Translate

27/01/2011

Video-Bukti Bertulis Yang Karpal Dalam Kedudukan Bahaya

Peguam Ummi Hafilda Menunjukan Bukti Bertulis Bahawa Karpal Tidak Layak Membela Anwar. 

Ini baru lah ada kelas namanya. Bukannya menyuruh Karpal memilih samaada menjadi Ahli Politik atau menjadi Lawyer. Atau menyuruh Karpal menunjukan etika baik kepada Peguam-peguam muda. Lawyer-lawyer (seperti Karpal) mananya ada etika dalam profession. 
Oops hampir terlupa. Video diperolehi dari Badut Rakyat, terus menyusur keAnwarAIDC.com 




Taksub Anwar & Pembangkang ????

Banyak komen yang tidak berpijak di bumi nyata, samada komen dalam blog ini mahu pun dalam lain-lain blog. Ada yang tidak relevan dengan apa yang dibincangkan dan ada yang hanya mahu melepas geram dan kesumat. Komen-komen sebegini jelas bukan bertujuan mencari kebenaran. Ia hanya untuk mempertahankan ketaksuban kepada pendirian yang mereka pegang. Mereka inilah sebenarnya penganut fahaman assobiah tegar, iaitu menyokong secara buta tuli kabilah mereka walau pun terang dan jelas bersalah.

Melayu Murtad !!!!

Halal Syarie Undi DAP?


26/01/2011

Kesalahan siber sudah meningkat 127 peratus

LABIS - Insiden berkaitan keselamatan siber di negara ini menunjukkan trend yang membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan sekurang-kurangnya 20 peratus setahun, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. 

Pada tahun lalu sahaja, katanya Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan Siber, sebuah agensi di bawah kementerian itu merekodkan 8,090 insiden berkaitan kesalahan siber berbanding 2009 iaitu 3,564 atau peningkatan 127 peratus.

Kekuatan peribadi, akhlak bentuk pemimpin mulia

PENDEKATAN bersepadu memberikan kepentingan nilai yang berasaskan agama, budaya dan tradisi yang baik diungkapkan dengan bijaksana dan sifatnya merentasi kurikulum dan kokurikulum. 


Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, proses kesalingan dan kekenalan atau litaarrafu perlu disuburkan. Ia supaya wujud proses menghargai dan menghormati nilai positif dan perbezaan. Dengannya juga bakal teradun nilai bersama yang menyumbang ke arah pengkayaan hati budi dan tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak. 


Sekiranya pendidikan Islam difahamkan sebagai pendidikan akidah, ibadah dan akhlak semata-mata tanpa melihat kepentingan ilmu alat seperti matematik, sains dan teknologi, pembangunan manusia hanya berlaku dalam konteks kekuatan peribadi dan akhlak serta menafikan pemahaman dan penguasaan ilmu alat. 

Keseimbangan Penting Dalam Mendidik

ANAK-ANAK memiliki naluri mencontohi. Contoh dan teladan boleh membentuk sikap dan watak anak dan yang paling dekat pada tahap awal kehidupan anak ialah ibu bapa.


Ibu bapa sumber teladan yang penting dengan teladan baik boleh menjadikan anak membesar dalam keadaan baik, manakala teladan buruk menyebabkan perkara negatif berlaku kepada anak. Sumber teladan ibu bapa tidak saja dalam cara bercakap dan berbahasa, tetapi juga cara melakukan sesuatu. Anak pemerhati dan pengamat setia terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Memperlihatkan wajah ceria, bahasa santun dan merangsang, belaian dan kemanjaan menjadikan anak berada dalam keadaan fitrah.

25/01/2011

Kesan steroid dalam ubat

pla5.jpg
Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?


Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).


Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?


Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Perkara Tercela Akibat Banyak Makan

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?"

Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."

24/01/2011

Live dari Sidang Dun Selangor - Sila Refresh

10:25 Wartawan dibenarkan masuk ke tempat khas media di dewan persidangan. Tapi nak buat apa semua sistem sekatan alat penerima isyarat telefon mudah alih dan jalur lebar yang dipasang menyukarkan wartawan yang membuat lintas langsung di sini.

10: 27 Kuasa sultan tetap ada sebab SPA telah mempersembahkan 3 nama SUK kepada Sultan... dan diperkenankan... memanda bendahara mahu kuasa lebih dari sultan..

ADUN Pelabuhan Klang bertegas nak masuk juga  mendakwa dia mendapat surat jemputan menghadiri Sidang Khas DUN itu. Katanya, beliau akan memfailkan saman terhadap tindakan Speaker di mahkamah, petang ini. Speaker memang dah rancang dengan kuncu2 khalid gagap iaitu DAP bagi mengnyahkan badrul dari dewan sekurang-kurangnya kurang satu undi

10: 30  Khalid gagap sedang baca ucapan pindaan

Sebelum ini bukan kah Sultan yang buat keputusan dan Sultan dah perkenan dah pun jawatan SUK kenapa PR sibuk nak tambah kuasa Sultan....Sultan mana lagi

10: 40 Laluan masuk ke dalam dewan diperketatkan dengan pihak polis memeriksa identiti setiap individu yang mahu melepasinya.

