Translate

25/08/2011

PENDERHAKA KEPADA SULTAN PATUT DIAJAR ?????



SHAH ALAM: Dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perkasa dan Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan dakwaan beliau tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Selangor.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini pada lebih kurang jam 3.45 petang Rabu. Antara yang hadir ialah Senator Mohamad Ezam Mohamad Noor.
Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menerusi setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir, telah menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Khalid yang mendakwa Sultan telah menitahkan supaya kerajaan negeri membentuk Majlis Penasihat Syura bagi menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.

Menurut Munir, Sultan Sharafuddin tidak pernah menitahkan demikian kerana Negeri Selangor sudah pun mempunyai Majlis Mufti, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri untuk menasihati kerajaan dalam hal ehwal agama serta syariah.
Ekoran daripada teguran daripada Istana itu, Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu telah membuat keputusan menukar nama Majlis Penasihat Syura tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran sahaja.
Dalam hubungan ini, NGO yang membuat aduan polis itu menegaskan bahawa tindak-tanduk Khalid boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada Sultan.
"Pada pandangan kami, tindak-tanduk Menteri Besar boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan 1948.
"Oleh itu kami mendesak agar Menteri Besar Selangor disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah akta berkenaan," kata Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...