Translate

13/01/2011

Hati-hati Dengan Si Gila Bernama Hashim Lim Abdullah

alt

Sape yang tidak mahu dilihat ada perkaitan dengan pemimpin negara seperti menteri....lebih glamour kalau dapat dikaitkan dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.
Penulis ingat lagi masa belajar di UIAM beberapa belas tahun yang lalu...ada sekali PM masa tu.....Dr Mahathir datang sembahyang Jumaat di Masjid UIAM....habis sembahyang....puak yang paling depan sekali yang beriya-iya nak salam masa tu adalah puak kopiah putih (puak PAS tak sedar diri).....dapat salam pun dah rasa bangga...
Inikan kalau dapat dilihat sebagai seorang yang rapat atau penting dengan pemimpin tertinggi negara...
Cuma adakalanya orang menjadi obses atau masuk tahap perasan gila babi hingga keadaan itu boleh membawa kepada risiko bahaya ke atas kepimpinan negara...
Yang hendak diceritakan di sini ialah mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Hashim Lim Abdullah (GAMBAR)......ada orang kata dia ni bergelar datuk tetapi yang penulis tahu dia ni seorang gangster yang kepala tak berapa betul...ada penyakit tumor otak (betul punya)

Tokay Gecko 1



11/01/2011

ANWAR AJAK NAJIB DEBAT ? KAH KAH KAH

anuar aljuburi ajak najib debat
kah kah kah
debat pasal plan dasar ekonomi BN dan pakatan
kah kah kah

anwar nak leraikan masalah ekonomi
kah kah kah
soalan ? anwar tahu ke bab ekonomi
kah kah kah
yang aku tahu anwar pakar bab ekoliwat
kah kah kah

anwar nak debat ekonomi
kah kah kah
masalah ringgit kena serang tahun1997 pun dia panggil IMF
nasib baik tun mahathir tambat
kalau ikut cakap anwar konpem malaysia kena liwat
kah kah kah

kena liwat dengan siapa ?
kena liwat dengan IMF
kah kah kah
macam indonesia, thailand dan argentina

itu cite dolu dolu
la ni anwar punaisihat ekonomi selangor
kantung kerajaan negeri 2 tahun alami penyusutan
kah kah kah
kasi settle ini kantung la samdol
baru lu boleh tunjuk terra

ok ok
aku sokong anwar debat
tapi bukan  dengan khairy
DEBAT DULU DENGAN SAIFUL BUKHARI
kah kah kah

tajuk debat
BAGAIMANA KDNK DAN FDI NEGARA MENINGKAT MELALUI PENJUALAN KY JELLY ?

Posted by GAP KEMBALI
kah kah kah

Kerajaan Terengganu Rancang Bina Tebatan Banjir Di Kawasan Perumahan

Ahmad Said tinjau kawasan tebatan banjir di kawasan Taman Pusu Tiga, Gong Badak - Gambar oleh Zul Putra (UKOM).

Kerajaan Terengganu akan membina tebatan banjir di beberapa kawasan perumahan di negeri ini bagi menangani masalah tersebut yang sering melanda kawasan berkenaan apabila musim tengkujuh.


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata projek perintis akan dilaksanakan di Taman Pusu Tiga, Gong Badak di sini dengan kos RM5.6 juta.

Kakitangan DBKU Ditahan Rakam Pengguna Tandas - AWAS !!!!

K
akitangan DBKU ditahan rakam pengguna tandas


KUCHING: Kegiatan seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang gemar merakam pengguna tandas awam di Muzium Kucing Sarawak di sini, terbongkar selepas lelaki berkenaan ditahan polis, petang semalam. 


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek berusia 21 tahun itu dipercayai menggunakan telefon bimbitnya bagi merakam seorang pelancong wanita dari Australia yang menggunakan tandas ketika melawat muzium berkenaan.

Sebelum itu, mangsa berusia 20 tahun itu bertanya lokasi tandas dengan suspek yang kemudian mengambil kesempatan merakam mangsa di dalam tandas berkenaan.

Polis Bantuan Belasah Jurugambar BERNAMA

D
ipukul Dan Digari Polis Bantuan, Jurugambar Buat Laporan Polis



Gambar: Jurugambar BERNAMA, Hairul Nizam Baharin, 37, menunjukkan bekas pergelangan tangannya yang cedera akibat digari oleh polis bantuan selepas mengambil gambar di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini hari ini.


Seorang jurugambar membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis bantuan yang didakwanya telah memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini Ahad.

