Translate

26/09/2011

Kastam Guna Sistem RFID Tingkatkan Sistem Pengendalian Kontena ????


Yang pentingnya kejujuran, keikhlasan dalam melaksanakan tugas. Apa jua kecanggihan peralatan yang digunakan, jika tidak ada perkara yang dinyatakan tidak guna juga dan menghabiskan wang kerajaan saja. Adakah selama ini peralatan yang digunakan tidak canggih ?????

Dalam usaha untuk meningkatkan sistem pengendalian kontena secara efisien di tujuh lokasi pemeriksaan di seluruh negara, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan melaksanakan Sistem Keselamatan dan Fasilitasi Perdagangan menggunakan Sistem Frekuensi Radio (RFID) mulai 1 Oktober ini.

Tujuh lokasi itu ialah Kompleks Kargo Kedua Pulau Pinang; Bukit Kayu Hitam, Kedah; Telok Panglima Garang, Selangor; Zon Bebas Sungei Way, Kuala Lumpur; Tanjong Kupang dan Tanjong Pelepas, Johor; serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Timbalan Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan & Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata pelaksanaan sistem itu akan memberi penekanan kepada keselamatan perdagangan merentasi sempadan.
"Sistem ini meningkatkan kecekapan pelepasan kontena, mengurangkan kesesakan serta memendekkan tempoh masa penghantaran.
"Ia juga menambah baik keselamatan melalui pengesanan automatik kontena terbuka dan mengoptimumkan sumber manusia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sistem Keselamatan dan Fasilitasi Perdagangan menggunakan teknologi Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) di Kompleks Kargo Kedua di Batu Maung, di sini, Isnin. Beliau berkata pelaksanaan sistem itu juga akan mengurangkan masa beratur 47 minit per kontena iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus masa dapat dijimatkan di pusat pemeriksaan Kastam bagi pemindahan yang menggunakan Borang Kastam Nombor 8.
Matrang berkata kejayaan ini adalah hasil kerjasama perkongsian pintar antara KDRM dan Smartag Solutions Berhad.
"Dengan adanya sistem itu, ia akan melicinkan aktiviti import eksport terutama di Pulau Pinang dan meningkatkan daya saing negara dan KDRM dalam memberi fasilitasi perdagangan bertaraf dunia," katanya.
Beliau berkata sehingga Ogos lepas Kastam mencatatkan 1,747 pergerakan kontena di tujuh lokasi pemeriksaan Kastam yang dipasang sistem itu. -BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...