Translate

19/10/2011

Hukuman penjara, sebat akan dilaksanakan oleh PAS Kelantan


KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan akan mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang yang lebih berat termasuk hukuman penjara dan sebat bagi kes perceraian tanpa sebab munasabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan perkara itu bagi mengelakkan peningkatan jumlah perceraian.
“Kita akan pertimbangkan,” katanya ketika menjawab soalan Hassan Mahmood (Pas-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini semalam.
Tanpa menyebut jumlah perceraian di Kelantan, Wan Ubaidah berkata, kadar perceraian di Kelantan sejak 2005 hingga 2010 ialah 14.67 peratus.
Cadangan Kelantan itu bagaimanapun tidak mendapat sokongan beberapa orang pakar perundangan Islam atas dasar ia dikhuatiri mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menyifatkan cadangan itu tidak sesuai kerana boleh menyebabkan kesan sampingan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...