Translate

26/08/2011

Petanda Kejatuhan Kerajaan PR Selangor


MB Selangor : Beraja di mata bertahta di hati.

Kejatuhan Kerajaan Perak bermula apabila MB tidak mendapat restu dari DYMM Baginda Sultan Perak.

Di Selangor, Kerajaan Negeri telah beberapa mencabar daulat tuanku Sultan Selangor, namun baginda Sultan masih bersabar.

Sebelum ini, ADUN PKR Selangor telah derhaka kepada Sultan Selangor melalui posting dalam blognya. Kes Suhaimi Shafie menggertak DYMM Sultan masih berjalan.

Kemudian, MB Selangor menolak nama Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor. Dalam krisis SUK Negeri, DYMM Sultan masih bersabar.

Terkini, MB Selangor sekali lagi beraja dimata bertahta dihati dengan bongkaknya mengubah titahnya menjadi titah Sultan. Kali ini tindakan Khalid Ibrahim mengundang murka tuanku.

Majlis Syura: Sultan Selangor murka tindakan MB keluarkan kenyataan tidak benarOleh Syed Mu’az Syed Putra August 23, 2011.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.

Kepada rakyat Selangor, inikah yang anda mahukan?

Bayangkan dalam 3 tahun memerintah, semua hak rakyat asal Selangor (yang lahir dan ibubapa dari Selangor) telah direntap pakatan pembangkang sehinggakan Yayasan Selangor yang menjadi mercu tanda anak negeri sudah dijual bangunannya.

Jika hak anak Selangor dirampas, rakyat mungkin boleh bersabar. Tetapi pakatan pembangkang sudah melampau! Tidak cukup dengan hak rakyat, hak Sultan Selangor sebagai pemilik tanah jajahan Darul Ehsan turut diusik oleh pembangkang termasuk hak Sultan sebagai ketua agama!

* Khalid gagap nie tak kena penampar Sultan lagi kot..terus gagap tak boleh cakap.....mudah2an...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...