Translate

29/04/2011

Isu Video Seks : Anwar Beri Keterangan Polis

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini untuk memberi keterangan berkaitan satu video seks yang memaparkan pelaku dikatakan mirip beliau.

Anwar tiba pada 2.50 petang menaiki kereta bersama-sama isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan adik iparnya Wan Mokhtar Wan Ismail.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh satu kumpulan dikenali "Datuk T" di Carcosa Seri Negara di sini.
Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan dan menafikan dirinya pelaku dalam video itu.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang daripada trio "Datuk T" itu, mencabar Anwar melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok bagi membuktikan beliau bukan pelaku dalam video itu.

Beliau mencabar Anwar untuk bersumpah bersama-samanya di masjid Bandar Baru Sentul.

"Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini supaya turut hadir menyaksikan upacara itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari Khamis.

Eskay menafikan Datuk T terlibat dalam penyebaran dua klip video seks itu menerusi Internet, satu daripadanya disiarkan semalam.

"Kami tidak tahu siapa (yang muat naik videi itu) ...biarlah polis yang menyiasat," katanya.

Eskay menafikan tujuan mereka mendedahkan video itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu adalah untuk memfitnah atau memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi mereka sebaliknya hanya mahu menzahirkan kebenaran.

Anwar berkata beliau hadir ke ibu pejabat polis hari ini bagi memberi keterangan mengenai tiga perkara termasuk penyebaran video seks "Part 2" yang didakwa miripnya yang telah tersebar di Internet semalam.

"Saya juga rujuk kepada pihak polis mengenai ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan yang mana mereka mengugut saya dan Azizah untuk meletak jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya juga menjelaskan yang mana pihak polis juga telahpun bagi perlindungan kepada orang menyebar, jika tidak mustahil "part 2" video itu disebarkan tanpa ada apa-apa tindakan," katanya kepada pemberita di kawasan letak kereta ibu pejabat polis itu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyerahkan sampel DNA kepada polis seperti yang dilakukanoleh Eskay, beliau hanya menjawab : "DNA apa you nak?"

Mengenai kenyataan Eskay yang mencabar beliau melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan beliau bukan pelaku dalam video itu, Anwar berkata : "Ikut hukum mana nak angkat sumpah?

"Mengikut Islam orang yang mengangkat sumpah dalam hal seperti ini harus bebas dari dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...