Translate

29/10/2011

Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Parlimen Marang



Marang 29/10/2011 - Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kawasan Parlimen Marang berlangsung pada hari ini bertempat di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang. Majlis telah dirasmi dan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Alias bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat.

Turut hadir dimajlis tersebut, Pegawai Daerah Marang - Tuan Haji Abdul Rahman Ali, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta tetemu jemputan, ketua-ketua jabatan.
Seramai 2,744 orang pelajar mengambil bahagian didalam majlis yang diadakan, yang mana pelajar lelaki hanya dianggarkan lebih kurang 700 orang saja.


Penyampaian anugerah sekolah terbaik Khatam Al-Quran disandang oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Payong. Sekolah Terbaik Kecemerlangan UPKK disandang oleh Sekolah Kebangsaan Kubu.


Manakala penyampaian hadiah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar UPKK 2010 mengikut DUN - Adik Aliya Husna Mohd. Asri (SK Bukit Payong), Adik Fatimah Solehan Abd. Majis (SK Kubu), Adik Salihan Bab Latif (SK Banggol Katong) dan Adik Nurul Athirah Asmadi (SK Rusila).





Untuk paparan selanjutnya sila layari:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...