Translate

30/12/2011

Antara penyebab kekalahan teruk PAS di PRU akan datang.


Semenjak bergabung dengan gerombolan Pakatan, PAS semakin terpinggir dari sokongan rakyat khusunya bangsa melayu. Walaupun perkara ini tak diakui oleh pemimpin-pemimpin mereka, inilah kenyataan sebenar yang diterjemahkan melalui kertas undi pilihanraya kecil di seluruh negara.

PAS alpa bahawa kehendak rakyat adalah lebih utama. Jangan ingat bahawa dengan mengutamakan kehendak rakan gabungan mereka dalam Pakatan, PAS berupaya untuk menarik sokongan rakyat kepada parti tersebut.
Dasar PAS yang semakin goyah, matlamat perjuangan yang semakin lemah dan hala tuju yang tak tentu arah.., kini menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang hilang pedoman. Inilah hakikat PAS dimata rakyat bawahan yang mempunyai kuasa mengundi.

Jika PAS masih meneruskan mimpi-mimpi kosong mereka ini sehingga ke tarikh pengumuman Pilihanraya Umum akan datang, InsyaAllah parti itu akan menerima kekalahan yang paling teruk semenjak mereka berjaya menawan Kelantan lebih 20 tahun dulu.

Antara faktor-faktor yang akan menyebabkan PAS tumbang pada PRU13 nanti ialah, pertamanya barisan kepimpinan yang diketengahkan oleh PAS sendiri boleh disifatkan terlalu asing didalam kepimpinan politik dan kehendak semasa.

Sebagai contoh di PRK Galas.., apakah wajar seorang doktor klinik biasa yang berserban dan berjubah labuh hendak dijadikan wakil untuk menguruskan hal ehwal masyarakat yang kebanyakannya terdiri dari petani dan peladang?

Berbeza pula dengan Barisan Nasional yang meletakkan calonnya yang merupakan seorang pengurus pejabat operasi RPT Kesedar. Ini bertepatan dengan kehendak masyarakat di kawasan tersebut. Begitu juga halnya dengan di Tenang, Merlimau serta Kerdau.

Apa yang penting didalam KPI PAS menentukan calon mereka di pilhanraya ialah, mestilah alim atau berlakon seperti itu. Soal kemampuan berkhidmat untuk masyarakat, langsung diketepikan.

Yang kedua, dasar-dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS sangatlah kabur dan bercanggah di setiap negeri. Kita lihat sahaja Undang-Undang Keluarga Islam dan Peraturan Islam yang dikuatkuasakan dengan versi berbeza di Kelantan dan Kedah. Apakah PAS mahu menunjukkan bahawa undang-undang Islam tak sekata?

Dan yang paling ketara sekali kelemahan PAS ketika ini ialah, pemimpin-pemimpin PAS langsung tak boleh dikritik dan ditegur. Baik daripada jemaah mereka sendiri ataupun dari orang yang diluar parti mereka. Semua pemimpin PAS seakan ma’sum dan terhindar dari sebarang perlakuan dosa.

Rakyat kini melihat PAS semakin terlampau berpolitik sehingga mengenepikan soal konsisten perjuangan dan keterbukaan persaudaraan. Kebajikan, sosial dan juga keduniaan langsung tak disentuh didalam dasar perjuangan PAS. Kalau ada pun, hanya sekadar janji sahaja.., amalan zahirnya hampir tiada.

Dan jangan terkejut jika PAS menjadi suara minoriti kecil melayu/Islam selepas PRU13 nanti. Terlampau mendongak ke atas akan menyebabkan kepimpinan PAS tak sedar lubang yang menanti mereka dibawah. Tahu-tahu, sudahpun terperosok menyembah bumi.

Inilah nasib yang akan menimpa PAS. Riak dan takabbur pemimpin mereka menolak ukhwah yang ditekankan didalam Islam, pasti akan membawa padah kepada mereka sendiri.

Apakah mereka ingat kumpulan kafir dan sekular yang mereka sanjung ketika ini akan mampu memberi kemenangan kepada mereka? Hanya masa yang akan tentukan.

Posted by che_wan 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...