Darah, Tangisan, Kegembiraan Menerusi Lensa Jurugambar

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Sekeping gambar boleh membawa seribu makna. Tetapi di Pameran Foto Akhbar Dunia gambar-gambar menjelaskan lebih daripada ini dan menceritakan segalanya melalui darah, tangisan dan kegembiraan yang dilihat menerusi lensa jurufoto profesional.

Pelawat ke pameran ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan dapat melihat kerakusan umat manusia dalam peperangan ataupun kebuluran yang memaksa penduduk luar bandar di Zimbabwe makan bangkai gajah.

Belasah lelaki hingga mati: Polis tahan 7 suspek

KOTA BHARU - Polis menahan tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang lelaki yang dibelasah beramai-ramai Jumaat lepas kerana dituduh mencuri getah beku di Kampung Banat Hilir, Rantau Panjang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Mazlan Lazim berkata, semua suspek yang ditahan itu merupakan penduduk kampung berhampiran yang berumur antara 25 dan 59 tahun.
Beliau berkata, mereka ditahan secara berasingan sejak petang kejadian sehingga malam tadi, dan enam suspek kini ditahan reman sehingga 28 Januari manakala seorang lagi akan direman hari ini.
"Enam daripada mereka merupakan penduduk Kampung Gual Periok manakala seorang lagi adalah penduduk Kampung Bakat Hulu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan Bagi Bulan Januari 2011, di sini hari ini. - Bernama

Getah: Pekebun bina pondok, khemah elak hasil dicuri

TEMERLOH - Harga getah yang tinggi memaksa penduduk beberapa kampung di daerah ini membina pondok dan khemah untuk bermalam di kebun masing-masing bagi mengelak hasil getah dicuri.
Kegiatan mencuri getah semakin berleluasa bukan sahaja pada waktu malam malah pada tengah hari sejak harga komoditi itu meningkat.
Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Mat Amit Jainal berkata, pekebun terpaksa bersengkang mata dan berkawal menjaga kebun di pondok dan khemah yang didirikan mereka untuk mengatasi masalah itu.
Beliau berkata lebih 10 kejadian kecurian telah dilaporkan berlaku di sekitar kampungnya dalam tempoh 15 hari lepas. "Sejak tindakan berjaga-jaga dan berkawal dilakukan pekebun dengan kerjasama Rela, kegiatan mencuri getah kini agak berkurangan,” katanya. - Bernama

Buaya tertelan telefon bimbit enggan makan

KIEV (Ukraine): Seekor buaya di Ukraine yang dikenali sebagai Gena, berusia 14 tahun di Taman Laut Dnipropetrovsk, enggan makan dan kelihatan sakit apabila tertelan telefon bimbit milik seorang wanita yang mahu mengambil gambarnya bulan lepas. 

Telefon bimbit itu kadang kala berbunyi di dalam perut buaya itu.  Pemilik telefon bimbit itu, Rimma Golovko berkata beliau mahukan kad sim telefonnya semula kerana ia mengandungi gambar dan nombor hubungannya.

Pekerja akuarium pada mulanya tidak mempercayai ibu muda itu apabila beliau mengadu buaya menelan telefon bimbitnya. 

“Tetapi apabila telefon itu mula berbunyi dan ia dikenal pasti dari perut Gena dan barulah kami mempercayainya,” kata seorang pekerja yang dikenali sebagai Alexandra. 

Golovko mengakui kecuaiannya menjadi sebab kejadian itu. Dia berkata apabila cuba mengambil gambar Gena, buaya itu membuka mulut dan telefon bimbit jenama Nokia jatuh dalam kolam buaya itu. 

23/01/2011

PAS MENANG DUN TENANG !!!!!!!

Pas yang bertuankan DAP, ini lah riaksi penyokong kuat pas yang melaung-laungkan ketuanan DAP sehingga sanggup melupakan perjuangan PAS yang selamaini mengagung-agungkan negra isalm dan hukum hudud, tetapi ditenang lain pula jadinya.

Man Laksa sempat menangkap gambar ini semasa berada di Dewan Majis Daerah Labis selepas habis pengumuman penamaan calun orang ramai berpusu meninggalkan tempat berhimpun dan Man Laksa sempat mendengar yang pakcik di gambar ini melaung-laungkan mahu naik kebulan dengan menaiki roket DAP sehingga bercakap berulang2 kali   

Hubungan Sentimental Anwar – Azmin


AIDCNews – 23/01/11 – Ummi Hafilda dalam posting terbaru di blognya, srikandi7.blogspot.com mendedahkan Azmin Ali sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menjadi si Tanggang semata-mata kasihnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin Ali ketika berusia 17 tahun
Azmin Ali dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya. Bapanya, Haji Ali bin Omar, seorang pesara tentera dan guru agama mengajar al Quran dan ibunya hanya seorang surirumah. Mereka sekeluarga menetap di Kelang Gate Setapak Kuala Lumpur.
Untuk menyara kehidupan ketika Azmin berusia 17 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai peladang dan pengembala kambing.

UMNO itu kafir, wajib ditentang habis-habisan?

