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan bebas daripada bahan aktif Viagra dan Cialis oleh makmal berprestij CEPP (Chemical Engineering Pilot Plant)
  
Menurut anggaran Persatuan Andrologi Malaysia, lebih dari 2.2 juta lelaki Malaysia dikenalpasti mengalami masalah Lemah Tenaga Batin [LTB] Jumlah sebenar mungkin menjangkau 3-kali ganda atau sekitar 6.6 juta !!!

01/02/2011

INILAH AKIBATNYA BERKAWAN DENGAN SYAITAN!!!!!

HARI demi hari orang Melayu disajikan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti Pas, hal ini bukan sahaja berlaku setiap kali menjelang sesuatu pilihan raya bahkan berlaku sepanjang tahun. 

Daripada perbuatan khianat, berbohong, sanggup menjadi pecacai DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain hatta sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik! 

Lihat sahaja 'tingkah laku islamik' yang dibawa oleh Pas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas. 

Itupun nasib baik PKR, sibuk berkempen di Batu Sapi, jika tidak, aksi kolaborasi Pas dan PKR setiap kali melakukan jimak politik akan menyaksikan kebangkitan yang akan memberahikan penyokong-penyokong mereka yang mampu mencetuskan politik ala rimba! 

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas, jiwanya sakit, hatinya penuh dengan dendam malahan nafsu Qarunnya semakin membuak-buak. 

Penyelewengan biasa berlaku dalam Pas – Nakhaie

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma.

Sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Ujarnya, selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

Tengku Razaleigh Akui Tuanku Sultan Ismail Petra Semakin Sihat Ketika Ini

Pada minggu yang lalu Tengku razaleigh telah di soal siasat oleh pihak Polis berhubung satu kenyataan yang di keluarkan oleh Akhbar berbahasa Cina mengenai kemelut istana Kelantan. Dalam sidang media itu ada Wartawan yang bertanyakan Kesihatan baginda Tuanku Ismail Petra pada waktu ini.

Tengku razalegh menyatakan kepada semua Media yang hadir pada hari itu bahawasanya

"Tuanku Ismail Petra semakin sihat dan boleh bertutur dengan lancar, Melihat dengan jelas dan kesihatan baginda juga semakin baik dari masa ke semasa."

Gomo ingin anda semua membaca segala yang terkandung di bawah ini hasil petikan dari sebuah Blogg Kickdeffela.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...