Translate

17/07/2011

Hadi Awang Beri Amaran "Kebangkitan Lebih Besar"


“Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang menyifatkan perhimpunan BERSIH semalam hanyalah langkah permulaan bagi suatu "kebangkitan lebih besar" jika BN dan SPR tidak melaksanakan tuntutan yang dikemukakan.

Beliau menyifatkan para peserta BERSIH cukup tertib dan mengamalkan budaya demonstrasi baik sekalipun diprovokasi oleh pihak polis.


Dalam pada itu, Hadi Awang turut memberikan amaran jelas kepada BN bahawa demonstrasi dan bantahan akan berlanjutan dan tidak semestinya sebelum pilihanraya menjelang.

Bercakap kepada pemberita, beliau mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya dalam melihat respons kerajaan dengan lapan tuntutan BERSIH”

Sepatutnya Tok Guru Hadi perlu melihat diri sendiri dan keadaan disekeliling kawasan Parlimen dan Dun Marang.  Apa yang telah terjadi ?????

Dibiarkan begitu sahaja, tanpa memperdulikan apa yang berlaku, hidup mati, miskin mewah rakyat yang memilihnya tidak diperdulikan.  Setiap hari hanya bercakap tak habis-habis.  Elaun sebagai seorang Ahli Parlimen beribu-ribu ringgit setiap bulan.  Tapi apakah pulangannya kepada masyarakat setempat.

Kawasan sendiri pun terbiar..... terutama dipersekitaran Masjid Rusila yang diagong-agongkan.  Kotor, semak samun, rumah terbiar, tiada pembangunan.

Sebagai seorang Ulama, adakah DS Hadi tidak memikir sehingga ke tahap yang dinyatakan.  Nanti Tuhan bisukan mulut DS baru menyesal.......

Buat lah kerja yang diamanahkan..... kurangkan bercakap dan lebihkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dikawasan Parliman dan DUN sendiri dulu.  Semenjak memenangi pilihanraya berdekad dikawasan Marang sehinggalah ke hari ini, tiada satu pun pembangunan dilaksanakan, yang ada sekarang ini kesemuanya belas ikhsan Kerajaan BN kepada penduduk setempat yang inginkan pembaharuan serta pembangunan demi masa depan anak-anak.

Bersambung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...