Tiba setiap kali pilihanraya akan ada poster-poster, banner-banner dan risalah-risalah yang amat menakutkan umat Islam di Malaysia. Keadaan menjadi lebih sengit hingga perlakuan penyokong-penyokong parti terkeluar batasan adab susila dan ajaran Islam. Kita boleh perhatikan sendiri nanti di PRK DUN Tenang bila bertemunya  antara calon PAS dan calon BN dari UMNO.

22/01/2011

Karpal, DAP perguna kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 21 Jan. - DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh didakwa menggunakan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai komoditi politik untuk 'mencucuk hidung' Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama di Selangor dan Pulau Pinang.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa, Karpal juga sebenarnya mengetahui beliau tidak mampu membela Anwar lalu menggunakan taktik dengan melakukan penangguhan ke atas perbicaraan kes liwat anak guamnya itu.

"Ini suatu tindakan yang tidak bermoral dan tidak beretika dan memang wajar bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menggelarkan Karpal sebagai 'harimau penakut' kerana tidak berani mempertahankan prinsip mengenai bukti perlakuan seks songsang Anwar.

Kereta wajib ada beg udara 2012

RANTAU PANJANG 21 Jan. – Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.
Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.

Namun begitu kalau dilihat dan dikaji, adakah setiap kali kemalangan yang berlaku di Malaysia ini memberi kesan yang positif bag udara kepada mangsa kemalangan ????? Adakah ini hanya untuk menguntungkan kepada syarikat-syarikat pengeluar bag udara ????????

Paskal tumpaskan lanun di Somalia

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Laut (Paskal) atas kejayaannya menyelamatkan kapal yang disewa oleh sebuah syarikat Malaysia yang dirampas sekumpulan lanun di Laut Aden, Somalia semalam.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut bangga dengan kecekapan dan keberanian ditunjukkan anggota Paskal yang berjaya menahan tujuh lanun dalam kejadian tersebut.

Menurut beliau, kerajaan sedang mengkaji daripada sudut perundangan antarabangsa berhubung tindakan sewajarnya yang akan diambil terhadap lanun-lanun yang ditahan itu.

Cikgu Mala tak mahu salam pengundi Cina?

Perkara ini remeh kepada setengah orang, serius pada orang lain, dan lucu pada orang lain tetapi kepada pengundi Cina, ianya perkara serius dan sensitif. 

Rata-rata pengundi kaum Cina di kawadan DUN Tenang mengata mengenai insiden calun PAS Cikgu menghadiahkan limau. Kononnya Cikgu Mala menghormati perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang untuk menghadiahkan limau kepada pengundi-pengundi.

Dengan pengundi Cina perempuan, tidak ada masaalah. Menjadi masaalah apabila Cikgu Mala menghadiahkan pengundi Cina lelaki.

Cikgu Mala tidak bersalam dengan pengundi lelaki. Apabila dia memberi limau, dia nampak kekuk dan takut-takut untuk menyerahkan limau. Ada yang dia seolah-olah hanya jatuhkan saja buah ke tangan.

PAS OH PAS...TERLUPA HADIS AL-QURAN DAN NABI KE?


"Para lelaki menjadi pemimpin atas kaum wanita" (An-Nisa' 34).


Tindakan PAS meletakkan calon wanita di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri TENANG, membuktikan bahawa PAS kini telah ketandusan calon lelaki yang berkualiti untuk diketengahkan. Selain itu juga ianya menjadi BUKTI YANG KUKUH menunjukkan bahawasanya PAS selama ini telah mempermainkan agama demi kepentingan ideologi politik khawarij mereka.
 
Maka dengan itu kita dapat melihat PAS gemar bertukar-tukar pendiriannya. Sebagai contoh, jika sebelum ini ulama-ulama Suk' di dalam PAS mengeluarkan fatwa mengharamkan kerjasama antara orang ISLAM dengan orang Kafir dalam urusan pemerintahan, kini fatwa berkenaan terkena pada muka mereka semula apabila hari ini PAS bukan sahaja sanggup bekerjasama, malah sanggup berpeluk-pelukkan dengan kafir DAP yang tidak pernah mengaku ALLAH itulah sahaja tuhan yang layak disembah. Lihat sahaja betapa intimnya PAS di Selangor dan Perak....

FORBES : Manusia Paling Berkuasa Di Dunia

HU JINTAO, PRESIDENT, PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA

#2 BARACK OBAMA, PRESIDENT, UNITED STATES OF AMERICA

21/01/2011

Anwar dicabar isytihar harta

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk mengisytihar harta peribadinya sebagai bukti beliau tidak pernah ditaja oleh mana-mana pihak dari luar negara.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu juga sekali gus mampu membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersikap telus dan integriti dalam kepimpinannya.

Justeru, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera mengambil tindakan proaktif menyiasat dakwaan mengenai kemampuan kewangan sebenar ketua pembangkang itu.
"Walaupun tanpa disuruh, Anwar sepatutnya dengan rela hati mengisytihar hartanya.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah memberitahu bahawa beliau (Anwar) tidak pernah berbuat demikian sejak memegang jawatan dalam kerajaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...