Translate

28/08/2011

PM PERLU LEBIH TEGAS TOLAK ANARKI DAN RUSUHAN - JANGAN BIARKAN MEMBIAK !!!!

Image Detail

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia komited terhadap demokrasi dan tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan anarki, rusuhan dan gangguan terhadap ketenteraman awam (KENAPA TIDAK AMBIL TINDAKAN KEATAS AMBIGA DENGAN SEGERA ????). Perdana Menteri berkata, asas kepada demokrasi di negara ini ialah Demokrasi Berparlimen yang dipertahankan sejak penubuhan Malaysia lagi. “Kita komited dengan Demokrasi Berparlimen kerana ini adalah landasan yang kita akan terus pertahan dan perjuangkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama diplomat asing dan kakitangan Kementerian Luar di sini, semalam.


Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Justeru, Najib berkata masyarakat antarabangsa diminta tidak salah faham terhadap perkara itu.

Beliau berkata, di Malaysia, kepatuhan kepada undang-undang adalah penting untuk menjaga keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum.

“Kita tidak boleh mengambil ringan undang-undang kerana masyarakat boleh berpecah-belah terutama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia berpegang kepada konsep wasatiyah yang juga teras kepada ajaran Islam.

“Bagi memperluaskan Gerakan Kesederhanaan Baru, masyarakat Islam perlu mendekati pelbagai kumpulan kerana inklusif dan saling memahami adalah kunci kejayaan kita,” katanya.

Di Malaysia, beliau berkata, sikap saling faham-memahami yang dibina menerusi kebebasan dialog, sudah sebati dengan rakyat di negara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...