Adun Seri Setia daripada PKR pernah mempertikaikan rekod Khusrin apabila dilantik menjadi SUK dengan menyatakan bahawa Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A. Adun tersebut juga mempertikaikan tempoh khidmat Khusrin selama 27 tahun dengan menyatakan Khusrin hanya berkhidmat sebagai pegawai tadbir selama 3 tahun.
Bukan Nik Nazmi sahaja yang mempertikaikan Khusrin tetapi hampir semua pemimpin PR mempertikaikan beliau tanpa mereka sedari bahawa kerajaan negeri terlebih dahulu melakukan kesilapan besar dalam isu perlantikan pegawai kerajaan. Adakah mereka seperti meludah ke langit dalam isu perlantikan pegawai kerajaan? Seperti biasa mereka akan memastikan kelemahan mereka akan ditutup dengan kata-kata manis untuk memesong fikiran rakyat.