Translate

06/09/2011

KDN pandang serius isu PERTAHAN KOMUNIS !!!!!




AMBIGA DAN MAT SABU PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA.

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kerajaan menolak dakwaan bahawa mereka bersikap sambil lewa dalam kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mempertahankan gerakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamad atau Mat Sabu itu.



"Dalam isu-isu sebegini, kita perlukan masa untuk menyiasat Mat Sabu serta pihak yang berkaitan sebagai saksi.

"Sudah semestinya kita mahu mengambil tindakan segera terhadap beliau mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada tetapi siasatan sedang dijalankan ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan kerajaan bersikap acuh tak acuh dalam isu tersebut.

Dalam ruangan Forum di akhbar ini hari ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyatakan sikap kerajaan dalam hal itu merupakan kemuncak kelemahan dalam menangani isu yang berkaitan politik dan kepentingan negara.

Sehingga kini, kira-kira 554 laporan polis dibuat pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Ketika ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Abu Seman berkata, perkara itu hanya dapat ditetapkan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Kita tidak boleh nyatakan lagi bentuk tindakan terhadap Mat Sabu kerana siasatan belum selesai dan yang pastinya akan ada tindakan terhadap beliau," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...