Translate

17/10/2011

Enggan Minta Maaf, Dr Mahathir Anggap Dr Aziz Bari Kurang Ajar

Image Detail
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.
Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad.
Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.
Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...