Translate

24/03/2011

Pesara skim KWSP dapat kemudahan perubatan percuma

PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma. 

Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen, sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini. 

Ganjaran itu diberikan, berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi. 
Keputusan kerajaan berkuatkuasa pada tarikh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-12 di sini, semalam. 

“Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang berjasa,” kata Najib. 

Najib berkata, pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang bersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan. 

Bagaimanapun katanya, ia tidak merangkumi mereka memeletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri. 

"Kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) juga giat dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi. 

"Kajian komprehensif bukan sahaja meneliti aspek saraan semata-mata tetapi mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi,” katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...