KUALA LUMPUR 21 Jan. - DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh didakwa menggunakan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai komoditi politik untuk 'mencucuk hidung' Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama di Selangor dan Pulau Pinang.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa, Karpal juga sebenarnya mengetahui beliau tidak mampu membela Anwar lalu menggunakan taktik dengan melakukan penangguhan ke atas perbicaraan kes liwat anak guamnya itu.
"Ini suatu tindakan yang tidak bermoral dan tidak beretika dan memang wajar bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menggelarkan Karpal sebagai 'harimau penakut' kerana tidak berani mempertahankan prinsip mengenai bukti perlakuan seks songsang Anwar.