Translate

17/09/2011

Najib Tegur Sikap Beri 'Laporan Tipu' Dalam BN

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.
Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan.


"Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan).
"Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin...itu menipu diri sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Sabtu.
Sebaliknya menurut beliau, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini.
"Kalau yang kita kumpulkan itu bukan Ketua Cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita...ia memang berbaloi buat perhimpunan," katanya.
Tegas Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, laporan tepat terutamanya mengenai tahap sokongan rakyat di sesuatu kawasan tertentu adalah sangat penting bagi memastikan langkah susulan dapat diambil.
Jelasnya, matlamat BN untuk merampas kembali Selangor pada PRU akan datang adalah bergantung kepada sikap jujur dan berpijak kepada realiti.
"Kita kena ada bacaan politik yang tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas...jangan. Kalau bagi laporan, kelabu jangan kata putih dan hitam jangan kata kelabu.
"Kita mesti beri laporan yang betul dan pastikan keberkesanan program dan sandarkan kepada reaksi daripada kawasan, kena ada penilaian yang tepat.
"Zaman yang kita main laporan (tipu) macam dulu tak boleh pakai lagi...tak boleh. Ini zaman di mana kita mesti buat sesuatu tindakan yang tepat dan kena buat penilaian yang tepat, jujur dalam menyampaikan laporan," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...