Nombor-nombor Plat Kereta Yang Unik


Bulan lepas nombor plat pendaftaran kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga RM300,100 dan merupakan tawaran tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini.


Kementerian Pengangkutan berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1” yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.


Apakah plat kereta 'unik' yang pernah anda jumpa? Samada di jalan raya atau dimana sahaja? Ini ada beberapa plat yang unik pernah ditemukan:

09/01/2011

Urutan Tradisional 1


Rakan dibuat pada 08 JAN 2011 jam 9.30 malam

Panas! Terengganu runtuh lagi

WarkahDaily – Tak serik-serik membahanakan wang dan nyawa rakyat sendiri. Memang patut pun orang gelar ‘Darul Runtuh’ bahkan rakyat Terengganu sendiri pun tumpang sekaki gelarkannya. Bukan kerana mahu hinakan negeri sendiri tapi bosan dengan karenah pemimpin sendiri yang bangsat taruhkan nyawa mereka dan bazirkan duit rakyat.

Kalau satu bangunan aje yang runtuh, takdaklah sampai orang cuak sangat tapi kalau dah berderet yang runtuh, dah pasti ada benda yang tak kena dengan pemerintah bangsat BN. Yang paling masyhur, Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang tak sampai setahun digunakan telah pun runtuh tanpa ada gempa bumi atau bencana lain yang mengakibatkan berlakunya runtuhan berkenaan. Namun, belum lagi stadium berkenaan dibaik-pulih, ada satu lagi binaan di negeri berkenaan runtuh. Memang betul-betul ‘Darul Runtuh’. Woi! hangpa ni tahu perintah ke tak. Sembang cam hebat je.

Awal pagi semalam, satu kejadian runtuh telah berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu. Kejadian itu berlaku terhadap satu lagi projek membazir BN yang berhadapan dengan Bazar Warisan, berhampiran Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Bekas pemandu teksi mengaku bersalah rakam video dalam skirt wanita

Singapura: Semalam, bekas pemandu teksi Singapura, Albert Lim Meng Hie, 54 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan tiga wanita dengan membuat rakaman dalam skirt mereka.

Perbuatan Lim terbongkar apabila seorang penumpang wanita yang menaiki teksinya pada 30 Jun 2009 membuat laporan polis setelah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Penumpang itu, seorang mahasiswi berusia 21 tahun, perasan ada suatu alat diletakkan di tempat letak tangan teksi itu.

Beliau memerhatikan alat itu diarahkan ke kakinya dan mengesyaki bahawa alat tersebut merupakan sebuah kamera pena, serupa alat yang pernah beliau lihat dalam laman produk www.alibaba.com.

Mahkamah diberitahu bahawa mahasiswi itu tidak bersemuka dengan bekas pemandu teksi berkenaan tetapi sebaliknya beliau mengambil gambar alat kamera pena itu menggunakan kamera telefon bimbitnya.

OMBAK MENGHEMPAS PANTAI

Begini lah keadaannya ombak laut bergelora, menghempas pantai musim tengkujuh di perairan Pantai Rusila, Marang, Terengganu.  Rakaman dibuat pada 08 JAN 2011 jam 3.00 petang.  Sungguh menakutkan.... itu pun ada lagi anak-anak muda / remaja yang cuba untuk mendekatinya.  Ombak begitu marah untuk memerangkap manusia yang degil dan buat-buat tak mengerti erti kehidupan. Lihat lah....

PANAS !!!!! PENGHUNI TAK DI UNDANG DI PERKUBURAN ISLAM BANDAR MARANG, TERENGGANU

HEBAT-HEBAT MEMANG BERANI.... SEPERTI LGE
INI LAH DIKATAKAN 'BABI BANDAR'

Rakaman ini dibuat pada 08 Jan 2011 jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Marang, Marang, Terengganu.  3 ekor penghuni ('Babi Bandar') yang tidak diundang berada di atas tanah perkuburan tersebut sedang makan.  Begitu bebasnya penghuni tersebut, tanpa rasa takut walaupun didekati untuk merakamkan gambar serta video sepertimana dibawah.  

Seorang penduduk tempatan juga pesara guru telah ditemubual menjelaskan bahawa babi 'bandar' tersebut setiap hari kelihatan berada di atas tanah perkuburan tersebut, terutama sebelah petang tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang dikawasan itu.  Hai entah la...  Babi Hutan pun dah tak takut dengan orang Melayu ?????


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...