Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Jumaat, 30 September 2011

SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN INGKAR IKUT ARAHAN PEMBAYARAN GAJI YANG DITETAPKAN

Image Detail

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Jabatan Tenaga Kerja akan menjalankan pemeriksaan intensif ke atas semua Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan mulai Oktober depan bagi memastikan mereka membayar gaji minimum selaras dengan Perintah Majlis Penetapan Gaji.
Ketua Pengarah Tenaga Kerja Datuk Sh Yahya Sh Mohamed berkata syarikat yang telah berdaftar di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 membayar gaji minimum selaras dengan Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan Gaji)(Saraan Minimum Berkanun Bagi Pengawal Keselamatan Swasta di Semenanjung Malaysia 2011).

"Kita menerima banyak aduan mengenai majikan yang enggan mematuhi perintah yang telah ditetapkan...Setakat ini sebanyak 25 majikan telah diambil tindakan pendakwaan," katanya dalam kenyataan di sini hari Khamis.

Katanya, mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang melanggar perintah berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan.

Sh Yahya berkata perlaksanaan perintah majlis itu mengikut tiga kawasan iaitu A, B dan C.

Katanya, kawasan A meliputi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor Selatan (Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai Jaya dan Pontian) dengan saraan minimum berkanun bernilai RM550 sebulan bagi gaji pokok dan RM150 sebulan bagi Elaun Insentif Keselamatan.

Bagi kawasan B, gaji pokok adalah RM500 sebulan dan RM100 sebulan bagi Elaun Insentif Keselamatan melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu dan Johot Utara (Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang, dan Segamat).

Manakala saraan gaji minimum bagi Kedah, Kelantan dan Perlis yang berada dalam kawasan C adalah RM450 sebulan untuk gaji pokok dan RM50 untuk Elaun Insentif Keselamatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...