Translate

29/11/2011

Undang-undang perhimpunan aman tidak zalim - Najib

Image Detail

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas dakwaan sesetengah pihak bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 adalah satu undang-undang “draconian” yang zalim berbanding sebelum ini.

Perdana Menteri menegaskan rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas sebenarnya lebih menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.


"Dalam akta yang baru ini, hak warganegara untuk berhimpun dengan aman itu terjamin, itu yang penting. Adalah tidak berasas sama sekali bahawa kerajaan lebih zalim daripada Myanmar dan macam-macam karut lagi. Mereka yang membuat dakwaan ini mahu mengelirukan orang ramai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Perdana Menteri berkata, demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya rang undang-undang yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat itu menyekat hak dan kebebasan rakyat negara ini untuk bersuara sehingga dikatakan lebih buruk daripada apa yang diamalkan di Myanmar.

Pada 24 November lepas, Najib membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Parlimen yang meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...