Translate

18/12/2011

DS HADI AWANG TIDAK BERTANDING PRU KE 13 ???

Image Detail

KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa akan mengundur diri pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, kenyataan tersebut patut dikaji secara mendalam tanpa mempercayainya bulat-bulat.

Beliau yang percaya bahawa ia hanya helah Abdul Hadi bagi mengaburi pihak lawan berkata, kenyataan sedemikian perlu diakui sekiranya Presiden Pas itu benar-benar tidak bertanding selepas pengumuman penamaan calon.
“Bagi saya, tidak mungkin Haji Hadi melepaskan kedua-dua kerusi Parlimen dan Dun kecuali uzur atau sakit tetapi beliau tidak sakit. Kalau pembangkang menang, dan majoriti dibolot Pas, bagaimana pula kedudukan beliau, sedangkan beliau adalah Presiden. Adakah beliau mahu menjadi Ketua Pembangkang?.

“Yang penting, kita kena hati-hati. Sediakan jentera kuat dan berkesan, rapatkan bari-san, bersatu dan BN kena sediakan calon yang betul-betul boleh menang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Abdul Hadi yang dikatakan sedia me-ngundurkan diri bagi memberi laluan kepada muka baru yang bakal diketengahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurutnya, terdapat muka baru bakal bertanding pada pilihan raya akan datang khususnya di negeri ini bagi menghadapi pili-han raya itu kelak.

Abdul Rahman yang juga Pegawai Pembangunan Parlimen Marang berkata, jika benar Abdul Hadi tidak bertanding di Parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang, calon BN mempunyai peluang yang besar untuk menang.

Bagaimanapun, Abdul Rahman menganggap Abdul Hadi bukanlah kebal kerana pernah ditewaskan calon BN termasuk beliau sendiri sebanyak dua kali pada 1986 dan 2004 di kerusi Parlimen Marang sehingga digelar ‘giant killer’.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Abdul Hadi perlu memberi alasan munasabah untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang dengan tidak menimbulkan persoalan yang besar terhadap orang lain termasuk ahli partinya.

“Persoalannya adakah ia betul-betul atau politik. Adakah presiden mahu lepaskan (tidak bertanding)? Saya rasa tidak mungkin. Beliau adalah orang nombor satu (dalam Pas) di Malaysia, Terengganu dan Marang.

“Kalau dia tidak bertanding, ke mana mahu pergi, Presiden Pas Malaysia tidak mungkin tidak bertanding. Adakah beliau akan bertukar tempat bertanding atau mahu bertanding di Kelantan, Kedah atau Johor.

“Kita juga mahu tahu, dia merajukkah atau sakitkah. Adakah apabila dia mengeluarkan kenyataan begitu, Majlis Syura izinkan. Kalau dia tidak bertanding, apa terjadi pada yang lain?” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...