Translate

11/09/2011

PAS DAH MULA GILA BABI - tidak tahu bezakan keadaan


"Terima kasih Harakah... terima kasih Pas." Ungkapan kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang penuh tanda-tanya kepada penulis di Presint 15, Putrajaya semalam sebelum kami solat Jumaat di masjid berdekatan.

Paparan terbaharu lidah rasmi Pas keluaran 9-11 September 2011 itu menguat-uarkan bahawa UMNO 'berasmara' dengan Parti Komunis China (CPC) selain mendakwa kononnya UMNO berbohong kepada rakyat bencikan komunis.


Akhbar Pas yang dikenali lidah 'hentam keromo' dengan sering mengabaikan fakta sebenar itu memaklumkan berkaitan UMNO memeterai hubungan dengan negara kuasa besar ekonomi dunia, China melalui CPC di Beijing 5 Ogos lalu.

Tiada raut wajah kurang senang daripada Tengku Adnan dengan paparan Harakah itu. Sebaliknya beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih tidak terhingga.

"Ia satu publisiti dan pengiktirafan yang diberikan oleh parti pembangkang itu kepada UMNO. Kita tak minta apa-apa tapi mereka sendiri berikan populariti kepada UMNO yang ternyata dikagumi oleh CPC sehinggakan kuasa besar di persada antarabangsa ini mahu melakukan kerjasama dan mempelajari bagaimana perjalanan dan struktur organisasi UMNO," kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Paparan berita yang dikeluarkan oleh Harakah adalah antara bukti bagaimana Pas mahu memesongkan isu yang ada sekarang dengan memanipulasikan fakta sebenar.

"Inilah masalahnya Pas, tak tahu nak membezakan antara dua keadaan, suasana dan kedudukan yang berbeza. Bayangkanlah betapa dangkalnya mereka yang tak tahu membuat perbandingan antara komunis yang bertindak kejam dengan membunuh dan mendatangkan kekacauan sebelum kemerdekaan negara dengan sebuah kuasa besar dunia hari ini.

"Apa yang menjadi isu sekarang ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengagungkan komunis pada tahun 1950-an dulu dan menganggap bahawa pemimpin mereka iaitu Mat Indera sebagai hero sedangkan mereka ini menyerang balai polis dan sanggup membunuh," kata Tengku Adnan.

Artikel selanjutnya klik disini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...